KIUB RUBIK BERBAHAYA

43 4 0
                                    

Undur masa beberapa jam semasa semua orang sedang sibuk berperang di seluruh dunia.

Ryuu,Theo,Gora dan Keldra dihantar ke Albeik Kingdom. Askar upahan yang dihantar oleh Crossheart Alliance bergerak melawan mereka tetapi,segerombolan tentera tidak boleh menandingi kuasa empat Demon Lord.

Ryuu: Tiger Claw Strike!!

Ryuu cakar askar Crossheart Alliance dengan kuku cakarnya dan mereka semua tercampak ke belakang. Keldra berlari dengan pantas dan belasah askar upahan sehingga mereka tumbang. Gora berada di tempat tinggi,memanah askar musuh yang boleh gunakan magik elemental dan Theo....

Theo: Nah! Ambik ni!!

Theo keluarkan beberapa keping kad dari buku dan baling ke arah musuh. Ketulan batu besar keluar dari kad dan menghempap musuh sehingga penyek.

Mereka berempat menewaskan bala tentera Albeik Kingdom tanpa sebarang masalah. Ryuu menukar tangannya kembali normal dan lap peluh di dahi.

Ryuu: Phew! Selesai pun!

Gora: Tak. Kita masih ada seseorang untuk dikalahkan.

K.Rixel berjalan ke arah mereka dengan tenang. Senyuman tak lekang di bibir membuatkan mereka berjaga-jaga. Gora tarik tali busur dan lepaskan anak panah angin ke arahnya. K.Rixel sekadar memandang anak panah itu menuju ke arahnya dan...

K.Rixel: Game Board Alignment.

Persekitaran mereka menjadi gelap. Anak panah yang menuju ke arahnya menghilang dan tanah tempat mereka berdiri bertukar menjadi papan permainan berwarna merah putih.

Keldra: Ha?! Apakah!!?

Ryuu: Ini mesti skill dia! BoBoiBoy ada cakap pasal skill dia!

Theo: Skill yang membolehkan dia hasilkan permainan yang dia nak,dan kawal permainan tu.

Gora: Agak tak adil untuk kita betul tak?

K.Rixel: *chuckle* Tak perlu risau. Saya cuma nak ajak korang bermain. Permainan ni adil untuk kedua belah pihak.

Theo: Permainan apa?

Rubik kiub gergasi jatuh di sekeliling mereka membentuk bulatan. Terdapat pelbagai gambar di rubik kiub yang mengelilingi mereka dan saiz setiap rubik kiub bersamaan sebuah rumah.

Gora: Alamak....

K.Rixel: Kita akan bermain permainan yang melibatkan rubik kiub ni. Peraturannya senang saja. Untuk satu rubik kiub,mesti ada satu barisan dengan gambar yang sama.

Ryuu: Itu je? Senang je permainan ni!

K.Rixel: Nanti. Kalau kau tersilap langkah,kau akan dihempap rubik kiub ni.

Keldra: Senang kau kata....??

Theo: "Ini bukannya permainan yang menguji minda atau kekuatan tapi lebih kepada tuah. Tapi kenapa dia ajak kita main permainan ni? Mungkin dia nak...."

K.Rixel: Siapa nak mula dulu?

Mereka berempat memandang satu sama lain dan mengangguk. Ryuu berjalan ke arah K.Rixel,bersedia untuk menyahut cabarannya. Dua kiub sederhana besar terapung di hadapan mereka. K.Rixel memandang rubik kiub itu dengan senyuman tenang dan....

Ryuu: Heh! Sedia!?

K.Rixel: *nod*

Mereka berdua bermula pada masa yang sama. Ryuu memutar rubik kiub itu dengan pantas dan K.Rixel cuba mengejar kepantasannya. Ryuu siap terlebih dulu diikuti K.Rixel dan kedua-dua kiub terapung di udara bagi menunjukkan siapa yang berjaya.

K.Rixel: Aku menang. Kau kalah.

Ryuu terkesima melihat rubik kiub yang dilakukannya tidak mempunyai gambar yang sama dalam satu barisan. Semua gambar pada rubik kiub gergasi yang mengelilingi mereka bertukar kepada gambar panahan kilat dan....

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Where stories live. Discover now