ketujuh.

8 0 0
                                    



kelakar bukan? aku, malu. dan juga kamu. malu sama perasaan sendiri yang memakan diri. aku suka malu ini. malu dimana kita tetap boleh dan ingin berkomunikasi antara satu sama lain. aku suka.

kisah harini, aku tampak. macam biasa. peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjadi sedikit penentu hidup. sebelum aku pulang ke kelas, aku pergi ke kelas kamu. malu ada, cumanya jika tidak dibendung aku takut aku kehilangan mu. jadi aku pergi. meja mu penuh dengan lelaki lelaki lain. jadi, gapapa. novel rakan aku rembat bagi mengulang kaji buat sementara waktu. di belakang aku pilih untuk duduk. aman, kerana kelas itu juga lain situasinya.

bila empunya buku melihat aku, tegur diberi tentang novelnya.

"tu bukan buku aku ka," tanya empunya. pada waktu itu, aku hanya membalas acuh tak acuh. namun, aku juga sedar. kamu bakal menyedari akan kehadiranku yang tidak beredar.

setelah 4 minit begitu. aku pilih untuk beredar. aku bangun dan aku nampak posisi kerusi mu yang berubah. dari menghadap depan. sedikit menyenget yang membenarkan mata mu untuk memanah susuk tubuhku.

dan, aku beredar.

api bercintaWhere stories live. Discover now