Bab 12

25 4 0
                                    

Waktu rehat tiba dan mereka yang lain cuba mengajakku untuk makan bersama mereka namun aku tidak selesa membuatkan aku menolak tawaran mereka. Walau ada antara mereka mula mengeluh namun aku tidak hiraukannya memandangkan aku sudah merancang untuk makan sendirian.

Melihat Duna yang seperti biasa berada di pokok membuatkan aku menghembus nafas berat dan mula berlalu pergi sehinggalah aku terdengar suara beberapa perempuan yang datang.

"Euw... Dia makan bekal sampah tu lagi ke?" Soal beberapa suara perempuan membuatkan aku menghentikan langkahku dan memandang mereka yang berkumpul di hadapan Duna.

"Kau ke yang masak? Eee menjijikkan. Puih! Haaa makan tu... Yang tu memang layak untuk budak miskin macam kau," kata seorang lagi layak gedik lalu meludah ke dalam bekalnya.

"Apa kau nak lagi? Tak kan setiap penjuru sekolah ni kau nak kacau aku? Korang ni memang tak ada life ke?" Soal Duna kembali dengan tegas.

"Heh... Oi! Kau ingat sikit siapa taiko kau. Kat sini arahan bf aku kau kene ikut juga ok. Aku ni gf dia so apa aku nak buat aku punya suka termasuklah buatkan kau keluar dari sekolah ni," kata seorang lagi di kalangan mereka.

"Heh! Bitch. Kau fikir kalau bukan sebab kau jual badan kau... Dia nak kat kau ke? Pompuan murah macam kau bila-bila je boleh tukar," ujar Duna kembali dengan sinis.

"Kurang ajar kau kan?! Nah!" Jerit perempuan itu lalu terus menampar Duna. Duna ternganga tidak percaya akan apa yang baru berlaku lalu membalasnya namun dua orang lagi yang mengikut ketuanya membantu dengan menghalang dan memegang tangan Duna ke tanah. Ketuanya tersenyum sinis lalu menyuap masuk makanan yang diludah tadi ke dalam mulut Duna.

Duna mengelupur di tanah membuatkan aku mengeluh dan berjalan untuk masuk campur. Aku menarik lengan perempuan yang menahan Duna dan menolaknya jauh daripada Duna. Ketuanya juga aku turut menolak walaupun dia cuba melawan dengan menolakku dan memukulku kembali namun aku hanya berdiri tegak sambil merapatkan diri ke arah mereka membuatkan mereka berundur ke belakang.

"Kau ni siapa ha?! Ni hal perempuan kau tak perlu masuk campur!" Jerit perempuan itu sambil berundur memandangkan mereka gagal menolakku.

"Pergi," balasku sepatah sambil memandang mereka tajam. Aku tak mahu terlalu berkasar dengan mereka kecuali jika mereka terlalu melampau. Mereka memandang marah namun salah seorang rakannya menarik bahunya sebagai isyarat untuk berundur. Walaupun dalam keadaan tak puas hati mereka tetap juga terpaksa pergi.

"Aku boleh lawan sendiri," kata Duna selepas mereka semua pergi. Duna kelihatan menyapu-nyapu mulutnya sambil mengeluarkan kembali makanan yang berada di dalam mulutnya.

"Makanan yang ada dalam mulut kau tu tak nampak macam kau boleh lawan," balasku menghampirinya dan mengutip sisa makanan yang berterabur. Dia terdiam dan mula tersedu namun sedayanya cuba menahan tangis.

"Biasa ke kena macam ni?" Soalku namun dia membalas malah tidak mahu memandang wajahku. Aku mengeluh berat sekali lagi dan duduk di sebelahnya. Aku memberikannya bekalku dan kotak minumanku.

"Kau nak makan apa?" Soalnya kembali.

"Kongsilah," balasku pendek. Dia tersenyum seolah tidak percaya.

"Aku... Kagum dengan keberanian kau. Sekurangnya kau tak tunduk," kataku cuba menenangkannya yang masih mengesat air matanya.

"Tu cuma... Aku tahu yang dia cuma cakap besar. Dia tu cuma antara simpanan je. Otto tak terlalu beri perhatian pada dia sebab tu dia cuba nak takutkan orang bawahan dia macam aku," kata Duna kelihatan tenang.

"Oh... Kau nampak macam tahu semua pasal sekolah ni," balasku sambil memandang bekal yang ada pada tanganya yang penutupnya masih tidak dibuka. Melihatku yang hanya memandang membuatkan Duna tersedar dan membukanya.

