MTHR | 19

6.8K 304 6
                                    

AKSI Tengku Nina diperhatikan oleh Adelia dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKSI Tengku Nina diperhatikan oleh Adelia dari jauh. Gembira sungguh wanita itu sambil menyanyi di depan tanaman bunga miliknya. Air tidak henti-henti membasahi daun-daun bunga tersebut. Disebabkan terlalu tertarik, Adelia kawal pergerakan kerusi rodanya ke arah susuk tubuh itu.

"Umi..." panggil Adelia. Lembut.

Dengar saja panggilan itu, serta-merta aksi Tengku Nina terhenti. Paip ditutup, hos dibiarkan terdampar di atas tanah. Kaki pula dihayun mendekati menantunya.

"Adel rupanya, baru bangun tidur ke?"

"Tak, dah bangun awal tadi. Tapi uruskan Haziq sekejap," katanya. Walau keadaanya seperti ini agak sukar untuk menjalani tugas sebagai seorang isteri. Namun selagi ada kudrat Adelia untuk lakukan, dia akan cuba yang terbaik.

Tengku Nina angguk faham. Tak lama kemudian, punggung berlabuh di atas kerusi yang sudah disediakan di kawasan tersebut. Lagi pula memang kawasan wanita itu bersantai, bila tertekan. Sahlah tempat itu menjadi tempat untuk melepaskan segala beban yang terbuku di dalam dada.

"Adel okey tak dengan Haziq?" ibu mentuanya mulai bertanya. Jelas terpamer wajah wanita itu ingin tahu keadaan rumahtangga anak dan menantunya. Adakah baik-baik saja seperti yang disangkakan?

"Okey..." Adelia balas ringkas. Kepala diangguk sebagai tanda mengiakan. Memang benar Haziq melayaninya dengan baik, tak pernah sekalipn Haziq menengking. Raut wajah saja adakalanya kelihatan serius dan tegang. Tapi bagi Adelia, Haziq sememangnya lelaki yang baik dan lembut.

"Syukurlah..." Tengku Nina hembus nafas lega. Sekali lagi suasana kembali senyap, pandangannya terlontar ke arah bunga-bunga di depan itu.

"Semua ni umi ke yang tanam?" soal Adelia pantas. Tertanya-tanya juga dia, siapa yang sanggu menanam bunga yang cantik ni.

"Tak adalah. Mestilah, tukang kebun. Umi manalah pandai sangat menanam semua ni, umi ni tolong jaga je, suka tengok bunga. Nasib baik aje Pak Wildan pandai bercucuk tanam," jelas wanita itu.

"Umi tak nak belajar daripada Pak Wildan ke?"

"Hari tu umi ada minta ajar, tapi Pak Wildan ni bukannya selalu sihat. Sekarang keluar masuk hospital, tak ada masa..." Tampak Tengku Nina sedikit kecewa. Jatuh kasihan Adelia bila melihat reaksi mentuanya.

Nampak sangat Tengku Nina memang minat dengan tanaman hijau ni.

"Tak apalah umi. Umi boleh aje join mana-mana kelab pasal bunga-bunga ataupun tanaman semua tu. Selalunya ada kat Facebook, Instagram... Ibu pun salah satu ahli kat kelab tu, mana tahu umi boleh belajar dari sama. Tak semestinya kita boleh belajar daripada orang. Kekadang ada teknologi canggih sekarang ni pun dah boleh bantu kita," ujar Adelia. Tak salah pun belajar melalui talian. Lagipula memang itulah kegunaan teknologi sekarang.

Mahu memudahkan manusia.

"Yeke, maaf lah Adel. Umi ni dah tua sangat, umi masih tak pandai lagi nak guna media sosial ni. Umi ada aje akaun Facebook dan Instagram, tapi reti nak tengok post post orang aje. Tak tahu pula boleh join kelab," luahnya. Daripada zaman masih belum ada gadjet, hinggalah ada gadjet.

          

Dia masih tak dapat menyesuaikan diri.

"Perkara biasa umi..." Adelia tertawa kecil saat mendengar. Benar, orang tua-tua sekarang ni agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan kecanggihan teknologi.

"Umi..."

"Hm?" Tengku Nina angkat muka. Ekor matanya beralih merenung wajah Adelia.

"Haziq ada kawan ke?"

Senyuman terukir di wajah tua Tengku Nina kian memudar tika mendengar soalan itu. Lidah kelu tanpa dipinta.

"Kenapa Adel tanya?"

"Tak, cuma nak tanya sebab hari tu Adel ada nampak gambar Haziq dengan seorang lelaki tapi kenapa Haziq buang pula bingkai gambr tu. Mereka bergaduh ke?" riak wajah Adelia mulai tertanya-tanya hubungan suaminya dengan lelaki itu.

Kalau tak bergaduh, takkan sampai Haziq sanggup buang gambar tu.

"Kenapa? Dorang memang tengah gaduh ke?" soalan yang sama diulang.

"Ha'ah, gaduh sikit. Ada benda yang jadi," jawab Tengku Nina bersahaja. Pamer senyuman seolah-olah tidak terjadi apa-apa.

"Oh..." Adelia meng'oh'kan saja. Kepala diangguk perlahan. Patutlah Haziq kelihatan marah bila Adelia sentuh bingkai gambar itu tapi takkan sampai nak buang terus?

"Dorang dah lama berkawan?" tidak habis dengan persoalannya. Dia menyoal lagi.

"Tiga tahun macam tu..."

"Oh lama..." Adelia beriak biasa. Meskipun terlalu banyak persoalan di fikiran, tapi Adelia cuba usir sikit demi sikit.

