" Terima kasih lah Akif sebab tolong hantarkan Arisya balik sini " ucap Syazwan sambil memandang ke arah Akif yang duduk di sofa bertentangan dia dan Arisya. Arisya tersenyum lalu mengangguk.
" Takde apalah Bang, saya ikhlas tolong Arisya. Lagipun bahaya kalau Arisya balik sini sorang-sorang" kata Akif sebelum menghirup air kopi panas yang dijamu sebentar tadi. Arisya tersenyum kepada Akif sebelum menunduk memandang lantai semula. Entah kenapa fikiran dia sekarang berkecamuk.
" Lepas ni Angah nak buat apa? " soal Syazwan sambil menepuk lembut bahu adiknya. Arisya pandang ke arah abangnya. " Angah nak cari kerja, boleh? " soal Arisya perlahan. " Serius ni? " Syazwan sedikit terkejut apabila mendengar permintaan adiknya itu. Arisya terus mengangguk.
" Akif boleh tolong, kalau Arisya nak? " tawar Akif. " Eh takpelah Akif, susah-susah je , malulah pula " kata Arisya sambil menggaru pipinya yang tidak gatal. Akif ketawa kecil. " Akif Ikhlas nak bantu Arisya, Arisya tak pernah susahkan Akif " ujar Akif sambil tersenyum ikhlas.
Syazwan tersenyum apabila melihat keakraban Adiknya dan Akif. Rasanya sesuai lah pula mereka berdua. Takpelah, kita doa-doa je semoga ada jodoh. Eh kejap- si Raziq tu nak campak mana😭😭
" Abang, Arisya. Akif nak minta diri dulu ya? Ada kerja " kata Akif sambil bersalaman dengan Syazwan. " Baik, elok-elok bawa kereta ya Akif " kata Syazwan lalu bangun menemani Akif keluar. Arisya turut ikut menemani melihat Akif sudah hendak pulang.
Akif toleh memandang ke arah Arisya dengan senyuman. " Jaga diri Arisya, jangan stress ii ok? " pesan Akif. Arisya mengangguk lalu tersenyum. " Baik Akif, Akif pun jaga diri juga dekat sana. Kirimkan salam Arisya kepada diorang semua ya? Bawa kereta elok-elok " kata Arisya.
Akif ketawa lalu mengangguk. Dengan perlahan-lahan dia memandang Arisya dan Syazwan buat kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam kereta untuk pulang. Enjin kereta mula dihidupkan lalu kereta ferrari milik Akif meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo taman itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
" Take care Arisya, Insyaallah you will find someone new...."•|🦋📍|•
Raziq Reyhan pov »
Aku diam memandang ke arah siling ruang kerja aku dengan wajah yang agak.....kosong. Hati aku seperti mati, cuma tinggal rasa cinta kepadanya yang masih hidup. Namun, aku dah lepaskan dia, aku lepaskan dia ketika aku sedang serabut, aku hancurkan hati dan kepercayaan dia.
Kenapa dengan diri aku sebenarnya? Hadirnya aku hanya hancurkan hati dan perasaan seseorang sahajakah? Aku cintakan dia sangat-sangat tetapi, disebabkan diri aku sendiri, aku buat dia jauh dari aku.
Adakah si Dia sihat? Sudah seminggu lebih aku tidak dengar khabarnya. Aku nak pergi cari dia tapi, sudikah dia nak berjumpa dengan aku? Aku dah lafazkan cerai.... ARGHHH serabut nya!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Maafkan aku bidadariku, aku gagal jadi suami yang terbaik untuk mu....
YOU ARE READING
𝐌𝐑. 𝐑𝐀𝐙𝐈𝐐 𝐑𝐄𝐘𝐇𝐀𝐍 📌✨ (old)
Romance»Tengku Raziq Reyhan 🖤⛓️ Siapa sahaja yang tak kenal Tengku Raziq ni? Tengku Raziq ialah sepupu Tengku Aariz dan juga dia ialah di antara ahli rahsia 'The Golden Silver Fox Legacy' . Walaubagaimanapun, Tengku Raziq ialah seorang yang pendiam dan ja...