Last Chapter

268 21 10
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Youngmi's

Cahaya lampu menembusi mataku. Tanpa menunggu masa aku terus bukak mata lalu melihat ruang sekeliling.

Hospital.

Ya, aku berada di hospital.

"Mi dah bangun?" soal Heeseung lalu menghampiri aku

"Mana Sunghoon?"

Nama Sunghoon terus terlintas dalam fikiran saat aku bangun daripada pengsan.

"Youngmi tanya. Mana Sunghoon!"

"Apa Youngmi merepek ni. Sunghoon mana?"

"Heeseung jangan buat lawaklah. Sunghoon selamatkan Mi masa kebakaran, sekarang mana dia?" soalku geram. Air mata mula bertakung, menunggu masa jatuh ke pipi.

"Youngmi kau koma sebab kemalangan bukan kebakaran. Jangan merepek boleh tak?" balas Heeseung sambil silang tangan di dada. Geram dengan adiknya ini.

"Hee tipu"

Aku menutup muka dengan tapak tangan kemudian menangis sepuasnya.

Tak sangka apa yang aku lalui rupanya tidak nyata. Semuanya terasa seperti nyata. Kata kata terakhir Sunghoon ketika kami berjaya keluar dari perpustakaan masih segar dalam ingatan aku. Bagaimana semua itu tidak nyata.

"Lee Youngmi. Aku tak akan lupakan kau, terima kasih kerana sudi jadi sebahagian dalam hidup aku. Maafkan aku kerana tiada di samping kau nanti.

Aku penat. Benarkan aku tidur.

I love you, my strawberry kisses"

Aku menutup muka dengan tapak tangan sambil menangis sepuasnya. Sunghoon sudah tinggalkan aku.

Walaupun aku tidak tahu iainya nyata ataupun tidak. Apa yang pasti dia sudah tinggalkan aku buat selamanya.

Tiada lagi senyuman lembutnya. Tiada lagi gurau kasarnya. Tiada lagi teman untuk aku mengadu.

Rumah kedua aku sudah hancur.

"Youngmi"

Aku panggung kepala melihat Jake. Wajah lelaki itu pucat seakan tidak tidur. Badannya juga semakin susut.

"Aku keluar dulu" celah Heeseung lalu meninggalkan aku dengan Jake

Mata Youngmi tidak putus memandang Jake. Pilu hati Youngmi melihat keadaan Jake sebegini.

Terdetik dalam hati Youngmi untuk menjaga Jake seumur hidupnya. Kerana permintaan Sunghoon masih segar dalam ingatan.

"Bahagiakan Jake sama seperti aku cuba bahagiakan kau"

"Aku sayangkan kau dan aku sayangkan Jake. Jadi tolong dengar cakap aku, aku nak korang bahagia bersama"

"Saya lega awak dah sedar" ucap Jake lalu memeluk tubuh Youngmi. Tubir matanya berair menahan tangisan.

"Jake sayang awak tak makan ke. Kenapa kurus sangat?" soal Youngmi sambil mengusap pipi Jake. Air mata Youngmi galak membasahi pipi.

Melihat insan berharga dalam hidupnya dalam keadaan begini membuatkan hatinya sakit bagai di hiris pisau.

"Macam mana saya nak makan kalau awak terlantar dekat hospital. Saya rindukan awak, setiap hari saya berdoa supaya tuhan sembuhkan awak"

"Sekarang saya dah sedar. Jadi awak perlu makan. Saya tak nak awak jatuh sakit"

Jake angguk kepalanya. Senyuman gembira terpancar di bibirnya.

"Sebab sweetie dah bangun. Saya nak kita mulakan gaya hidup sihat"

"Anything for you my love" balasku bersama senyuman halus

Aku sedar.

Tuhan pinjamkan Sunghoon untuk aku supaya aku menjadi manusia yang lebih matang.

Dan Sunghoon mengajar aku untuk menghargai seseorang iaitu Sim Jaeyun.

Satu-satunya lelaki yang aku cintai dan menjadi tempat untuk aku berlindung selepas tiada kewujudannya.

"Lee Youngmi"

Aku menoleh memandang Jake ketika dia memanggil nama aku.

Jake genggam tangan aku erat. Bibirnya tidak lekang senyuman.

"Janji dengan saya, awak tak akan tinggalkan saya lagi"

"Saya janji" balasku lembut lalu mengusap tangannya

"Tolong berada di samping saya"

"Yaa Jake. Saya janji semuanya termasuk hati dan perasaan saya hanya untuk awak"

Jake mengetap bibir menahan senyuman. Wajahnya semakin merah menahan malu.

"Nak peluk" kata Jake sambil mendepa tangan

"Come here" balasku lalu memeluk tubuhnya sambil ketawa halus

Terasa seperti dejavu. Aku dan Jake berada di situasi ini sekali lagi.

"I love you" ucapnya sebelum mencium dahi aku

Tangan aku mengusap wajah Jake lembut. Dialah yang aku impikan selama ini. Tidak sia-sia aku simpan perasaan terhadap Jake. Semuanya membuahkan hasil.

"I love you more,

my one and only, Sim Jaeyun"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now