"Muka pakcik yang tangkap Luqman tu macam ni ke?" Thaqif menunjukkan gambar Irman, adiknya itu kepada Luqman. Masih lagi tidak berpuas hati dengan kata kata Irman.
Laju Luqman menggelengkan kepala. Walaupun kawasan bilik itu gelap dan hanya ada sebiji lampu mentol yang menyala, dia yakin wajah yang ditunjukkan Thaqif bukanlah wajah penculiknya malam itu.
Thaqif menggosok rambutnya kasar. Dibiarkan rambut itu tidak kemas. Mata Thaqif kemudiannya menghadap dua sahabat yang sedang elok bersila atas lantai sambil bersarapan nasi lemak.
"Korang pernah bagitahu Irman ke pasal kes ni?" Sekali lagi laju sahaja kepala Raif dan Qarizh menggeleng. Hampir sahaja terkehel kepala mereka berdua.
Baru sahaja suapan pertama mahu masuk ke dalam mulut, Thaqif sudah mula bertanya kepada mereka sekali lagi. Sudah la perut dari tadi berkonsert, Tuan Thaqif ini pula tidak berhenti bertanya.
Sepatutnya mereka berdua tidak perlu menjemput Thaqif ke hospital. Kan dah kena temu duga secara langsung.
"Masalahnya, Irman bagitahu korang berdua yang bagitahu dia pasal kes ni." Thaqif memandang Raif dan Qarizh bersilih ganti. Trust issues betul dengan mereka berdua ni.
"Tuan syak Irman tu MiEDO ke?" Qarizh bertentang mata dengan Thaqif sambil mulut tersenyum sinis. Gelak jahat di dalam hati sebab berjaya perangkap tuan sendiri.
"Ish ish ish, tak baik tuan musykil dengan adik sendiri." Raif pula menyampuk. Kepala digelengkan perlahan sambil tangan digenggam dan diletakkan di perut. Serupa penyanyi nasyid.
Eh. Thaqif juga yang salah. Akhirnya, Thaqif hanya memandang sahaja sahabat berdua itu yang sudah ketawa terbahak bahak selepas mengejeknya. Sengaja menutup keraguannya terhadap Irman.
Kalau betul bukan Qarizh dan Raif yang bagitahu, bagaimana Irman boleh tahu kes ini? Siapa pembocor rahsianya? Kes ini sepatutnya dijaga rapi sebab melibatkan anak menteri.
Jadi siapa pula menjadi mulut murai dan sebarkan kepada Irman? Nak kata Nadim, lelaki itu sibuk dengan urusan keluarganya. Haura dan Qaseh? Dua dua tidak kenal Irman.
"Jujur tuan saya kata, lepas sahaja dapat tahu kes ni, saya dan Qarizh zip mulut kami." Tangan diangkat seperti sedang membaca ikrar. Qarizh pun ikut sahaja la teman baik dia tu.
"Uncle Thaqif ni, abi baik la. Abi pandai simpan rahsia tau." Luqman yang sedang menyantap buah di atas katil bersuara. Menyelamatkan abinya yang sedang disoal siasat Thaqif.
Raif hanya menyimpan senyum. Pandai betul anakandanya ini. Qarizh terus memberikan thumbs up kepada Luqman tanda terima kasih.
"Silap silap Timbalan Pesuruhjaya Saadan tu yang bagitahu." Isteri Raif, Puan Raudah bersuara. Dari tadi mendengar sahaja, bagi la peluang buatnya untuk memberikan pendapat.
"Betul tu. Diam semacam je orang tua tu." Eh Qarizh ni melebih nampak. Kalau sampai di telinga Timbalan Pesuruhjaya Saadan, habis la Qarizh. Berhenti terus mungkin.
Kalau difikirkan, memang sudah lama Thaqif tidak mendengar khabar lelaki itu. Sibuk barangkali. Kali terakhir mereka bersua pun, adalah ketika Thaqif ditugaskan sebagai ketua untuk kes ini.
"Kau melebih eh. Kalau timbalan dengar, habis la kau." Raif yang berada di sebelah terus menyiku Qarizh. Menyedarkan jejaka itu tentang percakapannya sebentar tadi.
"Aku melawak je." Pembalut nasi lemak yang sudah habis itu terus Qarizh konyokkan dan buang ke dalam tong sampah. Tak lupa mengambil sepotong buah epal dari pinggan Luqman.
Membiarkan sahaja Luqman memandangnya dengan muka tidak puas hati. Puan Raudah hanya mampu menggelengkan kepala. Malas mahu melayan Qarizh yang suka menyakat anaknya itu.
"Good morning everyone!" Tanpa angin mahu ribut, pintu itu dirempuh Qaseh. Terkejut juga la semua yang berada di dalam. Nasib baik la wad Luqman ini hanya ada Luqman sahaja.
"Waalaikummussalam." Qaseh terus menjeling Qarizh. Sengaja Qarizh ini. Suka betul membuatkan dirinya bersalah.
