PART 17

1.7K 13 0
                                    

Hari ni adalah hari yang paling menyedihkan buat kitaorang terutama sekali adalah aku kerana cinta aku, sahabat, kawan, dan aku dah anggap sebagai adik telah berpindah. Ibu ayah Yana datang untuk mengambil barang2 dan aku perasan dia takde adik beradik lelaki sebab tengok adik beradik dia semua perempuan. Dan kenapa aku and Haikal tak tolong?? Sbb salah satu rule dari puan AB Pernah berkata jika ada pelawat, pelajar lelaki wajib duduk di dalam bilik. Aku hanya menitis air mata di bilik dan hanya mengintai dari jauh saja. Tak lama kemudian Yana dan lain2 datang.

Yana : ni saya ada cincin nak bagi kat awak. Tanda terima kasih dan awak akan ingat segala memori kita dan ini surat untuk kenang kenangan. Nanti kalau awak dah keluar, jangan lupa saya ya??

Aku hanya mengangguk sambil menangis dan terus memeluk dia. Walaupun dia tinggi tapi dia yang paling erat memeluk aku. Haikal hanya tepuk aku dari belakang. Dan yang lain2 pun bersalaman dan berpeluk antara satu sama lain. Dan Yana pun pergi meninggalkan kitaorang.

Daripada Yana pergi sampai la selepas Isyak, takda sebutir nasi pun masuk kedalam perut. Yang keluar hanya air mata aku ja. Haikal dan yang lain2 dari tadi memerhati aku.

Dania : sudah la tu den, kita pun dah tak lama. Lagi 3 tahun je

Aku : 3 tahun kau ingat tiga hari ke!??? Kau cakap senang la. 3 tahun konon

Daniela : kalau Yana ada ni comfirm dia kecewa dengan kau tau? Dah2 la tu. Move on jela. Lagipun 3 tahun tu sekejap je. Macam sekarang. Tau2 dah 2tahun kat sini.

Haikal : dah2 la tu. Bagi dia masa. Diperlukan ruang tu. Nanti aku sendiri akan perhati dia. Apa2 aku akan inform Korng ya??

Dan diorang pun pergi dengan perasaan geram kat aku.

Haikal : den, makan sikit. Aku ada beli roti and air Milo untuk kau. Air fav kau kan?

Aku : takde selera la kal. Lagipun aku tak lapar

Haikal : kau ingatkan apa pesan Yana? Kalau dia tau kau camni mesti dia kecewa. Dah, makan sikit. Sikit pun jadilah. Kau anggapla Yana yang bagi roti ni.

Dalam keadaan terpaksa aku pun makan walaupun selera aku hilang. Dan selepas makan aku pun terus tidur. Aku dapat rasa Haikal di sebelah aku tengah tepuk2 aku supaya aku tak rasa sedih dan bersabar. Aku dapat rasa Haikal ni adalah sahabat paling baik sekali

Bersambung...

Adakah daniel akan terus begini?? Menangis tak henti2?? Tunggukan part seterusnya ya. Terima kasih support mykarya ya. Walaupun tak vote

SEKOLAH PEREMPUANWhere stories live. Discover now