Ustazah Najwa 1

14.5K 97 6
                                    

Aku terima pesanan whatsapp dari satu nombor yang tidak ku kenali. Rupanya, orang yang menghubungi aku ialah wanita yang melanggar kereta ku. Dia meminta maaf kepadaku di atas kelalaiannya tempoh hari, dia juga ingin membayar ganti rugi atas kejadian yang berlaku.
.
.
.

Dia bertanya, waktu bila aku tidak sibuk, kerana dia ingin mengajak aku untuk bertemu dan berbincang dan membayar hganti rugi tentang hal yang berlaku. Sebagai tanda meminta maaf, dia ingin belanja makan tengahari, ataupun makan malam. Aku tidak beberapa sibuk minggu ni, lalu bersetuju untuk berjumpanya pada hari Sabtu. Agak sedikit teruja aku rasakan bila aku ingin bersua muka dengan wanita tersebut. Bayangan wajah ayu beliau sentiasa bermain di fikiran ku. Apa yang aku tahu, namanya Najwa sahaja. Belum sempat kami berkenalan dengan lebih lanjut. Mungkin, pertemuan kami kalini akan merubah segalanya.
.
.
.
Aku mendapat pesanan whatsapp daripada Najwa mengatakan supaya tidak lupa pada hari Sabtu ini. Aku tersenyum girang dan membalas whatsapp nya. Tiba pada hari Sabtu kejadian, seperti biasa aku bangun awal pagi. Sedikit senaman ringkas aku lakukan, bagi mengekalkan stamina diriku. Sarapan mudah juga aku sediakan. Aku berjanji akan berjumpa dengannya selepas Zohor di Pavillion, Kuala Lumpur.

Tepat jam 2:30 petang, aku sudah sampai di parking lot dan menghantar pesanan ringkas padanya. Dia membalas bahawa dia juga baru sampai, masih berada di kereta. Tak sangka, kami berdua hanya parking bersebelahan sahaja. Terus aku keluar dari kereta dan menyambut dia. Senyumannya membuat jantungku berdegup kencang. Dress berwarna putih dihiasi bunga bunga berwarna krim kecoklatan, di padan kan dengan tudung berwarna putih krim. Mana mana lelaki yang memandang pasti akan terpesona dengan wajah rupawan Najwa. Kami jalan beriringan menuju kedalam pusat beli belah terkenal itu.

Semasa berjalan, aku perasan bahawa Najwa cuba untuk menjarakkan sikit badannya daripada rapat dengan ku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Semasa berjalan, aku perasan bahawa Najwa cuba untuk menjarakkan sikit badannya daripada rapat dengan ku. Dia masih menjaga adabnya sebagai seorang wanita bukan muhrim bila bersamaku. Kami menuju ke lokasi pilihan Najwa sendiri untuk aktiviti lunch kami. Sebuah restoran bertaraf 5 bintang menjadi pilihannya, bukan calang calang orang juga Najwa ni, makan tempat have have. Kami duduk di tempat yang agak belakang sedikit, terlindung daripada ramai orang. Agak privacy sedikit meja kami. Tenanglah untuk kami berborak, ataupun dia tidak mahu untuk dilihat oleh orang yang dikenalinya. Kerana dia sedang berdua duaan bersama orang lain.

Selesai memilih makanan, kami berdua terus berbincang tentang bayaran ganti rugi, bagiku tidaklah terlalu teruk kesan pelanggaran haritu. Namun, Najwa tetap berkeras untuk membayarnya. Sudahlah dia belanja makan, lagi nak bayar. Aku membuat deal dengannya mengatakan jika dia ingin bayar kos membaiki keretaku, maka lunch harini aku yang belanja. Najwa berfikir sejenak lalu terpaksa setuju dengan cadanganku.

Selesai urusan kami, makanan yang dipesan pun tiba. Kami bersama menjamah hidangan yang lazat itu. Kadang-kadang kami bertukar rasa antara makanan Najwa denganku. Sambil menjamu selera, kami berbual tentang peribadi masing masing. Barulah aku tahu bahawa Najwa ni seorang Ustazah, berumur 28 tahun, sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata berusia 2 tahun. Suaminya seorang usahawan terkenal, berumur 51 tahun. Najwa telah dijodohkan oleh ibu bapanya sendiri kerana ingin membalas budi suaminya, seorang Tan Sri yang banyak membantu keluarganya. Aku juga bercerita tentang diriku dan kehidupan ku kepadanya. Agak terkejut Ustazah Najwa bila aku memberitahu tentang kerja ku, dan isteriku yang jauh nun di Sabah.

Mengulit Kenangan LamaWhere stories live. Discover now