3 LARA

54 28 2
                                    

Senyuman tipis disua sedih, jelas dia kecewa Is lansung tidak ingat akan dia. Sumpah kecewa.

Kenyataan yang keluar dari mulut Lara buatkan ketiga anak dara itu ternganga. Tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Jika ia benar, memang betul Is tak kenal.

"Wah, kau satu sekolah dengan dia ke dulu?" Soal Ayu terkejut.

Lara mengangguk sambil tersenyum pahit.

"Dia memang tak ingat aku, walaupun aku dah intro depan kelas semalam." Lara menggeleng kecewa. Dia memakan makanannya yang terasa hambar. Hilang seleranya.

"Kau, masih suka dia ke sekarang?" Tanya Qisha nak tahu.

Lara tersenyum lagi.

"Ya. Hari pertama jumpa dia, aku menyesal aku menjerit marah kat dia. Entah-entah dia tak suka aku sekarang." Lara pegang kedua pipinya. Merasa kesal dengan diri sendiri.

Ayu, Diana dan Qisha saling berpandangan.

"Kau nak kitorang tolong bagitau tak?" Ucap Ayu.

Lara menggeleng laju.

"Tak perlu. Aku rasa, biar aku sendiri yang buat dia sedar." Lara bertekad. Walau macam mana sekalipun, dia akan try jujur dengan Is.

"Aku rasa tak mudah weh." Diana potong semangat Lara. Lara berkerut hairan.

"Kenapa?"

"Sebab, bukan kau sorang je berusaha nak borak dan dekat dengan dia." Tambah Qisha sambil menjuih bibirnya ke arah tempat Is.

Kepala mereka semua bergerak melihat. Bukan mereka sahaja, ada juga kumpulan dari meja lain juga ikut melihat.

Ada sekumpulan gadis senior mungkin, kini berdiri di hadapan meja Danny dan yang lain.

.
.
.
.

Is menghela nafas penat. Kertas nombor telefon diserahkan padanya ditolak pada Khairy disebelah. Khairy pula tolak pada Danial, Danial tolak pula pada Danny.

Akhirnya, jumpa si hati batu Danny dengan selambanya meletak kertas nombor itu ke sisi dan kembali pada pemiliknya. Sengaja main pusing satu table..

"Kami tak pergi club kak, nanti mak marah. Sorry." Khairy menolak baik dan menyindir pedas. Tapi tidak dipandang gadis tersebut. Main henfon.

"Ala, bukan selalu korang keluar lepak kan? Kitorang belanja, macam mana?" Ujar si gadis berambut pendek sampai bahu itu, menggeletis macam ulat bulu.

"Pekak ke? Kitorang tak keluar pergi tempat macam tu. Kalau diajak ke majlis agama takpe jugak." Danny menggeleng kepala, diminum kopi suam dengan rimas.

Kata-katanya tadi tidak sedar telah tepat menikam tepat kepala otak para perempuan tersebut.

"Ala Danny, kalau tak nak pergi club kita karok. Macam mana?" Si gadis lain pula bersuara memujuk. Susah betul nak goda junior- junior kacak itu.

"Wahai kakak-kakak yang manis lagi cantik semua. Saya rasa baik awak semua mengalah, kami tak nak keluar dengan wanita bukan muhrim kami. Berdosa." Danial tersenyum manis mengingatkan.

"Dan lagi satu, kitorang suka perempuan bertudung dan jaga batas dia." Is berpeluk tubuh sambil tersengih sinis. Memang kena tepat batang hidung diorang.

Apalagi, semua pergi dengan kesal dan malu. Memang susah nak diajak keluar. Bukan diorang tak pernah contact, mesti kena block.

"Koranglah ni, hensem sangat. Dengan aku-aku pun sangkut." Bebel Is buat ketiga-tiga mereka tercengang. Masih tak sedar diri rupanya.

ARSHAD ISKANDAR (SU) SHORT STORYWhere stories live. Discover now