"Mama, mama tak ingat Rania?" ujar wanita itu dengan nada menagih simpati. Dia adalah Rania! Bekas isteri Tengku Ryan! Puan Rosellia terkejut mendengar perakuannya.
"Papa? Ni Rania. Papa, don't you remember me?" Rania menyambung ayatnya.
Puan Rosellia memaling wajahnya ke arah suaminya. Tengku Ahmed mengeluh lalu berjalan menuju ke arah kebun semula. Dia tahu. Suaminya tidak suka dengan bekas menantunya kerana disebabkan dia lah, seorang anak lelaki mereka menghilangkan diri. Dia serba salah. Apakah yang dia perlu lakukan sekarang?
"Sekejap ya Rania, mama telefon Ryan." kata Puan Rosellia. Rania mengangguk kecil. Puan Rosellia menuju ke dalam rumah lalu menelefon anaknya. Panggilannya tidak dijawab. Dia menelefon lagi untuk kali kedua. "Assalamualaikum, hello mama?" kedengaran suara Ryan membalas di hujung telefon.
Ryan sedang menyiapkan kerjanya. Bilik pejabat itu sunyi sepi kecuali bunyi klik dari papan kekunci. Dia menaip sesuatu di komputer sambil sebelah lagi tangannya memegang telefon pintar.
"Ryan, boleh pulang sekarang tak?" Puan Rosellia bertanya dan dihujung ayatnya dia mengeluh. Mengapa Rania kembali lagi selepas hampir satu tahun lebih dia meninggalkan keluarga ini?
Ryan mengerutkan dahinya. "Why? Anything serious?" dia membalas. Dia berhenti menaip lalu fokus dengan panggilan ibunya.
***************************************
Sementara itu, Rania tetap menunggu di luar pagar. Dia mahu berjumpa dengan bekas suaminya dahulu. Dia rasa bersalah kerana meninggalkan bekas lelakinya.
Tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam menghampirinya lalu seorang lelaki keluar dari kereta itu. Lelaki itu mengenakan pelitup separuh muka yang berwarna hitam, memakai hoodie hitam, berseluar jean biru dan memakai sneakers.
Sepasang mata itu merenung tajam ke arah Rania. Dia memandang tepat mata lelaki itu sambil mengundur selangkah demi selangkah. Rania tergamam. Dia pernah kenal lelaki ini. Kereta ini? Aku pernah memandu dan menaiki kereta ini! Bagaikan déjà vu?
Lelaki tersebut bergerak semakin pantas ke arahnya. Tubuhnya dipeluk kuat oleh lelaki itu dan sebuah kain kecil menutup hidung dan mulutnya. Rania meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia menjerit meminta tolong. Namun apakan daya, suaranya tidak dapat didengar oleh siapa pun akibat kain yang menutup mulutnya. Rania terhidu sesuatu yang membuatkan dirinya berkhayal lalu pandangannya menjadi kabur.
Lelaki yang tak dikenali itu segera mengangkat tubuhnya dimasukkan ke dalam perut kereta. Lalu, kereta tersebut memandu laju meninggalkan perkarangan rumah itu.
Puan Rosellia meletakkan panggilan lalu menuju ke pagar semula. Dia mencari kelibat Rania. Ke manakah dia pergi? Dia melihat sekeliling luar rumah. Tiada juga. Lalu dia memutuskan untuk menuju ke kebunnya semula.
***************************************
Cuaca pada pagi itu amat sejuk. Hujan turun dengan lebatnya. Bunga meraup wajahnya. Dia meletakkan kepalanya di atas meja. Sejuk sungguh hari ini. Bahkan, aircond di dalam ruang itu ditutup akibat cuaca yang terlampau sejuk. Rasa macam nak tidur je!
Banyak kerja yang dia perlu handle kerana ramai pekerja lain mengambil cuti. Maklumlah, hari ahad. Dia mengambil botol air di dalam beg galasnya lalu meneguk beberapa kali. Kedengaran sebuah suara kecil di belakangnya. Bunga menoleh.
"Daddy, ane daddy ni. (Daddy, mana daddy ni.)"
Mata terbuntang dengan apa yang dilihatnya. Air yang bertakung di dalam mulutnya disembur. What? Anak siapa ni? How can she be here? Dihadapannya sekarang ialah seorang budak perempuan kecil yang mungkin sesat. Memakai gaun merah separas lutut sambil menjilat lolipop. Rambut diikat tocang dua. Tapi, bagaimana budak ini boleh tersesat sampai ke sini?
