☁️Imbas Semula☁️

193 16 0
                                    

Beberapa tahun sebelum....

KAIRI ANNE adalah anak tunggal dalam keluarga yang kebanyakkan ahlinya adalah perempuan. Dari makcik saudara sehinggalah sepupunya. Kesemuanya adalah perempuan. Tiada seorang pun lelaki yang lahir dalam keturunan keluarga besar tujuh beranak Encik Edwin George dan Puan Erissa Louis.

Mereka dikurniakan lima orang anak perempuan. Dan kesemua anak perempuan selepas berkahwin juga melahirkan anak perempuan. Maka disebabkan keinginan Encik Edwin untuk memiliki seorang lelaki dalam keluarga besar mereka itu lelaki tersebut ambil keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki.

Azael Noah merupakan anak lelaki kepada kenalan rapat Encik Edwin. Oleh kerana Encik Edwin berkenan maka lelaki itu telah menjadikan Azael sebahagian keluarganya pada usia Azael 10 tahun. Di ambil sebagai anak angkat pasangan tersebut.

Kebetulan pada masa yang sama Kairi Anne baru sahaja berusia 6 tahun. Disebabkan Encik Edwin dan Puan Erissa tinggal bersama dengan anak perempuannya iaitu ibu Kairi, so basically Kairi membesar bersama pakcik angkatnya itu.

Disebabkan jurang usia mereka yang berbeza itu Kairi tidak gemar dengan pakciknya yang seorang ini. Bukan disebabkan usia saja yang menjurangkan mereka, tetapi perbezaan sikap dua orang ini umpama air dan minyak. Azael terkenal dengan sikap acuh tak acuhnya. Sementara Kairi sukar untuk digambarkan.

Kawasan padang di hadapan kawasan perumahan sibuk dengan kanak-kanak seusia 10-12 tahun. Bermain bola sepak pada petang tersebut. Antara ramai-ramai di situ kelihatan kanak-kanak perempuan berambut pendek, berseluar pendek, berpakaian persis kanak-kanak lelaki sedang berlari merentasi padang menyepak bola.

                 "Kai!Mana adil!Aku suruh kau pass dekat aku kan!"teriak seorang budak lelaki berkepala botak di belakang.

Tidak mendengar jeritan itu Kairi berlari pecut menuju ke gol. Dia pandang ke depan dengan muka berpeluh dan semangat berkobar-kobar. Kalau bola ini masuk ke dalam gol!Dia akan digelar sebagai ketua kawasan nanti! Heh!

Namun beberapa meter sebelum tiba Kairi sudah jatuh tersungkur akibat di gelecek dengan rakan sepermainan dari pasukan lawan. Kakinya tersandung lalu tubuhnya menjunam ke depan sebelum berguling atas rumput hijau di situ.

                  "Agh!" Kairi mengaduh sebaik saja dia meniarap betul-betul di hadapan sepasang kaki.

Huh?

Keningnya berkerut menahan sebu yang dirasai sewaktu kepalanya perlahan-lahan mendongak ke atas. Ingin melihat siapakah yang berdiri di depannya ketika itu.

Kacau betul!Dia baru aje nak beraksi depan budak hingusan yang selalu membulinya!Boleh pulak dia berguling dekat sini!

Hm?

Kening Kairi berkerut sebaik mendongak.

                "Kata ke kelas tuisyen...kenapa kamu ada di sini Kairi?"suara  tersebut menyapa setelah Kairi pandang ke atas. Wajah serius pakciknya tunduk memandang dia kelihatan serius.

Oh-oh!

Nampaknya ada yang dalam masalah sekejap lagi ni!

Kenapa pakciknya berada di sini?Kerut Kairi sambil bangunkan diri dari situ. Pakaian di badan di tepuk membuang pasir dan rumput yang hinggap padanya. Dia tidak berani hendak pandang muka tu.

Azael melirik penampilan budak perempuan  berusia 8 tahun depannya dari atas ke bawah sebelum melepaskan hela nafas yang panjang.

Apalah nak dia katakan pada budak kicap ni?

                "Jom kita balik."

                 "Tak nak!"tegas Kairi berdiri menghadap pakcik muda di hadapannya. Sehingga sekarang dia tidak faham. Kenapa daddy dan mommy suruh dia panggil Budak lelaki menjengkelkan ini pakcik.

52. Pakcik Navy, I Love YouNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