𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 𝐱 𝐀𝐍𝐄𝐄𝐒𝐀 : 𝐁𝐀𝐁 𝟗

1.8K 58 3
                                    

Aneesa mengurungkan dirinya di dalam bilik sahaja sejak gambar dirinya bersama dengan lelaki tersebut tersebar di internet. Dia buntu, dia mahu menjernihkan keadaan tetapi malangnya dia tidak tahu harus mengadu pada siapa.

Dia yang asyik melayan perasaan dirinya itu terbantut apabila dia terdengar bunyi orang yang menekan loceng yang berada di luar rumahnya itu. Dia bergegas bangun dari sofa tersebut dan menuju ke arah tingkap yang ditutup dengan langsir itu.

"Assalamualaikum Anees, kau ada dekat dalam ke?"

Ziyad menekan loceng itu banyak kali untuk memanggil Aneesa ke luar rumah.

Aneesa menyelak langsir itu untuk melihat siapa yang berada di luar rumahnya. Dan ternyata lelaki tersebut adalah Ziyad yang menolongnya di pasaraya tempoh hari sehingga mereka difitnah menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

"Dah kenapa dia datang sini. Apa lagi la yang dia nak." gumam Aneesa dalam hati.

Aneesa mencapai sehelai tuala yang disangkut pada ampaian kecil yang berada di ruang tamu itu lalu dililitkan pada tengkuknha yang sedikit terdedah itu.

Saat Aneesa mula buka pintu rumahnya, terpampanglah Ziyad yang setia menunggunya walaupun hari siang sudah mulai bertukar gelap.

"Awak buat apa datang dekat rumah saya ni. Awak nak apa sebenarnya?" kata Aneesa yang berada sedikit jauh dari pagar besi itu.

"Anees, aku datang sini nak minta maaf dekat kau pasal-"

Belum sempat Ziyad menghabiskan ayatnya. Aneesa terlebuh dahulu memotong percakapannya.

"Pasal apa, pasal gambar saya dengan awak dekat luar pasaraya yang tersebar dekat dalam artikel tu kan?" kata Aneesa yang menahan sabar dengan Ziyad yang tidak henti mengganggunya.

Ziyad terpana dan dia tidak menyangka yang Aneesa pun sudah mengetahui perkara tersebut.

"Mana kau tahu semua tu Anees."

"Saya dah cakap berkali-kali dengan awak supaya jangan ganggu saya lagi. Tapi apa yang awak buat, awak tetap nak kacau saya jugak kenapa. Saya ni ada maruah tahu tak, Ziyad. Disebabkan gambar dah tu dah tersebar, maruah saya dah tercalar. Ramai perempuan yang bagi komen dekat gambar artikel tu, diorang gelarkan saya sebagai perempuan murah, perampas, kaki kikis duit awak. Sedangkan saya tak guna satu sen pun duit awak. Puas hati awak sekarang, Ziyad. Puas!!" kata Aneesa yang masih memandang tepat ke arah mata Ziyad.

Ziyad hanya diam membisu, dia tidak tahu harus berkata apa lagi. Dia melerakan dirinya dimarahi oleh Aneesa. Memang itu adalah silapnya juga.

Aneesa mengesat cepat air mata yang ingin mengalir di pipinya.

"Saya rasa lebih baik kita berdua tak payah berjumpa antara satu sama lain dah lepas ni. Saya dengan awak bagai langit dengan bumi. Awak jutawan terkenal sedangkan saya ni tak ada apa-apa pun yang bernilai di mata awak, Ziyad. Lebih baik awak pergi balik rumah awak dan jangan munculkan diri awak depan saya lagi."

Aneesa yang berura-ura ingin masuk ke dalam rumah kembali tetapi terhenti apabila Ziyad memanggil namanya semula.

"Anees, aku minta maaf sangat-sangat. Bukan aku yang buat kau difitnah. Tolong Aneesa, jangan buat aku macam ni. Aku merayu pada kau." kata Ziyad menggenggam palang pagar besi itu.

"Pergi balik la Ziyad, saya tak nak tengok muka awak dekat sini lagi. Please, jangan disebabkan saya nanti reputasi awak sebagai seorang jutawan terkenal yang dikenali ramai nanti akan hancur."

Aneesa melangkah masuk ke dalam rumahnya semula tanpa menghiraukan jeritan yang dilontarkan oleh Ziyad yang masih berada di situ lagi.

Mahu ataupun tidak, Ziyad yang masih berada di hadapan pagar besi rumah milik Aneesa tersebut terpaksa berada dari tempat itu kerana dia takut yang Aneesa akan dicemuh lagi.

"Tak apa Anees, aku akan pastikan yang diorang takkan hina dan caci maki kau lagi lepas ni." Ziyad mulakan perjalanannya untuk pulang ke kondominium miliknya.

Ziyad yang sedang fokus dengan pemanduannya itu terganggu apabila telefon pintar miliknya itu berdering sekali lagi. Dia menghalakan telefon itu ke telinganya.

"Ziyad macam mana, kamu dah pergi rumah dia ke. Dia ada cakap apa tak?" kata Dato' Zamri yang sedang menunggu bicara yang keluar dari mulut anaknya.

Ziyad mengehela nafas perlahan.

"Dia cakap disebabkan gambar Yad dengan dia yang tersebar luas tu. Maruah dia dah tercalar diorang gelarkan dia perempuan murah, daddy. Yad dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Yad dah banyak kali minta maaf dekat dia tadi, tapi dia masih tak nak maafkan Yad. Jadi, apa yang Yad patut nak kena buat sekarang, daddy."

"Macam ni la Ziyad, buat masa sekarang kamu pergi balik dekat kondo kamu tu dulu. Mandi, solat, lepas tu baru makan. Besok baru daddy akan bincang dengan Yad untuk tindakan yang selanjutnya."

"Ok daddy."

⚠️ DILARANG PLAGIAT !! ⚠️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️ DILARANG PLAGIAT !! ⚠️

𝐇𝐄𝐑 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐒𝐄𝐃 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 | 𝐒𝐋𝐎𝐖 𝐔𝐏𝐃𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now