Pasti ada alasan kenapa Haziq bertingkah seperti itu.

"Hm, Adel. Adel nak ikut umi keluar tak? Keluar jalan-jalan," ajak wanita itu. Bingkas dia bangkit daripada tempat duduk lalu berdiri berdepan dengan Adelia. Topik perbualan segera diubah.

"Pergi mana?"

"Jalan-jalan, kita cuci mata..."

"Tapi..." Jeda. Bibir diketap rapat. Dengan keadaannya seperti ini, dia tak mahu menyusahkan Tengku Nina.

"Haih, Adel takyah fikir pasal tu. Jangan risau, ada Reza yang tolong." Yakin Tengku Nina.

Reza merupakan pemandu peribadi bagi keluarga tersebut. Sudah bekerja lama, lagipula keluarga Reza sememangnya sudah berkhidmat lama dengan Tengku Raihan. Boleh dikatakan, perkara ini menjadi pekerjaan turun-temurun buat keluarga Reza.

"Umi yakin?" Adelia dongakkan kepala.

"Ya, yakin..."

Mahu tidak mahu, Adelia akur. Sudah diajak, takkan dia nak menolak. Sudahnya wanita di depannya kini bergelar sebagai ibu mentua sekali gus ibu kandung kepada suami. Dia juga perlu hormat wanita itu seperti mana Haziq menghormati ibunya.

 Dia juga perlu hormat wanita itu seperti mana Haziq menghormati ibunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JALAN sesak membuatkan perjalanan mereka asyik terhenti. Nama pun Kuala Lumpur, kesesakkan jalan raya sudah menjadi perkara biasa seakan-akan tidak ada penghujung. Sementara itu, Adelia duduk bersandar sambil melihat kereta bersusun-susun di atas jalan raya.

"Lama lagi ke Reza? Tak boleh guna jalan lain?" soal Tengku Nina. Jenuh menunggu berjam-jam tapi masih belum tiba ke destinasi mereka.

"Maafkan saya, Puan Tengku. Kalau saya tahu jalan ni sesak, saya guna jalan shortcut."

Tengku Nina lepaskan keluhan berat. "Tak apa, benda dah jadi. Apa boleh buat..."

Dah pasrah. Keluar rumah jam 8.45, tapi sampai jam 10.00 masih belum tiba.

"Kalau Adel nak tidur, tidur lah. Nanti umi kejut---"

PIN!

PIN!

Bunyi hon kuat kedengaran menyentakkan ketiga-tiga manusia di dalam perut kereta Vellfire hitam itu. Manakan tidak, hampir nak tergugur jantung bila mendengar bunyi hon tiba-tiba.

"Apa yang terhon-hon tu," marah Tengku Nina. Pandangan segera dilontarkan ke luar jendela.

"Tak tahulah, Tengku..." balas Reza, dia juga turut sama tercari-cari bunyi itu. Semakin lama semakin galak bunyi.

PIN!

PIN!

Adelia mulai terganggu dengan bunyi bingit itu. Dahi berkerut-kerut cuba menahan bunyi kuat tersebut. Semakin galak bunyi hon itu, semakin menganggunya. Tak cukup telinga yang sakit, kepala juga terasa sakit berdenyut-denyut. Pantas, tangan naik memicit pelipis kepala.

"Adel!"

PIN!

PIN!

"Adel, kenapa ni?" soal Tengku Nina. Riak wajahnya berubah panik tatkala melihat tubuh Adelia mulai menggeletar hebat. Bibir yang merah tadi sudah berubah pucat lesi. Air mata lebih laju mengalir.

Takut.

"Adelia..." Sekali lagi diseru nama itu. Tetapi sayangnya, tidak ada sahutan ataupun respon. Adelia seolah-olah sudah tenggelam dengan ingatan sendiri. Gelora di dalam dada semakin menjadi-jadi.

Bunyi hon masih lagi tidak henti-henti kedengaran.

Lantas, tangisan si gadis pecah. Kedua-dua tapak tangan menutup kedua-dua telinganya sambil bahagian bibir atas dan bawah dirapatkan.

Tak berlengah, Tengku Nina pantas bangkit daripada tempat duduk. Beralih ke arah tempat duduk menantunya lalu memeluk tubuh Adelia dengan erat. Kepala si gadis disembamkan di atas dada. Berusaha menenangkan.

"Dah... tak ada apa-apa Adel," pujuk wanita itu. Bahu Adelia diusap bagi menenangkannya. Tangisan semakin menjadi-jadi disebabkan rasa takut yang semakin menebal di dalam jiwa. Dapat dia mendengar suara seorang lelaki memanggil namanya dengan jelas. Tapi siapa?!

Sakit kepala masih terasa. Daripada berdenyut-denyut kini sudah terasa menusuk-nusuk. Adelia tidak mampu lagi menahan rasa sakit. Bibir digigit kuat hingga terasa darah.

Kelopak mata mulai memberat. Terhinggut-hinggut bahu gadis itu bersama esakan yang jelas kedengan. Sudahnya, tubuh Adelia semakin melemah seperti tidak ada lagi tenaga yang tersisa.

Dan akhirnya, matanya tertutup.

"Adelia?!"

Tengku Nina menepuk-nepuk kedua belah pipi Adelia dengan lembut. Cuba menyedarkannya tapi tidak ada respon sama sekali. Adelia langsung tak sedarkan diri, air mata saja sudah memenuhi wajah itu. Allahuakbar!

"Reza, kita pergi hospital... Sekarang!"

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐳𝐢𝐪 𝐑𝐚𝐟𝐚𝐞𝐥 Where stories live. Discover now