27

36 3 0
                                    

Naura melemparkan pandangan kearah laut yang terbentang luas di depan matanya. Ya selepas mereka meninggalkan rumah itu,Naura langsung pergi ke pantai yang berdekatan. Terhinjut bahunya apabila merasakan pipinya ditekap dengan sesuatu yang sejuk. Dia pantas mendongak memandang melihat gerangan itu dan tersenyum nipis.

"Thank's",katanya pada Nisya yang menghulurkan sebekas air. Nisya melabuhkan duduknya di sebelah Naura. Sesekali dia melirik ke arah Naura yang jelas menunjukkan riak datar.

"Are you okay?",tanya Nisya memecahkan kesunyian antara mereka dan prihatin. Naura memandangnya sekilas lalu tersenyum.

"Yes,sure",balas Naura senada. Dia menghela nafas panjang. Matanya lurus ke depan memandang laut yang membiru. Sekali lagi terukir senyuman yang tidak kelihatan dengan jelas.

'Aku tahu kau tipu. Kau langsung tak okay',desis hati Nisya. 

"Mana Eric dengan Felica?",tanya Naura yang cuba mengalihkan topik. Nisya menggeleng kepala perlahan dan menghela nafas perlahan.

"Tu dorang. Tengah bersweet tepi laut tu",sahut Nisya sambil menujukkan keberadaan dua beradik itu. Naura tergelak kecil.

"Kau dah fikir masak-masak dengan keputusan kau ni?",tanya Nisya serius. Serta-merta ketawa kecil Naura hilang. Keadaan hening. Hanya terdengar damparan ombak.

"Masak tak masak. Apa pilihan yang aku ada? Itu arahan nenek aku. Orang yang aku sayang dan penting dalam hidup aku. Kalau kau ada di situasi aku sekalipun kau akan buat benda yang sama kan. So nothing different",kata Naura datar.

"Tapi kau tahu yang reputasi kau akan merundum. Pergerakkan kau terbatas. Kesihatan kau belum tentu kau dapat kawal. Khaira. Kau sendiri tahu yang dia agresif. Kau nak seksa diri kau dengan lebih kejam ke Naura?",bidas Nisya. Naura menarik nafas dalam dan memandang Nisya yang beriak serius di sampingnya.

'Walaupun aku tahu Khaira tak berseorang. Kau wujudkan seorang lagi dalam jiwa kau Nau',desis hati Nisya lagi sambil merenung wajah Naura lekat. 

"Aku tahu kau yang paling dalam tahu pasal aku antara kau bertiga tapi don't worry. Pandailah aku jaga diri. For Khaira. As long as aku boleh kawal perasaan aku,dia takkan buat benda bukan-bukan. Ubat ada",balas Naura.

'Bukan aku tapi Farel. Dia orang yang pertama akan mengamuk kalau ada benda buruk terjadi dekat kau',kata Nisya dalam hati. Dia sedar dan dia nampak perilaku Farel pada Naura jauh  berbeza jika hendak dibandingkan dengan mereka.  

Kali ni Nisya pula yang menarik nafas panjang. Dia meraup rambutnya kasar. Dia menikam mata Naura tajam. Kesabarannya kian menipis tetapi dia cuba cuba lagi untuk bertolenrasi dengan Naura.

"Sampai bila kau nak bergantung pada ubat Naura?!",tanya Nisya dengan suara yang agak tinggi. Tidak sewenang-wenangnya tubuh Naura mengigil dan tangannya langsung naik menutup telinga yang kuat berdesing. Nafasnya tidak teratur. Pelbagai ilusi dan suara terjah fikirannya.

Nisya meraup wajahnya kesal sebelum dia memeluk tubuh Naura erat. Dia menghela nafas panjang.

"I'm sorry. Aku tak bermaksud nak tinggikan suara dekat kau, aku sayang kau Naura. Aku tak nak kau bergantung pada ubat selalu. Itu akan buat kau makin parah bukan membaik",kata Nisya dengan nada memujuk. Sesekali dia mencium ubun-ubun Naura.

'Dan aku lebih risau kalau kau wujudkan lagi di dalam jiwa yang lebih agresif daripada Khaira. Tadi pun kau hilang kawalan walaupun 30 minit je. Ni bertahun-tahun kau tinggal dalam keluarga tu',desis hati Nisya sambil mengusap kepala Naura perlahan-lahan.  

"Jangan marah aku. Aku takut",kata Naura dengan esakkan kecil. Nisya mengetap gigi ketap apabila mendengar suara sayu Naura. Dia tidak suka melihat dan mendengar suara sayu rakannya. Itu akan membuatkan dia merasakan tidak berguna dan sakit di dadanya.

NAURA KHAIRAWhere stories live. Discover now