27

8 0 0
                                    

Isabella melangkah keluar dari hospital itu tanpa arah tuju. Jam menunjukkan tepat 3pagi. Dia tidak tahu kemana tempat yang perlu dituju ketika itu. Pengangkutan juga tiada untuk membantunya pulang. Telefonnya juga ditinggalkan dalam rumah Uncle Jabir. Fikirannya celaru, otaknya serabut dan dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Ketika itu, sebuah kereta meluncur laju lalu berhenti betul-betul di hadapannya. "Naik!". Lelaki di training room? Apa yang dia buat di sini? Macam mana dia tahu aku kat sini? Isabella sangat curiga dengan kehadirannya secara tiba-tiba.

"Naiklah cepat! Kau ingat ada teksi ke pukul 3 pagi! Kau ingat aku hamak ke dengan kau?! Naiklah! Bapak kau yang suruh aku ikut kau sebab dia call kau tak angkat!". Dia ni nak bagi naik ke tak? Apahal aku kena marah pulak?! Lelaki itu menelefon Tuan Hael dan diberikan pada Isabella untuk memastikan perempuan itu percayakannya.

Bella, tadi Uncle Jabir bagitahu kamu ada dengan dia jadi papa suruh Akhtar datang ambil kamu. Dia tak akan apa-apakan kamu, jangan risau. Lantas itu pangggilan tersebut dimatikan oleh Hael. Akhtar memandang wajah gadis itu lama kerana dia tidak bergerak walaupun seinchi.

"Kau naik sebelum aku dukung kau!". Mendengar ugutan itu, Isabella segera naik dan mengambil tempat duduk belakang. Tubuhnya sangat penat, matanya sangat berat. Dia memaksa dirinya untuk terus berjaga tetapi tidak mampu. Matanya terpejam rapat tatkala waktu terus berjalan.

"Bella!!", jeritan Yumna terngiang-ngiang di kepalanya. Dia bangun secara mengejut dan cuba mengambil nafas kerana dadanya yang terasa sempit. "Kau okay tak?!".

"Sakit..."

Isabella memegang erat pergelangan tangannya yang terasa amat perit setelah bertarung dengan lelaki itu. Melihat riak wajahnya sebegitu, Akhtar menarik tangannya lalu memeriksa tangannya dengan teliti. "Kau tak rawat diri kau? Kau pun terluka ni!". Dia memberhentikan keretanya lalu membuka bonet untuk mencari first aid kit.

"Kau pernah rasa nak mati tak?", kata Isabella tiba-tiba dengan nada yang sayu. Lelaki itu terdiam. Lelaki yang dikenali sebagai Singa itu juga mempunyai kisah duka yang dalam yang disimpan sendirian. Air mata Isabella jatuh lagi. Dia sudah penat menangis tapi tangisannya tidak mahu berhenti.

"Jangan nangis aku nak balut tangan kau ni!", bisiknya perlahan. Dia membalut tangan Isabella dengan penuh hati-hati bagi mengelakkan gadis itu merasai kesakitan. "Sakit lagi ke?", soalnya sambil memandang ke arah anak mata gadis itu. Namun, dia terkejut gadis itu masih menangis. Secara spontan dia mengesat air mata gadis itu dengan ibu jarinya.

"Aku buat kasar ke? Tak bagitahu pun. Aku betulkan balik eh?!"

"Bukan..."

"Habistu kenapa?"

"Aku layak mati je... Aku bawak malang untuk semua orang"

"Weh... Bukan salah kau pun... Janganlah nangis macam ni...", kata lelaki itu serba salah tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia mengambil tisu lalu mengesat air mata gadis itu sekali lagi. Isabella tergamam seketika. Dia tidak menyangka mamat Singa ini ada sifat yang baik.

"Akhtar, sebenarnya aku lapar"

Lelaki itu tersenyum nipis. Lucu pula kelakuan gadis itu. Mujur sahaja dia membawa sekeping roti bakar yang dibuat oleh Bibik Maimunah. Dia menghulurkan roti itu kepada Isabella.

"Dah eh? Jangan nangis aku nak bawak kereta", katanya lalu menuju ke kerusi hadapan untuk meneruskan perjalanan.

"Thanks, Akhtar".

