36

5.4K 184 46
                                    

Rumah tradisional dengan rekaan asal negeri Selangor ditatap lama. Kaki yang terjulur panjang di tanah dibiarkan. Tubuh bongkok sambil duduk di atas pangkin bawah pokok rambutan. Malap-malap suasana yang datang dari cahaya dalam rumah menjadi penyeri. Kelibat Arid yang sedang berjalan menuju ke arahnya membuatkan kepala terus berpaling ke tempat lain. I don't want to see him.

"Hurra," Arid memanggil. Punggung terus dihenyakkan ke sebelah isterinya dengan meninggalkan ruang lebih dari sekaki antara mereka. "Long time no see."

"I'd like to keep it that way," gumam Hurra. His voice... sikit pun tak ada perubahan. Punggung bergerak jauh ke tepi. Tidak mahu berapat dengan lelaki itu. "Cakap apa yang awak ni. Kita selesaikan masalah malam ni juga."

"Masalah takkan selesai cepat macam tu. Ambil masa."

"Awak yang lengahkan semua benda ni. Jangan nak bagi alasan."

"Aku tak lengahkan apa-apa. Kau yang lengahkan. You ran away before I could say anything to you. Without notice. Aku baru nak cakap dekat kau yang aku ubah fikiran. Tapi kau dah lari dulu. Telefon kau, tak berjawab. Cuba contact thru Hadi tapi tak ada hasil. Pandai kau sorokkan jejak sampai sekarang."

"Awak dapat jumpa saya sebab Saif. Berterima kasihlah dekat dia." Hurra oleng mata. Sesungguhnya, dia terlalu penat dan malas hendak mulakan pergaduhan. "Am I still your wife?"

"Yes, you are."

"Kenapa tak ceraikan? Kata ikut kontrak?" perli Hurra. Arid dikerling dengan riak jengkel. "Cakap tak serupa bikin."

"Okey, aku mengaku aku cakap tak serupa bikin. Kau betul. Aku salah. Aku sedar yang aku perlukan kau untuk besar Asad. Bapak sorang tak cukup untuk besarkan anak."

"Tapi mak sorang dah sama macam mak bapak," bidas Hurra sambil gigi mengetap ketat. "Saif membesar dengan sempurna tanpa bapak dia."

Arid mengeluh. Dia faham dengan perasaan marah Hurra. Tapi apa yang dikatakan Hurra adalah sangat tidak patut. Kanak-kanak akan membesar dengan lebih sempurna sekiranya mereka ada ibubapa bersama. Lebih baik daripada dibesarkan oleh ibu atau bapa sahaja. "Aku tak nak cakap besar, tapi Asad pun membesar sempurna."

Kening kanan terangkat tinggi sambil riaknya ragu-ragu. Bibir atas belah kanan terjungkit. "Really? I don't think so. Asad boleh membesar dengan baik sebab dia dapat jumpa dengan saya tanpa pengetahuan awak. Paling kurang pun, saya ada usaha untuk besarkan dua-dua."

"Kau cuba cakap yang Saif membesar dengan kurang sempurna?" soal Arid selamba, memerangkap Hurra dalam kenyataannya sendiri.

Hurra tersentak. Shit. He got me.

"Asad dapat kasih sayang papa dengan ibu dia. But what about Saif? You are being bias towards him, no?" Kerlingan sinis diberikan kepada Hurra. "Kesian Saif. Nak jumpa papa, ibu dia tak pernah nak bawa."

"Kalau saya bawa dia jumpa awak, awak akan ambil dia dari saya."

"Chill... tak sebab aku nak ambil dia dari kau. Like you said last time, we've become one ever since akad terlafaz. Aku dengan kau, parents untuk kembar tu. Buat masa sekarang, Asad dan Saif dah selesa dengan cara hidup macam ni. Tapi pernah kau terfikir masa depan? Kau tak kesiankan budak-budak tu? Kalau sekarang pun mulut dia tu dah macam murai, tak berhenti bertanya, macam mana bila dia dah besar? Rasanya lagi teruk keadaan kalau dia jumpa jawapan tu sendiri," ujar Arid panjang lebar.

Hurra gigit-gigit bibir. Setiap kata-kata Arid betul membuatkan dia terfikir sejenak. Dan dia terpaksa bersetuju yang keadaan mungkin akan jadi lagi parah kalau Asad dan Saif tahu tentang perkara ini dengan sendiri dan mungkin akan beri kesan kepada kesihatan mental mereka. Aku tak nak jadi parents macam tu. Aku sayang anak-anak aku.

AlegroWhere stories live. Discover now