💌 9

17 2 8
                                    

Kalau tak jumpa lagi jawapan ni, rasanya hancur buku teks Biologi ini. Aku mendengus perlahan. Frust dengan sebuah soalan daripada ujian topikal dua hari yang lepas.

Soalan berkaitan dengan struktur dan fungsi otak manusia. Grey matter  ke white matter  ke white rice matter ke, sakit otak!

Tetapi, pesanan dari guru subjek Biologi ku sentiasa terpahat dalam ingatan.

'otak merupakan organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Tanpanya, urusan seharian kita tidak dapat berjalan dengan lancar. Seperti yang kamu semua tahu, struktur otak ada banyak, itu menunjukkan peranan otak dalam badan kita  juga ada banyak. Jadi, jaga dan hargai lah kesihatannya. Sekali ia rosak, hidup kamu dah tak bermakna'

Titipan ilmiah itu membuatkan semangatku meningkat kembali, hilang rasa frust merangkak.

Otak rosak, hidup takde makna.

"Mona. Cikgu Alif panggil kau. Dia ada kat luar", tiba-tiba Hakim bersuara di hadapanku.

"Hah? Cikgu Alif? Okey", jawab ku sambil mata mencari susuk lelaki itu diluar kelas.

Aku melangkah kearah cikgu Alif yang sedang menyandarkan belakangnya pada koridor.

Apabila melihat kelibat aku yang menghampirinya, lelaki itu tersenyum. "Mona. Sini", panggil nya.

Aku hanya menurut dan entah kenapa, terasa bagaikan diriku terdorong untuk berada lebih dekat dengannya. Kaki tidak boleh menidakkan rasa hati.

"Ada apa, cikgu?", aku bertanya.

Cikgu Alif melirik ku sekilas sebelum menghembuskan nafas, berat bunyinya.

Aku jadi terdorong lebih dekat dengannya. "Kenapa cikgu? Ada masalah?"

"Ya. Sebenarnya, saya gaduh dengan cikgu Qazrin", jujurnya, mata memandang tepat kearahku.

Aku pula memerhatikan wajah kacak itu. Ketika berada dalam keadaan dekat begini, barulah aku perasan sesuatu pada wajah cikgu Alif. Lelaki itu mempunyai satu tahi lalat pada hujung mata kanannya. Bibirnya nipis tetapi berisi.

Dan sepasang mata itu nampak..comel.

"Are you done checking on me?"

Aku tersentak dengan suara lelaki itu yang kedengaran amat menggoda di telingaku. Pantas aku menunduk.

"If you are not done, continue it. Don't make yourself suffering", sambung cikgu Alif.

"It's not like that la, cikgu. Perasan", balas ku.

Lelaki itu tertawa bebas mendengar respon ku. Kini, badannya beralih menghadap koridor. Beliau bersyukur, nampaknya Ramona telah melupakan apa yang telah berlaku antara mereka. Bibirnya tersenyum randomly.

Aku menggelengkan kepala. "Cikgu. Tadi cakap ada masalah, muka berserabut je. Sekarang boleh pula senyum seorang diri. Cikgu sihat tak ni?"

"Saya sihat lah! Awak jangan nak mengata saya", balas cikgu Alif.

Aku tertawa kecil. "Kenapa dengan cikgu Qazrin?"

"Oh. Saya gaduh dengan dia selepas awak cakap yang pasukan awak tak nak sertai kejohanan tu. Cikgu Qazrin marah, saya cuba lah pertahankan awak sebab saya layak. Dia tu..yang berlebih-lebih. Saya tahu lah dia yang lebih banyak masa dengan awak", panjang lebar lelaki itu mengadu.

Aku terpempan. Jadi.."Cikgu berdua bergaduh sebab saya?", tanya ku.

"Ya. Awak jangan risau, ianya tak akan membahayakan awak. Cuma, kalau cikgu Qazrin datang marah-marah awak, awak bagitahu saya. Biar saya berleter kat dia", cikgu Alif ketawa.

 THE ROMANCE OF LION AND MOONWhere stories live. Discover now