P R O L O G

7 1 1
                                    

      Sehelai kain putih empat lipatan dikeluarkan daripada poket baju. Kain itu dikibarkan beberapa kali, barangkali hendak membersihkannya daripada sebarang kehadiran habuk yang tidak kelihatan. Setelah itu, kain tersebut dibentangkan diatas lantai. Tangan mengambil dua biji lilin berwarna kuning yang sudah tersedih diatas rak almari dan diletakkan di kedua penjuru bahagian atas kain tersebut.
     “Kau yakin, Malis?”
     Gadis yang bernama Malis itu menganggukkan kepala. Sudah tiada keraguan didalam hatinya. Sehari suntuk berfikir tentang perkara yang mereka sedang lakukan sekarang. Gadis bermata bundar itu tidak akan berpatah balik. Melihatkan gadis dihadapannya itu, Beha termenung seketika. Pandangan matanya dilarikan kearah tingkap yang tidak berlangsir. Telinga menangkap liuk angin yang kasar menerobos masuk biarpun tidak kelihatan jasadnya. Hati masih mencari sisa – sisa penguat semangat yang terselit dimana pun – kuatkanlah hatinya yang masih putih.
     Melihatkan Beha yang termenung, Malis meletakkan kembali kotak mancis diatas pehanya lalu mencapai tangan sahabat baiknya. Mereka sudah lama hidup berdua. Tidak perlu berteka – teki hendak mengetahui perkara tersangkut didalam hati. Jikalaupun antara mereka mempunyai kawan rapat yang lain, diwaktu bening begini hanya meninggalkan mereka berdua yang sudah tertaut mati. Hanya dengan renungan mata dapat berkongsi rahsia jiwa tanpa menyatakan sebarang kata.
     “ Jangan kau rasakan yang bukan – bukan. Kita ada untuk satu sama lain. Hati kita satu.” Kata Malis – menguatkan genggaman tangan mereka. Kalau boleh, hendak sahaja disalurkan segala keberanian kepada Beha sekarang ini. Biarkan gadis itu mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Keyakinan yang tidak akan malap kerana dia akan sentiasa bersama Beha. 
     Bibir pucat yang kian merekah itu menguntum senyuman kecil.  Beha menganggukkan kepala beberapa kali – tertunduk jatuh separas bahunya. Melihatkan semangat Malis yang bersungguh – sungguh sedikit sebanyak memberikan dia ketenangan. Kelumit hati mulai menghilang. Rasa gundah juga seakan melemah apabila diberikan kata – kata semangat.
     Anak mancis dilalukan laju tepi kotak mancis lalu tercetus sedikit api merah dari goresan kasar. Sumber hangat disuakan kearah lilin. Api tersebut terus menyambar sumbu – sumbu yang akan menjadi nyawa barunya. Bilik yang gelap beransur terang dengan cahaya yang berbalam. Sang bayu yang tadinya bertiup kencang kini sudah tenang seakan memerhatikan kegiatan dua gadis itu.
     Sebilah pisau lipat dikeluarkan dari poket seluar. Perlahan – lahan, Malis membuka bilah pisau yang tajam. Kepingan limau nipis yang sudah terbelah dua, dialukan keatas pisau dan memerah hingga keluar segala air masam yang terkandung dalam buah tersebut. Dalam keadaan basah dan melekit, senjata tajam itu disalai diatas asap halus. Air masam jatuh menimpa lilin namun tidak diendahkan.

Sang perawan sunti – hadirlah temani kami ..
Liuk kesuma api – hadirmu bersama janji ..

. . . . .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ponti Where stories live. Discover now