Haura berjalan masuk ke dalam wad itu. Meletakkan buah tangan di atas meja dan bergerak ke arah Puan Raudah. Tangan wanita itu disalam. Ceh persis wanita melayu terakhir sangat.
"Hai cik Haura." Siapa lagi kalau bukan Qarizh. Teruja sungguh lelaki ini kalau berjumpa dengan dirinya. Thaqif hanya memandang sahaja. Tidak bersuara.
"Lambat sampai." Raif yang kebetulan baru sahaja keluar daripada tandas bersuara. Wad yang tadinya sunyi kini sudah riuh rendah dengan suara Qarizh dan Qaseh yang tidak berhenti bertengkar.
"Ada orang belanja Haura makan tadi." Melebar senyum Qaseh menyakat Haura. Pergaduhan dengan Qarizh diberhentikan seketika. Nak spill the tea dulu ni.
"Siapa, siapa, siapa? Spill the tea,girl!" Amboi Puan Raudah. Maklum la seumur dengan Qaseh, memang sekepala la mereka berdua. Haura yang muda setahun hanya memandang Qaseh malas.
"Ala, nak cakap macam mana ehh. Orang tu dia polis." Terkejut Puan Raudah dan Qarizh. Luqman pun ikut serta juga. Nak tahu siapa yang belanja aunty Haura dia ni.
"Lepastu badan dia tough. Naik superbike tau." Semua kepala disitu hanya mengangguk. Mahu mendengar lebih lanjut.
Raif yang hanya dari tadi memerhati sudah menggeleng perlahan. Apa yang susah sangat? Sudah jelas orang yang belanja Haura tu, tuan Thaqif Idlan ni ha. Siapa lagi kan?
Tapi tidak mengapa. Biar sahaja dia menyaksikan isterinya, anaknya dan kawannya itu menyelesaikan 'misteri' ini. Seronok menjadi penonton.
"Ha ni mesti Nadim kan?" Automatik tangan Qaseh dan Raif menepuk dahi masing masing. Biar betul jawapan Qarizh ni? Tak boleh logik lagi ke?
"Tak, tak, ni confirm Timbalan Pesuruhjaya Saadan kan?" Thaqif memandang Luqman tidak percaya. Dik, Timbalan tu dah ada 3 orang cucu dik. Isteri pun dah 4 orang. Dah habis kuota.
Raif merenggakan tangannya. Lenguh pula badan tidur di hospital selama 3 hari. Tiba tiba Puan Raudah terjerit kecil.
"Abang ke yang belanja Haura?!" Dia pula kena. Dia tidak bersalah. Dia nak regangkan badan sahaja. Yang sampai melalut ni kenapa.
Thaqif mengangkatkan tangannya ke udara. Sebelum keluar lebih banyak jawapan merepek biarlah dia berterus terang. Belanja makan je kot. Bukannya ada apa apa pun.
"Tuan Thaqif ke? Wooo." Puan Raudah terus menutup mulutnya yang ternganga. Terkejut dengan pengakuan Thaqif. Laju sahaja senyuman menyakat terukir di wajah mereka.
"Saya melantik diri sendiri sebagai president kelab shipper cik Haura dan tuan Thaqif." Qarizh tanpa persetujuan sesiapa, terus menjadikan dirinya ketua persatuan Haura dan Thaqif.
Haura memandang Qarizh tidak percaya. Apa Qarizh Armansyah ni mengarut ha? Nak jadi president bagai. Haih bukan motif utama sepatutnya mencari MiEDO ke? Apahal sampai ship dia dengan Thaqif ni.
"Luqman naib president." Luqman pun nak ikut serta juga. Ni semua salah Qaseh la ni. Sibuk sahaja nak spill the tea dekat Raudah dan Qarizh. Kan sudah jadi begini.
Raif hanya mampu gelak sahaja. Bila lagi kan dia boleh menyaksikan perkara ini?
"Jangan mengarut Sarjan Qarizh." Tegas sahaja Thaqif bersuara. Kalau tak pelik, bukan Qarizh la. Qarizh hanya mampu tersenyum nipis. Poyo betul la Tuan dia ni.
"Ingat. Misi kita nak cari MiEDO, bukan nak jodohkan aku dengan Haura." Heh. Tuan Thaqif ni tak boleh melawak betul. Serius manjang. Biar nanti mati sorang sorang.
"Takpe tuan. Mencari pembunuh dengan identiti MiEDO tu misi utama. Menjodohkan Tuan Thaqif dan Cik Haura misi sampingan." Qarizh ni memang sudah buang tebiat agaknya.
Haura dan Thaqif memandang Qarizh tajam. Menempah maut betul lelaki ini. Sudah la mencabar kesabaran Superintendent dan Inspektor. Buat dek pula tu.
YOU ARE READING
MiEDO - POLICES AND THIEF
ActionIt's my game and you have no choice but to play in it - MiEDO Haura Delyssa. Meletakkan jawatan sebagai seorang anggota polis setelah suatu kejadian membelenggu dirinya dan keluarganya. Kejadian yang menjadi titik pemula kepada hidupnya. 3 tahun kem...