Sebaik tiba di kedai, Naim terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak dijangka
"Yasfar, buat apa kat sini?" Soal Naim
"Saja, hari ni nak teman kau kat kedai ni" Jawab Yasfar
"Bukan patut kau keluar dengan Syanim ke hari ni?" Soal Naim lagi
"Tak, Syanim ada hal kena pergi Penang" Jawab Yasfar
Tiba-tiba sekumpulan gadis mendekati mereka
"Abang, kita orang nak tangkap gambar dengan abang berdua boleh?" Pinta salah seroang gadis tersebut
"Boleh!" Jawab Yasfar ringkas
Gadis-gadis tersebut menjerit keseronokan. Setelah bergambar Yasfar membantu Naim mengambil pesanan kebab.
"Ini encik Yasfar Dipping Banana kan?" Soal seorang lelaki yang berpakaian kemeja kemas
"Ya, betul!" Balas Yasfar ringkas
"Syukur kebetulan jumpa encik di sini, Saya dari Media Prima nak jemput encik untuk satu program temubual satu Program TV" Lelaki itu menyatakan hasratnya
"Program TV?" Naim menyampuk dari belakang.
"Betul, saya nak jemput Encik Yasfar sebab dia dah viral satu Malaysia" Kata lelaki itu
"Untunglah kau, boleh masuk TV" Kata Naim bangga
"Kami berharap Encik Yasfar sudi menerima undangan kami ke Sri Pentas TV3" Kaha lelaki itu berharap.
Yasfar hanya mendiamkan diri
"Kau accept je la. Orang dah jemput tu bukan senang nak masuk TV" Pujuk Naim
Yasfar menghela nafas panjang
"Baik saya terima tawaran encik dengan satu syarat!" Yasfar bersuara
"Syarat apa encik?" Soal lelaki itu
"Kawan saya Naim mesti ikut saya dalam program tersebut. Kalau tak saya tak terima tawaran ni" Kata Yasfar tegas
Naim tersentak dengan jawapan Yasfar.
"Sudah tentu encik, memang asal kami nak jemput Encik Naim. Cuma alang-alang Encik Yasfar ada kat sini saya jemput Encik Yasfar" Kata lelaki itu
"Kalau macam tu saya terima" Balas Yasfar
Lelaki itu memberikan sebuah fail kepada Yasfar dan Naim lalu beredar.
"Kau serius la kita masuk TV nanti!" Jerit Naim tak percaya.
Tanpa sedar Naim melompat memeluk Yasfar.
"Of course la masuk TV. Kan kita dah viral" Kata Yasfar
"Terus terang aku tak percaya kita nak masuk TV!" Jerit Naim kegembiraan
Yasfar hanya tersenyum melihat Naim.
Persahabatan mereka agak pelik, mereka jadi rapat bagaikan sudah lama berkenalan. Yasfar teringat malam dia mengigau di rumah Naim.
"Kau mimpi apa tadi?" Soal Naim
Tubuh Yasfar dibasahi peluh
"Tak ada apa-apa la" Yasfar cuba berdalih.
"Tipu la kalau tak takkan sampai berpeluh macam ni?" Kata Naim tidak puas hati
"Aku tak tahu nak cakap macam mana, aku selalu mimpi macam ni. Dah seminggu" Yasfar membuka cerita
"Kau mimpi apa?" Soal Naim ingin tahu
"Aku tak tahu nak describe macam mana sebab mimpi tu rasa macam real!" Kata Yasfar tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita
"Ok, slow-slow. Tarik nafas cuba cerita dari mula" Pujuk Naim
"Last week aku ada interview dekat syarikat airline ni. Aku kena reject. Lepas tu orang yang interview aku bawak jumpa somone kat restoran Charcoal dekat Saujana Hotel" Yasfar memulakan cerita
"Lepas tu?" Naim semakin ingin tahu
"Yang aku ingat lepas tu aku balik terus" Jawab Yasfar
"habis tu apa kaitan dengan mimpi kau?" Persoal Naim bingung
"Sejak hari tu aku selalu mimpi..." Yasfar tidak menghabiskan kata-katanya.
"Mimpi apa" Naim jadi tak keruan ingin tahu
"Aku tak nak cakap nanti kau judge aku" Kata Yasfar
"Takpe aku tak suka judge orang" Kata Naim
"Aku mimpi kena fuck dengan orang aku jumpa dekat restoran Charcoal" Jawab Yasfar serba salah
"Kena fuck means yang kau jumpa tu lelaki la kan?" Soal Naim
"Betul la tu. Aku rasa mimpi tu macam real sebab tiap kali mimpi aku mesti rasa sakit kat bontot" Jawab Yasfar ringkas
"Kau ada rasa mengantuk tak lepas lunch? kot kot ada orang letak something kat makanan kau" Naim berspekulasi.
"Aku tak ingat, serius aku tak ingat apa yang jadi lepas tu. yang aku ingat aku dah balik rumah je" Jawab Yasfar lemah
"Takpe lepas ni kau hati-hati. Kalau kau takut ajak aku teman" Kata Naim berseloroh
Yasfar memeluk Naim
"Thanks, aku dah lama nak cerita. Cuma tak berani je" Kata Yasfar.
YOU ARE READING
Sengsara: Kasih Terlarang
FantasíaKisah cinta tiga segi antara Naim, Yasfar dan Syanim menimbulkan pelbagai konflik yang membawa mereka kepada kebenaran yang mengejutkan.