Sejak pergaduhan di antara mereka berlaku, hubungan mereka agak renggang. Fahim cuba untuk memujuk Farihin, namun Farihin masih dengan pemikirannya yang sama. Farihin sendiri tidak pasti, kenapa dia perlu sedih tentang perkara ini? Jika Fahim perlu berkahwin dengan Suhana, kenapa dia tidak berkahwin sahaja dengan Suhana?? ARGHH !!!!! Sakit kepalanya mula menyerang. Dia keluar untuk mengambil air dan ubat.
Tanpa sedar, Fahim mengekorinya dari belakang. Fahim mengerutkan dahinya bila Farihin mencapai ubat Panadol yang ada di dalam dapurnya. Dia segera pergi ke arah Farihin. Sewaktu Farihin memusingkan badannya, serta merta Farihin mengundurkan dirinya setapak.
" Are you sick, principessa ?? " tanya Fahim.
" No. " kata Farihin sepatah. Dia cuba untuk lari ke atas namun Fahim tangkas untuk mengurung Farihin.
" Don't you dare run until I'm done, Farihin. " kata Fahim serius.
Farihin menundukkan kepalanya bagi tidak memandang Fahim. Sumpah, dia berasa sedikit takut ketika itu. Tidak tahu mengapa ...
" Look at me when I'm talking to you, tesoro " kata Fahim lagi.
Dalam sekelip mata, Farihin hanya mengikut. Mereka berdua seakan berada di dalam dunia mereka sendiri.
" I'm sorry, ti amore.. " kata Fahim.
" For what? " tanya Farihin. Yelah, mana tau dia ada buat salah lain lagi ke kan, kita tak tau.
" For everything. Dari cara awal kita kenal sampai sekarang. Terutamanya pasal Suhana. Serius, Suhana tu bukan siapa-siapa bagi aku. Mark my words. I don't love anyone except you. I just want getting married with you. Just you, mia bella. " kata Fahim jujur.
Farihin yang mendengar sudah terkaku kerana terkejut dengan pengakuan yang baru sahaja meluncur keluar daripada mulut Fahim. Inilah sebab kenapa dia setuju untuk berkahwin dengan Fahim. Kejujuran. Kejujuran Fahim selalu membuatnya cair .
" O-okay.. " hanya itu yang mampu keluar daripada mulut Farihin. Dia berasa malu, gembira dan bahagia.
" Sekarang, makan ubat lepastu rehat dekat atas. Nanti aku bawak bubur naik atas. No objection. " arah Fahim.
Farihin hanya mampu mengangguk dengan arahan itu. Bukannya boleh buat apapun, selagi orang yang bercakap di depannya Fahim, memang selamanya kena ikut arahan . Usai sahaja makan ubat, dia naik ke atas semula. Fahim terus melakukan tugasannya untuk membuat bubur.
Sepanjang Farihin sakit, Fahimlah yang menjaganya. Semua ubat-ubatan sudah letak di dalam biliknya. Fahim tidak mahu dia turun selagi belum sihat sepenuhnya. Makanan juga dimasak oleh Fahim. Sikap Fahim pada waktu itu, jangan cakap.. baik gila. Prihatin, semualah.. Farihin bersyukur kerana dapat melihat sikap Fahim yang sebegini. Dia harap Fahim menjadi seperti ini sehingga mereka melansungkan perkahwinan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
' Terima kasih tidak terhingga, Fahim.. ' -- Farihin
YOU ARE READING
Terlanjur dalam Mencintaimu
RomanceCaci-maki, pukulan yang tiada kesudahan. Kesan-kesan lebam kebiruan hampir ada pada setiap bahagian badan. Apa yang terjadi setiap hari bagaikan sudah terbiasa dengan kehidupan buat Nurul Farhani. Pertemuan yang tidak disangka bersama Tengku Fahim b...