"Aku bertahan di sekolah ni dah lama. Setiap pengalaman aku dah lalui sebab tu aku rasa... Kau boleh dipercayai. Tak sama macam lelaki lain. Mungkin juga kau jadi terlalu berwaspada macam ni sebab ada kisah silam buruk yang pernah terjadi pada kau kan? Tapi... Haih sebabkan hati kau baik kau tetap tolong aku walaupun kau tak percaya. Kau ada sisi lembut yang susah orang nak kesan," kata Duna lalu cuba menyuapku. Aku mengambil penyepit makanan di tangannya dan makan dengan sendiri.

"Sedangkan kau fikirkan yang aku ni macam tu... Mungkin budak kelas aku  pun fikir benda yang sama sebab tu mereka nak gunakan aku," kataku mula memikirkan semula pada mereka yang tiba-tiba sahaja ingin merapatiku.

"Hahahha... Pengalaman mereka dalam sekolah ni yang bertahun lamanya hadap perangai setan budak-budak sini. Kau fikir perangai kau cukup untuk jadi budak jahat? Setakat pukul dan belasah tu... Dah jadi kebiasaan kat sini. Orang akan mula percaya kau bila dengan siapa kau lawan. Sepanjang aku kenal kau pun... Kau dalam kategori 'normal' bukan pelajar yang patut ada kat sini," kata Duna membuatkan aku menjelingnya. Bagi aku perkataan normal sama dengan lemah.

"Macam mana nak buat orang menjauhi aku? Haih..." Soalku sendirian. Inginkan orang menjauhi dari aku masih boleh digelar 'normal' ke? Atau itu cuma kategori dalam sekolah ni yang huru-hara.

"Ryan..." Panggil Duna membuatkan aku memandangnya.

"Satu hari nanti... Walaupun kau rasa dunia kau dah hancur aku harap kau tak kan putus asa. Dunia ni masih luas, akan ada satu tempat untuk kau," kata Duna dengan mata kosong. Seolah ayat itu sentiasa dimainkan di bibirnya sebagai peringatan namun dia sendiri seolah tidak yakin dengannya.

"Then, kau bina dunia tu untuk aku kalau aku tak jumpa di mana-mana," ujarku. Melihat matanya yang kosong membuatkan terdetik dalam jiwa aku yang dia akan pergi jauh. Mendengar apa yang aku katakan membuatkannya tersentak lalu dia memandangku lama.

"Aku dah berjaya buatkan kau suka kat aku ke?" Soal Duna sambil tersenyum dengan air mata. Aku terdiam memandang ke wajahnya.

"Tak... Aku cuma cakap untuk andai ia bakal terjadi," balasku dan bangun untuk beredar.

"Bekal ni tak habis lagi... Kau dah nak pergi?" Soal Duna.

"Ya. Aku tak rasa lapar lepas tengok muka comot tu. Kau habiskan lah," balasku bersahaja dan ingin berlalu.

"Ha? Teruk sangat ke muka aku?" soal Duna kembali sambil memegang pipinya.

"Rambut kau je penuh dengan rumput dan kusut," balasku bersahaja.

"Ha?! Tak guna punya betina! Habis rambut aku! Ryan... Betul ke kau nak pergi? Tak nak teman aku? Kalau diorang datang lagi macam mana?" Katanya sambil memandangku simpati.

"Bukan ke kau cakap kau boleh lawan?" Soalku semula.

"Memanglah... Tapi aku tak nak bekal yang ni pula jatuh macam yang tu. Susah-susah je Ziki buatkan last-last jatuh macam tu je," balas Duna dengan wajah sedih. Aku mengetik lidahku dan duduk semula.

"Aku duduk sekejap je," balasku sambil mengerutkan dahiku.

"Hehe... Betul kan aku cakap. Kau terlalu baik untuk sekolah ni. Aku lega akhirnya aku ada juga adik yang boleh diharapkan kat sekolah ni," kata Duna lalu tiba-tiba mengusap kepalaku. Namun aku tak tahu kenapa aku membiarkannya dan tak menepisnya kasar sama seperti orang lain yang buat kepada aku.

"Berhentilah. Aku pergi kalau kau layan aku macam budak-budak," balasku kasar namun Duna hanya membalas dengan senyuman. Ada kala Duna cuba menyuapku makan dan berkali-kali juga aku menolak sehingga terpaksa menerima. Ia sememangnya pengalaman yang agak memalukan dan Duna... Langsung tak nampak takut dengan aku tapi malah kelihatan sangat selesa membuatkan aku dah tak rasa dia satu ancaman. Lagipun... Apa saja perempuan seperti dia mampu buat?

Bersambung...

🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅🐅

Fearless Where stories live. Discover now