Patutlah dia mencari kelibat isterinya di ruang tamu tadi tiada. Rupa-rupanya Shafira ada di dalam bilik. Terlihat gadis itu termenung sendiri. Perlahan dia mendekati Shafira. Jauh betul lamunan isterinya sehingga dia yang sudah pun duduk di hadapan pun gadis itu masih tak perasan.
"Sayang..." terhinggut bahu Shafira apabila Rizqi tiba-tiba menggenggam tangannya. Entah bila suaminya masuk, dia sendiri tak perasan ataupun dia yang terlalu ralit dalam fikiran sendiri.
"Sayang abang ni kenapa hm? Jauh sangat termenung sampai abang masuk pun dia tak perasan." Lembut dielus kekura tangan Shafira. Tunak mata memandang seraut wajah isterinya.
Shafira jatuh bahu. Kedengaran keluhan nipis terbit dari bibir mungil itu.
"Tak ada apa lah." Nafinya. Dia hanya tunduk kepala, tak betah membalas pandangan suaminya yang sentiasa memikat hati.
"Takkanlah tak ada apa? Isteri abang tak macam ni. Dia seorang yang ceria, suka bercakap, mulut tu pot-pet aje memanjang." Sempat dia menyindir isterinya. Shafira menghadiahkan jelingan maut kepada Rizqi. Lelaki itu seronok ketawa.
"Okay-okay. Abang gurau aje, sayang. Abang cuma risau tengok Fira diam macam ni. Kalau ada masalah, cuba cerita dengan abang. Mana tahu abang boleh tolong." Ucap Rizqi selepas tawanya reda. Dia kembali serius.
Sekali lagi Shafira mengeluh. "Fira... sedih."
"Kenapa sedih? Siapa buat Fira sedih? Bagitahu abang siapa buat Fira sedih. Biar abang jumpa dia. Berani-berani dia buat isteri abang sedih." Rizqi sudah bangkit dari duduk sebelum ditahan Shafira. Gadis itu menggeleng perlahan.
"Tak ada sesiapa buat Fira sedih. Fira yang sedih sendiri."
Rizqi garu kepala yang tak gatal. Ada ke orang yang buat diri sendiri sedih?
"Fira rasa macam tak berguna. Fira tak pandai masak. Fira tak pandai kemas rumah. Diri sendiri pun tak terurus, macam mana Fira nak uruskan abang?" Jelas Shafira. Suara masih kendur.
Rizqi senyum. "Abang tahu. Fira tak payah bagitahu pun abang tahu Fira tak pandai masak."
Shafira angkat kepala. Mata terkebil-kebil membalas pandangan suaminya.
"Macam mana abang tahu?"
"Fira lupa ke waktu pertama kali kita jumpa dekat rumah Fira haritu?"
Shafira mengerut dahi, cuba menggali semula memori yang berkurun lama. Terbeliak biji matanya apabila teringat semula di mana dia telah membuka aib sendiri di hadapan Rizqi dan Larissa ketika mereka mengunjungi rumahnya.
"Ingat dah?" Rizqi ketawa kecil.
Shafira mencebik. Wajah cemberut ditayang.
"Sayang, abang tak kisah pun kalau Fira tak pandai masak. Abang pun tak pandai masak."
YOU ARE READING
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄
Romance[ Book 5 ] Warning: Digalakkan untuk baca Lose In Revenge dahulu untuk mengelakkan kekeliruan. Selagi bergelar manusia, kita takkan berhenti diuji. Begitu juga seperti Randika. Menjadi seorang Randika Daniel memang tidak mudah. Sehingga ke tua pun...