11 Hours To Boston: Bab 30

1.9K 82 4
                                    

Mata coklat unik yang kebiasaannya menyerlah indah dipandang orang sekelilingnya itu, kini berbeza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata coklat unik yang kebiasaannya menyerlah indah dipandang orang sekelilingnya itu, kini berbeza.

Lingkaran gelap terdapat di bawah mata itu menambahkan pucat pada wajah yang kelihatan agak kurang bermaya.

Mata sembab itu kekal memandang pada arah yang sama. Untuk beberapa kali, dia batuk melepaskan rasa tersumbat di tekak. Tekak yang terasa perit itu buatkan dia rasa sakit di sudut sana.

"Uhuk! Uhuk!"

Batuk dilepaskan buat beberapa ketika sebelum dia berdiri dari ruangan perpustakaan universiti itu. Baru separa badan dipusingkan ke belakang, terasa tubuh tegapnya dirempuh seseorang sehingga dia kembali terduduk di kerusi di meja kosong itu.

Buku-buku yang ingin disimpan kembali di tangannya, habis berterabur. Dia terkedu. Dia tahu dia agak tidak sihat sekarang, kepalanya agak melayang-layang, namun, dia masih yakin... Orang yang hampir menaut bibir dengannya ketika ini ialah Evelyn.

Segera wajahnya berubah serius.

"Apa you buat ni?! Tepi!" Tubuh wanita berambut perang itu ditepis kasar. Namun, tetap. Evelyn tidak berganjak. Dia keraskan tubuhnya.

"Nafas you hangat... Are you having a fever?" Sengaja mengubah topik supaya boleh terus dia kekalkan posisi sekarang ini.

Dia masih dapat rasa, Essac tidak henti menolak dan kekal menepis kasar tubuhnya.

"Bukan masalah kau! Berambus! Bangunlah Evelyn!"

Buk!

Akhirnya, dia terjelopok jatuh ke lantai perpustakaan universiti mereka. Mukanya sedikit bengang. Suasana senyap dan tenang perpustakaan ini tadi, kian berubah tegang.

"How could you..."

Sempat Evelyn hendak melontarkan kata-kata penuh amarahnya, Essac mengutip buku-buku yang diambil dari rak perpustakaan Universiti Harvard ini segera. Lekas dia kemudian menapak pergi dengan dingin.

Malangnya, baru beberapa langkah dia hendak terus menuju keluar, batang tubuh ramping seorang wanita yang cukup cantik bak bulan dipagar bintang mula kelihatan.

Langkah galah itu terhenti tiba-tiba.

"Nedine..." Nama secantik tuannya mula meniti di bibir yang kelihatan sedikit pucat itu.

Dari jauh dia sudah dapat tangkap situasi. Dia kembali pandang Evelyn. Wanita itu, sudah berdiri tegak. Dia tersenyum senget.

Sekilas kembali dia mengalihkan pandangan pada Nedinena yang sudah melangkah keluar dengan perlahan, dia kejar wanita itu. Buku-buku di tangannya, semua itu ditinggalkan saja di meja berhadapannya.

"Nedine!"

Tanpa memperdulikan orang lain di dalam perpustakaan ini, dia menyeru kuat nama itu.

••••••••••••••••••••••••••

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now