𝐇𝐁𝐃 || ON SEKİZ (18)

358 18 0
                                    

Titisan hujan yang agak lebat membuatkan Nurin menghela nafas pasrah. Cuaca seakan-akan memahami keadaan hatinya ketika ini, air mata yang mengalir tanpa henti dikesat menggunakan jarinya.

Deringan telefon membuatkan Nurin memalingkan kepalanya menghadap telefon sebelum membaca nama pemanggil.

Florence Natasya 🤍

Nurin berdehem seketika seraya menekan ikon hijau lalu dia membawa telefon ke telinga. "Asalam—"

"Weh Nurin, kau dekat mana? Apa yang dah jadi ni? Kenapa ayah kau tanya aku kau dekat mana? Kau lari rumah ke?!" Tidak sempat Nurin memberi salam apabila berpusu-pusu soalan Natasya berikan kepada Nurin hingga membuatkan Nurin menghembus nafas pasrah.

Dia memicit dahinya dengan perlahan. "Aku tak lari rumah lah, aku keluar kejap tadi. Kau janganlah risau," kata Nurin perlahan, cuba mengawal suaranya supaya Natasya tidak tahu yang dia sedang bersedih.

Natasya yang mendengar suara Nurin agak lain harini sudah mula mengerutkan keningnya. "Kau ada masalah kan, Rin? Cuba kau cerita dengan aku," kata Natasya lembut. Dia pasti Nurin sedang menghadapi masalah ketika ini.

Air mata yang ditahan tadi mengalir semula dengan laju. Teresak esak dia menangis apabila mendengar Natasya berkata sedemikan. Tiada siapa yang lebih memahaminya selain sahabatnya ini.  "Hati aku sakit sangat Sya... sakit..." jujurnya dengan penuh perasaan.

Natasya memejam matanya buat seketika bersama helaan nafas berat. Dugaan apa lagi yang sahabatnya ini lalui sekarang? "Kau bagi lokasi kau sekarang. Aku nak jumpa kau, aku perlu jumpa kau sekarang juga. Send location cepat!" tegasnya lalu mematikan panggilan.

Nurin kesat semula air matanya lalu menghantar lokasi keberadaannya ketika ini.

Tidak sampai beberapa minit, Nurin terdengar bunyi ketukan di tingkap kereta membuatkan dia memalingkan kepala dengan laju ke arah tingkap dan susuk yang dia lihat ketika ini membuatkan dia tergamam.

Lelaki itu membuat isyarat supaya dia menurunkan cermin tingkap. Nurin menghela nafas sebelum menurunkan cermin tingkap itu. "Apa awak nak lagi Max?" soalnya bersama mata yang sudah sebam.

"Kenapa kau lari dari aku Nurin? Kita patut berbincang," kata Max bersama pandangan yang lembut.

"Apa lagi yang kita patut bincang? Awak pun tahu kita terlalu berbeza." Air matanya buat sekian kalinya mengalir membasahi pipi.

Max mengenggam tangannya sendiri apabila melihat Nurin selemah ini. "Janganlah menangis, sayang," ucapnya menahan rasa. Dia tenung mata Nurin dengan penuh rasa serba salah.

"Max! Apa kau buat dekat sini?" sergah Natasya yang sedang berjalan bersama Faris ke arah kereta Nurin.

Tangan Nurin dibawa mengelap air matanya lalu berdehem seketika. Max yang membongkokkan badannya sedikit tadi kembali berdiri tegak seraya memalingkan wajah ke arah Natasya dan Faris.

"Itulah, apa yang kau buat dekat sini Max?" soal Faris pula apabila Max hanya mendiamkan diri.

"Aku balik dulu," katanya seraya melangkah meninggalkan Natasya dan Faris yang terpinga-pinga.

Faris kerling ke arah Natasya membuatkan dia menganggukkan kepala apabila memahami pandangan suaminya. Faris setelah itu terus melangkah pergi ke arah Max yang sudah meninggalkan kawasan tersebut.

"Max!" seru Faris yang kini membututi Max dari belakang.

Terus Max hentikan langkah lalu palingkan kepala menghadap Faris. "Kenapa ikut aku?" soalnya penuh hairan.

"Apa yang dah jadi ni Max? Kau buat kerja gila apa lagi kali ni?" tegas Faris bersama dahi yang berkerut.

Max mencebikkan bibirnya lalu mengambil sebatang rokok lalu memetik api dan menghalakannya ke arah rokok supaya menyala. "Aku nak jadikan Nurin sebagai isteri aku," jujur Max penuh selamba. Dia pandang Faris dengan pandangan yang kosong, rokok yang ada di bibir disedut sekali lalu dihembus melepaskan asap.

