Kota Paris
"Sayang nak teddy bear tu?" Louis menggenggam tangan isterinya.
Kaki menuju ke arah salah satu kedai. Perasan dari tadi lagi isterinya memandang patung beruang di dalam kedai di hadapan mereka.
"Taknak daddy." Hazel menggelengkan kepala.
"Are you sure? Besar tau teddy bear tu."
"Iya daddy... Haze taknak pun." Hazel Aryana memusingkan badan menatap wajah suaminya.
"Tapi....."
"Tapi???" Louis mengerutkan dahi.
"Ada teddy bear lain yang Haze nak dari daddy."
"Hm? Teddy bear mana baby nak? Yang kecik ni?" Louis memegang anak patung beruang yang ukurannya agak kecil.
"Bukan." Hazel senyum. Terlihat giginya tersusun rapi.
"Habistu baby nak teddy bear mana?" Louis menggaru kepala yang tidak gatal.
"Sampai masa nanti... teddy bear tu akan muncul sendiri. Nanti daddy pun mesti sayang dia..." Hazel menyentuh hidung suaminya.
"Hm? So saya kena tunggu la ni?" Terpinga-pinga Louis dibuatnya.
Teddy bear mana? Dia boleh muncul sendiri? Entah-entah... teddy bear alien planet Pluto? Hish serammm... ke... ada lelaki yang nak bagi dia teedy bear? Mustahil!
"Iya kita berdua kena tunggu. Okay? Dah jom." Hazel Aryana merangkul lengan suaminya. Bibir munggil itu tak lepas dari senyuman. Louis yang masih keliru hanya menurut sahaja langkah Hazel.
Mata Hazel Aryana terpegun melihat pemandangan Eiffel Tower. Cantik. Cahaya lampu yang terpancar jelas.
"Daddy, look!" Hazel menundingkan jari ke arah Eiffel Tower. "Cantik kan?"
Adak Louis tersenyum tapi bukan pada Eiffel Tower. Tersenyum melihat isterinya.
"Cantik sayang." Louis mengusap pipi Hazel. Bersinar-sinar mata Hazel Aryana melihat menara yang terbina indah di hadapannya.
Louis merangkul pinggang isterinya dari belakang. Aroma wangi rambut Hazel yang dibaluti tudung tercium olehnya. Dia memeluk erat tubuh kecil isterinya.
"Sayang, saya nak awak always happy macam ni. Saya tak sanggup tengok awak sedih Hazel Aryana. I promise I'll protect you my little princess. Cuba untuk kuat. Lawan apa yang buat awak sedih. I always beside you sayang. Make yourself as first priority. Baru sayang fikir tentang orang lain. Ingat, diorang cemburu sebab sayang ada apa yang diorang takde. Can you promise with me?"
Hazel meletakkan tangannya di atas tangan Louis yang sedang erat memeluknya. Diusap berkali-kali lengan sang suami. Digesel-gesel kepalanya.
"Thankyou daddy. InsyaAllah, I will. I promise. I promise I will become strong for myself." Hazel memusingkan badan, menatap wajah suaminya. Terukir senyuman manis untuk Adam Louis.
"Je t'aime Hazel Aryana. Même si tu n'es pas mon premier amour, je jure que tu es mon dernier amour." (I love you Hazel Aryana. Even though you're not my first love, I swear you're my last love.)
Louis membalas senyuman Hazel. Badan Hazel ditarik rapat pada badannya. Dia mengucup dahi isterinya, Hazel Aryana.
"Je t'aime aussi, daddy." (I love you too, daddy.) Hazel mencium pipi suaminya.
"Hm?" Louis mengangkat kening. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Sayang, tunggu sini kejap tau. Saya nak pergi beli minuman. Sekejap je. Okay?" Louis mengusap kepala isterinya. Hazel hanya mengangguk. Tersenyum.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...