Budak perempuan itu ketawa kecil. "Aunty tercedak ke? (Aunty tersedak ke?)" Bunga tersenyum lalu menundukkan sedikit badannya. Comel betul gelagat budak kecil ini.
Bunga bertanya, "Hai, nama awak siapa?"
"Tiara." Budak kecil itu membalas dan menjilat lolipop yang dipegangnya. "How pretty are you! Aunty panggil awak Tiara ya?"Bunga membalas dengan nada yang lemah lembut. Tiara mengangguk dan melemparkan senyuman kepadanya.
"Mestilah pretty, daddy akap Tiara antik and omel. (Mestilah pretty, daddy cakap Tiara cantik dan comel.)" Bunga tersenyum lebar. Alangkah bahagianya kalau budak ni ada kat office setiap hari. How adorable this kid!
Kedengaran sayup-sayup suara memanggil. "Tiara! Tiara!" Lama kelamaan suara itu menjadi lebih dekat. Seorang lelaki menghampiri mereka. Bunga dan Tiara hanya memerhati gerak-geri lelaki itu.
"Ya Allah Tiara! Where did you go?" ternyata lelaki itu adalah Ryan. Dia bersuara dengan tegas sambil sambil nafasnya tercungap-cungap. "Tuan, what are you doing here?" Bunga menyampuk. Tiara terkejut kerana daddynya meninggikan suara. Tubuh Bunga dipeluk erat.
"Tahu tak daddy cari Tiara satu bangunan ni? Nasib baik tak jadi apa-apa tau! How can you walk alone?" Ryan menyambung. Kali ini nadanya kurang tegas berbanding tadi.
Tiara sebak. Mulutnya dimuncungkan ke depan. Perasaan takut menyelubungi diri anak kecil itu. Dia menyembamkan mukanya ke dalam pelukan Bunga.
Beberapa orang pekerja lain di situ memerhatikan mereka. "Apa korang semua tengok-tengok?! Pergi lunch sekarang!" Ryan menjerkah kuat. Suaranya bergema di seluruh ruang kerja itu.
Tiara sudah teresak-esak menangis. Bunga menggosok-gosok belakang badan Tiara. Kasihan budak kecil ini. Dia cuba untuk menenangkan Tiara.
"Tuan, sekarang baru pukul 11 pagi. Belum masa lunch..." salah seorang pekerja lelaki mencelah. Ryan memberi pandangan harimau ke arahnya. "Just go and have your lunch! Kau nak aku ulang berapa kali!"
Semua pekerja di situ beredar dari meja mereka dengan pantas. Tidak mahu bertentang mata lagi dengan Ryan. Bos mereka kalau badmood, boleh membawa maut!.
Ryan mengalihkan pandangan ke arah anak perempuannya semula lalu memandang Bunga. Tiara sudah terlena didalam dakapan Bunga. Ryan tersenyum nipis. Ditahan air matanya daripada mengalir.
"Bunga, biar saya dukung dia. Awak ikut saya." Ryan bersuara lemah. Bunga hanya mengangguk kecil. Ryan mendukung tubuh kecil anaknya.
Mereka berjalan menuju ke pintu lif. Air matanya mengalir. Ya Allah, adakah aku telah gagal menjadi seorang ayah yang baik? Dicium pipi lembut anak itu berkali-kali. Bunga perasan riak wajah Ryan. Dia mendiamkan diri.
***************************************
Rania mencelikkan matanya. Rasa seperti tangan dan kakinya tidak boleh bergerak sama sekali. Pandangannya masih belum dapat melihat dengan jelas. Dia mendengar beberapa tapak kaki menghampirinya. Segelas cawan yang berisi air sejuk di simbah ke mukanya.
"Aduh, sejuk lah!" Rania merengek kecil. Dengan serta-merta, dia dapat melihat persekitarannya dengan jelas. Di manakah aku berada? Apakah tempat ini? Mengapa gelap gelita? Pelbagai persoalan menyelubungi dirinya. Dia memandang ke bawah. Kelihatan kakinya terikat dengan tali. Begitu juga tangannya. Dia mula ketakutan. "S-siapa yang bawa aku ke sini?" bisik hatinya.
"I am the one who bring's you here."
Suara garau itu kedengaran dari sebelah kanannya. Rania menoleh. Di dalam samar-samar terlihat sebuah wajah tersenyum sinis ke arahnya.