BAB 43

14 0 0
                                    

"Abang, nampak mama dengan ayah tak?" tanya Hanna pada Haqqeen yang termenung melihat langit. Sekarang dah tiba waktu makan malam. Dia dah bertungkus lumus memasak dengan Naura. Wafa pula menjaga anak-anak.

"Dekat bilik kut, abang tak nampak pun dia orang turun lepas balik kubur tadi." Balas Haqqeen perlahan. Matanya merah sembap. Haqqeen yang paling tenang antara mereka namun malam ini dia tewas. Dia baru terasa kehilangan itu. Malam sunyi itu buatkan suara Aqlan terngiang ngiang di telinganya.

"Abang." Terus Hanna peluk tubuh tegap Haqqeen. Dia pun menangis sekali.

"Salah kita ke Hanna tak perasan Aqlan sakit. Kenapa dia dah pergi baru abang nak menyesal. Kenapa kita tak perasan Hanna, sedangkan kita tahu Aqlan selalu tak sihat lepas kes accident dulu. Abang menyesal Hanna." Mendayu-dayu suara Haqqeen mengadu. Dia menyesal tak ambil berat tentang si adik bongsu.

"Tak abang, memang ajal adik dah sampai. Tak ada salah sesiapa. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ini. Dia dah elok main dekat syurga. Tak baik abang salahkan diri abang macam. Kalau mama dengan ayah dengar tak elok." Pujuk Hanna, tipulah dia pun tak rasa menyesal. Dia terlalu sibuk uruskan rumah tangganya sendiri.

"Tak sangka dia yang pergi dulu." Kata Haqqeen perlahan. Air matanya dikesat dengan ibu jari. Senyum nipis terukir pada bibir merah itu.

"Dahlah abang jom makan." Hanna rangkul lengan Haqqeen bawa ke meja makan.


Tiba di meja makan, Naura telah siap menghidang. Tinggal nak makan saja namun penghuni kerusi masih tak turun. Hanya ada Hud dan Wafa. Nufail tak sihat jadi dia hanya berehat dalam bilik.

"Mama dengan ayah mana?" soal Haqqeen buat Hud angkat bahu tanda tidak tahu.

"Hud tolong panggil boleh? Akak nak siapkan makanan untuk abang Naufail." Pinta Hanna.

Hud menolak kerusi dan menapak ke tangga. Pintu bilik ibu bapanya ditolak sedikit namun suara di dalam sana jadikan dia statik di tempatnya.

"Tak bukan salah abang. Dah sampai masa anak kita pergi. Tak ada sesiapa salahkan abang." Pujuk Puan Helena. Pinggang dipeluk erat oleh suaminya. Rambut suaminya dielus lembut. Tiada siapa nampak sisi ini bahkan pada anak-anaknya pun tidak ditunjukkan.

"kalau abang bawa kereta elok-elok mesti Aqlan ada sampai sekarang kan."

"Jangan cakap macam tak ada tuhan abang. Kita semua tahu itu takdir Allah. Kiat redha ya. Anak kita dah selamat dekat syurga, urusan dia dekat dunia dah selesai. Tolong jangan buat Helen macam ni sayang. I need you too to be strong. Anak anak kita pun perlukan sokongan kita sekarang. We need to be stronger sayang." Pujuk Puan Helena.

Hud yang mendengarnya sudah mengalir air mata depan pintu. Tak jadi dia nak panggil makan, kakinya dibawa ke bilik Aqlan.

Haruman sabun mandi Aqlan masih segar dalam bilik itu. Dialah orang terakhir yang mandikan Aqlan malam tadi sebelum mereka tidur. Masih segar dalam ingatannya kucupan sayang Aqlan pada pipinya.

Kata-kata Aqlan, ucapan rindu Aqlan padanya. Semuanya seolah diulang tayang.

Tubuhnya di bawa baring di katil bercorak kartun dinasour itu. Aqlan sangat suka dinasour. Kebanyakan mainan yang Hud beli semua berkaitan dinasour binatang yang dah lama pupus itu.

Dalam gelap bilik itu dia menangis meraung seorang diri. Adik kecilnya. Adik yang paling dia sayang. Adik manjanya. Hanya tinggal kenangan.

