RELAI KASIH

79 6 0
                                    

Angkara jiwa ini terlalu berpegang pada kata,
jiwa terlampau percaya pada si dia,
dia mahukan ruang dan masa,
dan aku pula ingin jawapan darinya,
jangan tinggal aku dengan tanda tanya,
aku sudah berusaha,
oleh kerana "kasih" jiwa ini buta,
malah jiwa ini seakan gila.

Bila diriku memberi ruang,
engkau ada dan hilang.

Saat hati ini sedang tidak tenteram,
gelaplah menjadi tempat yang paling ternyaman,
bukannya pada bahu sandaran,
aku masih menunggu jawapan,
dan engkau masih memberi harapan.

Bukan hanya hati yang diberi,
setia juga telah dikasi,
mata ini bisa menjadi saksi,
yang diri ini sangat percaya pada hati.
hasrat diri mahu hati ini mati,
supaya hati ini berhenti,
kerana masih benci dengan diri,
sengoti diri ini menjaga hati,
dia di sana bahagia dan pergi,
aku di sini perit menanti.

Dirimu seolah lupa,
lupa yang dirimu telah hancurkan rasa,
walau dengan hanya kata,
tetap jiwa ini merana,
diri ini selalu memendam rasa,
salah dirimu yang ambil remeh dengan kata,
aku tidak memerlukan ruang bahkan masa,
kerana diri sedang tenangkan jiwa.

Bohong jika diri ini tidak pernah sedih dan pilu, bukan hanya dirimu yang merasakan kesemua itu, aku juga pernah ada rasa sedu dan rasa buntu, tetapi aku telah lepas dari fasa itu, fasa dimana aku kufur segala nikmat yang orang lain mahu, kini aku lebih menerima dan kurang ragu, aku yakin apa yang telah ditentu, iaitu janji merdu yang telah ditulis dari dulu.

SURIAOnde as histórias ganham vida. Descobre agora