Sepanjang perjalanan pulang, Mereka hanya mendiamkan diri. Akhtar memberi ruang kepada gadis itu untuk menenangkan dirinya sehinggalah gadis itu dibuai mimpi.

Keesokan harinya

Kerusi di sebelah Isabella ditolak oleh Kiaraa lalu dia mengambil tempat duduk di hadapannya. "Weh, apa jadi semalam? Dengar cerita rumah uncle kau kena serang kan? Kau okay tak? Macam mana Akhtar boleh pick up kau?", kata Kiaraa. Soalannya yang terlalu banyak membuatkan Isabella agak tertekan.

"Kiaraa... tanya satu-satu please"

Melihat kekecewaan di wajahnya, mungkin gadis ini benar-benar tidak tahu apa yang berlaku. "Akhtar tak bagitahu ke?", soal Isabella. Bila difikirkan kembali, gadis itu sendiri takut pada si Singa itu, mustahil untuk mereka bertegur sapa. Kiaraa menggeleng kepalanya laju. Isabella pun menceritakan segala kejadian yang berlaku satu persatu.

"Habistu Yumna macam mana sekarang? Bila dia boleh bangun"

Aku sendiri pun tak tahu Kiaraa..

Kiaraa memeluknya dari belakang dan dia hanya membiarkan tindakan gadis itu. Tanpa disedari air matanya jatuh lagi membasahi lengan baju Kiaraa.

"Kiaraa... Aku nak borak dengan kau", kata Shahril. Kiaraa meletakkan jari telunjuknya di bibir sambil memandang wajah lelaki itu. Isabella menjarakkan dirinya dari Kiaraa. "Pergilah... Aku okay", katanya lalu tidur berbantalkan lengan di mejanya. Kiaraa terus sahaja mengikuti langkah Shahril.

"Kita ada masalah. Ada orang cuba serang Akhtar. Tapi dia tak bagitahu aku! Kau rasa Zafrel ke serang Akhtar?!", soalnya kepada Kiaraa. Gadis itu menunjukkan riak wajah tidak tahu. "Dia tak jahat Kiaraa... Dia cuma makan tebuan sikit je". Kiaraa menjelingnya tajam. Backup sangat kawan dia tu. Padahal garang nak mampos. Kalah singa.

Ketika itu, Zafrel berjalan ke arah mereka dan dengan sengaja dia melanggar bahu Shahril. "Your friend will die soon...", ugutnya. Shahril menarik kolar baju lelaki itu dan merenungnya tajam. "My handsome face almost gone because of him, I'll make him pay the price. Don't worry I will make it less painful", kata Zafrel tanpa sedikit pun rasa gentar dengan renungan Shahril.

Shahril yang sudah hilang sabar menumbuk wajahnya sehingga dia terpaling ke belakang. "Ouch... Pukul kucing ke? Macam ni je kau mampu?". Zafrel sengaja menaikkan amarahnya. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu lalu menendangnya ke tepi.

"Berhentilah!!", jerit Kiaraa yang menjadi saksi pergaduhan mereka di situ. Pipi Kiaraa diusap lembut oleh Zafrel bagi menaikkan lagi api kemarahan Shahril yang sedang melihat perbuatannya itu. "Jangan sentuh lah setan!!". Kakinya laju menerajang muka Zafrel sehingga keluar cecair merah di celahan bibirnya.

"I said don't touch my face"

Lelaki menggenggam kelima-lima penumbuk lalu menerpa laju ke arah Shahril namun pada saat itu gadis bernama Kiaraa itu melindungi Shahril. Tumbukannya itu tanpa sengaja mendarat di leher gadis itu dengan sangat kuat. Tubuh Kiaraa jatuh terseret ke lantai membuatkan wajahnya tercalar sedikit. Gadis itu tidak menyedarkan dirinya akibat tumbukan kuat yang diterimanya. Zafrel menjarakkan dirinya kerana terkejut dengan apa yang berlaku.

"Raa, Bangun ra..."

Shahril mengangkat tubuhnya dengan penuh berhati-hati. Shahril merenung wajah lelaki di hadapannya itu dengan tajam. "Jantan sial!!"

 "Jantan sial!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BLOODY RING [COMPLETE]Where stories live. Discover now