You'll also like

          

Faris terus mengelengkan kepalanya beberapa kali. "Sah kau gila, kau pun dah tahu yang agama kau dengan agama dia berbeza. Kau jangan mainkan hati perempuan Max, dia dah cukup tersiksa dengan keluarga dia. Kau pun tahu tu kan?" marahnya kepada Max. Geram sekali dengan sikap Max yang langsung tidak berfikir panjang.

Wajah Max perlahan berubah mendengar Faris berkata sedemikan. "Banyak juga ya kau tahu? Kau cakap macam kau kenal betul dia. Kau ada hati pula ke dengan Nurin tu?" tajam matanya merenung ke arah anak mata Faris.

Semakin berkerut dahi Faris mendengar apa yang Max katakan. "Apa benda yang kau merepek ni? Aku cakap sebab perempuan adalah makhluk yang perlu dilindungi. Dia terlalu menderita selama ini, aku tak payah cakap pun kau sendiri pun dah tahu lah Max. Aku ni tahu pun sebab isteri aku yang banyak bercerita dengan aku. Dah sekarang kau jangan nak tukar cerita, aku nak kau jangan teruskan kerja gila kau."

"Aku akan masuk agama islam," ucap Max selepas menghembuskan asap rokok lalu melempar putung rokok yang masih panjang ke tanah.

Kening Faris terangkat sedikit mendengar pengakuan Max namun riak terkejut langsung tidak terpapar di wajahnya, dia pandang Max dengan pandangan yang sudah berubah sedikit lembut. "Aku bersyukur kau nak masuk agama aku tapi kau jangan sesekali buat agama macam tempat untuk kau bermain. Agama islam ni suci, aku harap lepas kau masuk islam kau buang segala syaitan yang dah rasuk tubuh kau ni. Ingat pesan aku Max, jangan main-main dengan agama dan jangan masuk agama islam atas sebab tersendiri tapi masuklah agama islam atas sebab kau yakin dengan Allah," nasihatnya lalu menepuk bahu Max beberapa kali.

.

Cafe yang berdekatan menjadi tempat pilihan mereka. Elok sahaja Nurin dan Natasya melabuhkan punggung di kerusi, terus wanita itu memulakan perbualan. "Cuba cerita dengan aku, kenapa ni? Kau tahu kan aku sentiasa menadah telinga dan bahu untuk kau?" Lembut Natasya berkata.

Selesai membuat pesanan, Nurin memandang mata Natasya dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Max... dia... luah perasaan pada aku."

Natasya mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Nurin. "Tapi dia patut tahu yang korang tak boleh bersatu." Penuh hairan dia dengan Max kerana berbuat sedemikan, apa masalah lelaki itu?

"Sebab tu aku tak faham, kenapa dia luahkan perasaan sedangkan kami tak seagama. Dia tak patut luahkan perasaan pada aku," ucap Nurin menahan sebak.

Tangan Natasya dibawa mengusap bahu Nurin dengan lembut. "Orang yang kuat sentiasa diuji, kau sabar ya? Allah sayang kau dan Allah pilih kau sebab Dia tahu kau mampu hadapi ujian ni." Dia memberi semangat kepada Nurin yang sedaya upaya menahan tangisan. Tidak mahu orang melihat mereka.

Nurin angguk kepala beberapa kali sebelum menghela nafas. "Aku ada benda lagi nak beritahu kau sebenarnya," ucap Nurin sambil menatap mata wanita itu.

"Tell me."

"Erman... dia dengan family akan datang rumah aku Ahad ni, dia... nak masuk meminang aku." Mata dibawa menekur lantai. Fikirannya bercelaru

Mata Natasya sedikit membulat mendengar apa yang disampaikan oleh Nurin. "Seriuslah? Habis macam mana? Kau pernah cakap dekat aku yang kau tak suka dia sebab kau anggap dia tak lebih daripada kawan." Dia masih ingat Nurin pernah bercerita tentang Erman kepadanya, katanya kawan daripada zaman sekolah.

Nurin angkat bahu sekali. "Aku buntu Sya, aku masih tak ada jawapan untuk beri kepada dia. Hati aku sikit pun tak ada untuk Erman," jujur Nurin dengan suara yang tertahan.

Perlahan Natasya mengusap tangan Nurin bersama pandangan yang simpati. "Aku tahu, hati kau hanya untuk Max kan? Tapi Rin... kadang Allah tak beri sesuatu yang kita nak bersebab, kau cubalah meminta lagi daripadaNya. Aku pasti suatu hari nanti kau akan dapat jawapan," kata-kata semangat diberikan kepada Nurin dengan senyuman nipis.

𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | SUWhere stories live. Discover now