Dendam

118 1 0
                                    

Cerpen Dendam

⬤ 2 September 2018

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Jam loceng berdering. Haqiem melangkah ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, Haqiem bersiap-siap untuk hari yang telah lama dirancang oleh keluarganya, iaitu bercuti ke Kota Rendah.

"Abang! Abang! Bangunnn, pergi siap-siap cepat. Nak pergi Kota Rendah tak??? "..." Adik! Adik! Bangun laa cepat!" Susahnye nak kejut diorang ni...

Macam biasa kenalah kemas barang nak bawa pergi sana.

Sejam kemudian...

"Semua barang-barang dah angkatkan?" soal Haqiem kepada anak-anaknya. "Dah ayahhhh!" Sahut anak-anaknya dengan penuh gembira. Kamal dan Tasyalah yang paling excited nak gi bercuti ni. Kamal merupakan anak sulung dan Tasya merupakan seorang adik. Ibu mereka pula telah meninggal dunia akibat kemalangan.

------------------------------------------I----------------------------------------

Macam biasa sebelum kemana-mana kita mestila isi minyak dahulu. Haqiem berhenti di Stesyen Minyak, "Kamu berdua tunggu dekat sini tau, ayah nak pergi cucuk duit kejap", kemudian mereka mengangguk.

Setelah Haqiem berlalu pergi, tiba-tiba kedengaran tapak kaki ke arah kereta itu. Tasya menoleh kebelakang dan berasa terkejut apa bila dia melihat sekumpulan lelaki yang kelihatan agak menakutkan sedang menuju ke arah kereta mereka. " Abang, siapa diorang tuu, adik takut la." Tasya dalam keadaan takut. Kamal menoleh kearah tingkap keretanya dan terkejut seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Kelihatan 3 orang yang tidak dikenali sedang memegang parang menuju kearah mereka.

Haqiem terdengar suara jeritan yang kuat dari keretanya, Dia terus bergegas berlari dengan penuh kerisauan.

Radio dicuri, pintu rosak, itulah yang yang terjadi kepada keretanya. Benda yang tak boleh blah lagi anak-anaknya pun hilang.

Kelihatan percikan darah didalam kereta. Haqiem kaku, dia berasa amat terkejut. Siapa je yang tak terkejut and sedih anak dia kena culik, siap ada percikan darah lagi dekat kerusi keretanya itu.

Kelihatan terdapat sebuah kad yang terselit dibahagian kerusi hadapan kereta. "Jangan Libatkan Polis Kalau Nak Nyawa Anak Kau Selamat, Jemput Hadir Ke Thailand." Apa yang cuba disampaikan melalui kad ini.

Haqiem buntu.

------------------------------------------I----------------------------------------

Perasaan risau menyelubungi dirinya, susah dia nak tidur fikirkan anaknya. Dia bertekad untuk mencari penculiknya, tiba-tiba terdapat sebuah panggilan. Tanpa berfikir panjang dia menekan butang answer.
"Ayah, tolong Kamal, sakit ayah..." Terdengar bunyi tembakan dari panggilan tersebut. "Aaah, Tasya!!!" Jerit Kamal. Haqiem menitiskan air mata, apa yang dah jadi ni.

"Woi, kau buat apa dekat anak aku"

"Aku nak 100,000 ringgit esok malam, kalau tak anak kau lagi sorang ni pun mati."

Panggilan terus dimatikan. Haqiem tidak dapat tidur memikirkan keadaan mayat anak perempuannya.

⬤ 3 September 2018

Jam loceng berbunyi dan menunjukkan waktu ketika itu iaitu 6.15, Haqiem bangkit dari tidurnya untuk bersiap-siap dan solat subuh. Kemudian, beliau bergegas menuju ke sempadan Malaysia - Thailand. Sebelum itu, beliau membeli sepucuk pistol dari rakannya itu. Perjalanan agak jauh. Mengambil masa kira-kira 5 jam. Pada waktu tengah hari, beliau menunaikan solat zohor di surau berdekatan.

------------------------------------------I----------------------------------------

Masa semakin hampir hampir. Pada pukul 8.30 malam, beliau sudah berada di Thailand. Kedengaran bunyi notification masuk, nombor yang tidak dikenali itu menghantar alamat.

Apabila tiba di alamat tersebut, Haqiem mengeluarkan sepucuk pistolnya untuk membunuh penculik tersebut. Dia bersandar di sebelah pintu dan sudah bersedia untuk memecah masuk. "3, 2, 1" Haqiem terus menendang pintu sekuatnya dan terus mengacu kearah penculik tersebut. 2 orang telah dibunuh. Haqiem mengeluarkan pisaunya dan menikam penculik yang terakhir itu dari arah belakang.

Haqiem sempat bertanya,

"Siapa arahkan kau?"

"Aku tak tahu!"

Dia bertanya sekali lagi, "Siapa Arahkan Kau!" Tengking Haqiem. "Puan Kalsom!" Makcik mana pulak nii. Dia terus menembak penculik terakhir itu dibahagian mulutnya.

Haqiem terus berlari kearah Kamal yang sedang tidak sedarkan diri. "Kamal! Ayah dekat sini." Sedang Haqiem mencabut ikatan ditangannya itu kedengaran suara dari arah belakangnya. "Tak semudah itu, Hahahahahahah."

Haqiem menoleh ke arah belakang. "Eh, saya ingat awak dah mati" Haqiem terkejut melihat jasad yang dikenalinya itu. "Aku tak mati, aku dah tak tahan kena pukul dengan kau setiap hari, sebabtu aku palsukan kematian aku. Aku culik diorang ni sebab taknak diorang merana dengan kau, kau ingat aku lupa ke apa yang kau dah buat dekat diorang. Kau dera diorang setiap hari, kau tengking diorang." Setitis air mata keluar dari isteri Haqiem.

Pium! Pium! Haqiem dibunuh oleh isterinya.

------------------------------------------I----------------------------------------

Haqiem sebenarnya mempunyai masaalah mental. Pada awal cerita, Haqiem sebenarnya ingin membawa mayat mereka untuk dibuang. Tetapi mayat-mayat itu telah dibawa oleh seseorang atas arahan Puan Kalsom. Haqiem datang ke Rumah Puan Kalson yang berdekatan dengan rumahnya dan pada ketika itu sedang berlangsung tahlil kepada arwah. Haqiem datang dan memukul semua yang hadir dan beliau mendekati mayat dan mengangkat mayat tetapi telah dihalang oleh beberapa orang. Haqiem kemudiannya menghempas kepalanya ke lantai sehingga mati.

-Tamat-

Cerpen: DendamWhere stories live. Discover now