❦︎ 𝐶ℎ𝑎𝑝𝑖𝑡𝑟𝑒̀ 31 ❦︎

58 7 0
                                    

Kaki di belek dan diurut sedikit, kini Ayana sudah boleh berjalan dengan baik dan bersedia untuk bekerja semula.Waktu masih awal untuk dia bersiap jadi dia menonton televisyen bersama Ezra yang sedang makan sarapannya.

Erfan baharu sahaja keluar pergi mana dia tidak tahu tapi Erfan nampak tergesa-gesa jadi dia pun malas hendak bertanya.Ezra pun buat dek je.

Ayana berasa seram sejuk bila mengenangkan berita yang dia lihat semalam berkaitan satu pembunuhan yang berlaku di hospital yang dia duduk beberapa malam.

Dahlah mayat dijumpai dalam bilik janitor tapi yang pelik, forensik berkata tiada sebarang tikaman pada badan mangsa tapi dijangka mangsa tersebut di suntik oleh cecair bisa kerana terdapat darah beku di seluruh saluran darah.

Seorang nurse pulak tu.

"Kau rasa sape ek?" Ezra bertanya tiba-tiba.

"Mana aku tahu siapa kau ni...Tapi kan aku bukan nak tuduh tau, ada dua nurse tau yang often cek aku and aku perasan ada sorang nurse ni vibe dia lain macam weh." Ayana mula membuka cerita.Ezra kini memperlahankan suara televisyen itu dan menumpukan sepenuh perhatiannya ke arah Ayana.Mulut juga sibuk mengunyah.

Kdrama can wait but the tea will get cold too fast...Sebab Ayana ni pelupanya tu takleh bawak bincang.

"Kau ada nampak name tag dia?"

"Tak nampak sebab dia tak pakai.Macam budak baru masuk je gaya dia tapi pandangan dia kat aku nampak macam dendam tapi kenapa?" Ezra mengangguk faham dan cuba memproses apa yg baru sahaja dia dengar.

"Raut wajah dia macam mana? Describe sikit." Ayana mendiamkan diri, cuba mengingati raut wajah yang mencurigakan itu.

"Someone yang aku kenal tapi i couldn't put my finger to it..."

"Ce cakap orang yang kau rasa sama tu."

"Lilah...Kawan kerja aku yang salu teman aku lunch, tapi rambut dia warna kelabu Lilah tu dia dye rambut.But this girl, warna hitam rambut dia." Ezra mengangguk sekali lagi.

"Well, lets not thinking about it lagi.Kau pun dah balik kan so aku bersyukur sangat." Ezra menghampiri Ayana lalu memeluk sisinya dengan erat, Ayana hanya ketawa dan membalas pelukan itu.

"Oh ya.Aku nak tanya, kau ada apa-apa benda yang kau sembunyi kan ke?"

"Hah? Sembunyikan apa?"

"Alah apa-apalah objek ke, surat confidential ke anything that is important." Ezra kini memandang Ayana dengan serius.

"Ape kau ingat kita ni dalam cerita novel ke ha? Yang pegang surat rahsia bagai...Asal kau tanya ni?" Ezra jeda.Ayana mengangkat kedua keningnya ke atas.

"Oh...Wait kau tak tahu ke?" Ayana menayangkan wajah hairannya.

"Tahu apa?"

"Apa yang dah jadi kat rumah ni masa kau takde." Ayana menggeleng.

Sah! Takde orang bagitahu dia langsung.

"Rumah ni kena pecah masuk oleh penyangak." Terbuntang mata Ayana tatkala mendengarkan itu.

"What!? Cuba explain detail sikit, bilanya jadi tu? Kau tak apa-apa ke? Apa yang dorang curi?"

"Oi relax, aku jawab satu-satu...Penyangak tu tak curi benda berharga dia selongkar bilik kita weh..Beg bagasi kau beg sendang kau semua berselerak beg aku pun sama...Hari yang kau masuk hospital tu lah yang jadi nya.Aku call Danish pastu, kan Along takde waktu tu...Sebab tu aku tanya, kau ada amik benda yang penting ke?"

"Takde yang penting pun...Bukan tempat ni security dia tinggi ke?"

"Kami semua syak yang orang tu bukan calang-calang.Not the usual burglar broke in..." Ayana mengerutkan dahinya, dah kenapa pergi selongkar barang diorang? Apa yang dia mahukan?

Redamancy | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now