"Jahatnya Aqlan tinggalkan abang." Bantal kecil diambil lalu dipeluk erat sepertimana dia memeluk Aqlan. Akhirnya dia terlelap dengan air mata.



"Abang, bangun."

Terpisat-pisat Hud menggosok mata. Cahaya lampu yang terang buatkan matanya terpejam kembali. Rasanya semalam dia tertidur di bilik Aqlan.

"Jom solat subuh, Naura tunggu abang ya."

Tanpa suara Hud bergerak bangun dari katil. Naura hanya senyap, mungkin Hud masih terkejut. Dia pun kekok dengan suasana hening di rumah ini.

Hud balik dari kubur memang senyap. Sepatah ditanya belum tentu mahu jawab. Mujur malam tadi dia jumpa Hud terlena di bilik Aqlan. Bila dia kejut pun Hud seakan mamai saja.

Naura tenung belakang tubuh Hud yang masih duduk di tikar sejadah seakan termenung. Dia langsung tak berpaling seperti biasa menghulur tangan pada Naura.

"Abang?" Naura cuit lembut bahu Hud. Melihatkan wajah basah Hud buatkan Naura gamam seketika. Tak tunggu lama, terus bahu tegap itu ditarik agar berbaring pada ribanya.

"Syhh, it's okay to cry. Menangislah. Naura ada dengan abang. I won't judge you." Naura tepuk lembut belakang Hud. telekung dia pun basah dengan air mata Hud.

"But promise me, abang kena kuat ya lepas ni. kuat depan mama dengan ayah. Jangan buat mereka risau ya sayang. Suami Naura ni kuat kan. Tak apa untuk kita sedih tapi tak baik kalau sampai meratap. Abang tahu kan."

Dan pagi itu menjadi saksi betapa rapuhnya seorang Arriyan Hud. untungnya Aqlan punyai abang yang sayangkannya.




"Zariel, mari makan. Dari malam tadi kamu berkurung dalam bilik. Nanti gastrik." Pujuk Puan Zara. Anak bongsunya itu dari semalam berkurung, fahamlah dia mengapa tapi dia risau takut apa-apa terjadi. Sudahlah Aqlan itu seperti kawan baik Zariel. Sepanjang masa berkepit.

Puan Zara tolak perlahan pintu bilik anaknya. Kelihatan Zariel elok tidur berselubung. Dulang makanan diletak pada nightstand. Langsir diselak lalu tingkap dibuka. Beri udara masuk. Aircond pun dimatikan, sudahlah anaknya tak tahan sejuk namun semalaman tidur tidak berselimut. Biasanya bila malam aircond diset dengan suhu tinggi. Harini masuk saja dalam bilik ini macam taman tema penguin. Sejuk betul.

"Bangun Zariel. Mummy nak kena pergi hospital after this. Go wash up. Solat subuh tak pagi tadi?"

Zariel hanya menggumam. Dia tiada mood nak layan manusia hari ni.

"Bangun sayang. Mummy tahu Zariel sedih but don't be like this."

Rambut si anak bongsu diusap lembut. Zariel yang baring meniarap terus pusing tubuh memeluk mummynya. Air mata mengalir perlahan di pipi diseka.

"Zariel dah rindu dia mummy. Tengok dalam bilik ni, banyak mainan dia, lukisan buruk dia, baju dia dalam almari pun banyak."

Puan Zara hanya senyum nipis. Arwah Aqlan yang selalu menemani Zariel jika dia dan suami on call di hospital. Rumah mereka dah macam rumah kedua Aqlan. Lepas ini tiada suara nyaring yang memberi salam di hadapan pagar. Tiada baju kecil yang bersidai di ampaian. Tiada buku lukisan yang tersusun di meja kopi.

"Sayang mummy, it's normal kalau Zariel nak sedih. Mummy faham, but jangan sampai tak makan. Nanti gastrik kan susah. Mummy tak suka anak mummy sakit even i'm a doctor, mummy tak suka tengok anak mummy dekat hospital. Come, let's eat, kejap lagi hantar mummy pergi hospital okay."

ARRIYAN HUD - HIS FALLEN ANGELWhere stories live. Discover now