BAB 19

39 8 0
                                    

                   “KAU okay tak? Asal aku tengok kau macam tak bermaya ni? Semalam kau tidur lewat sebab buat kerja ke? Kan aku dah cakap, kerja kau bagi aku yang buat. Tidak pun bagi saja staf-staf kita yang buat. Janganlah susah kan diri kau. Kasihan aku tengok", kata Erisya panjang lebar sambil mengemas meja Dhuha yang bersepah dengan fail-fail kerja.

"Mana ada aku tidur lewat. Aku cuma sakit badan saja and tak boleh tidur. Jangan risaulah, nanti okay lah", balas Dhuha mendatar.

Maklumlah, semalam tidur dekat sofa.

Erisya hanya menggelengkan kepalanya. Tangannya masih ligat mengemas fail-fail yang masih berbaki di meja Dhuha.

"Ouh, Ari tak masuk kerja lagi?", Tanya Dhuha.

Selalunya, pagi-pagi macam ni memang dia akan terpacak depan aku. Tapi, tak ada pula.

"Lah, kau tak tengok whatsapp ke? Kan dia dah cakap yang dia masuk lewat sikit nak pergi klinik. Check baby bump dia", jawab Erisya.

"Aku tak tengok phone. Sorry lah", balas Dhuha sambil tersengih meminta ampun. Ni bukan minta ampun, ni minta kaki jawabnya. Desis hati Erisya.

"Eh Dhuha, kau nak teman aku tengok wayang tak petang ni? Ada cerita barulah!", Tanya Erisya semangat.

Dhuha berfikir sejenak.

"Tak boleh lah. Petang ni Ayden ajak aku pergi rumah mama dia. Kau ajak lah Darren. Dia kan setia ada di sisi kau...", Balas Dhuha meleret. Keningnya dijongket jongket memandang Erisya.

"Euw, mana ada. Dia tu, asyik nak pau makanan aku je kerjanya. Bukannya ikhlas pun nak teman aku", balas Erisya sambil menggulingkan matanya ke atas.

Tapi kan, benarlah apa yang dikatakan Dhuha. Darren sentiasa ada di sisinya tak kira susah mahupun senang. Maklumlah, sejak sekolah rendah lagi dia orang ni rapat macam adik beradik. And, dia orang ni agak mesra nak dibandingkan dengan Ayden dan Dhuha yang kerjanya asyik bergaduh sahaja.

Dhuha hanya ketawa kecil. Bukannya dia tak tahu si Darren tu memang kuat makan. Tapi tak gemuk-gemuk pun.

"Dhuha, aku nak tanya kau sikit. Jangan marah tau..", kata Erisya sambil menarik kerusi di hadapan meja kerja Dhuha lalu duduk di situ.

"Apa? Tanya lah", balas Dhuha bersedia mendengar pertanyaan Erisya.

"Err..tadi kan kau ada cakap yang kau sakit badan. Maksudnya, dah ada baby lah kan dalam perut kau?!", Soal Erisya teruja.

Dhuha menghela nafas perlahan. Haritu, Ariana. Kali ini, Erisya pula.

"Tak", jawab Dhuha sepatah.

Terus Erisya memuncungkan bibirnya. Tangannya dilipat di dada. Badannya disandarkan di kerusi. Alaa, ingat dah berisi. Baru nak happy-happy.

"Tak payah lah cakap fasal ni. Aku malas. Ouh by the way, pukul 10 nanti aku nak pergi Alfa Holdings. Ada meeting dekat sana. So, aku nak kau urus kan apa yang patut kalau ada masalah. Okay?", Ujar Dhuha.

"No problem. Itu dah memang tugas aku pun untuk pantau. Dah lah, aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa, panggil je aku tau", pesan Erisya sebelum melangkah keluar dari pejabat Dhuha.

Dhuha hanya membuat jari okay.

Kemudian, dia menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi.









                      AYDEN melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dengan penuh gaya. Baunya yang maskulin itu membuatkan semua gadis yang ada di dalam syarikat itu hampir jatuh cinta. Jangan kau jatuh cinta sudah, dia dah kahwin. Kalau tak nak kena ketuk dengan belanga, baik kau simpan je perasaan tu.

DIA GADIS PUJAAN HATI AKU ( hiatus )Where stories live. Discover now