Farah langsung tak menginjak keluar bilik. Why? Sebab dia sekarang tinggal satu dorm dengan treasure. Lebih tepat, dorm yang didiami Jihoon dan Doyoung!
Selagi duo entj itu tak hilang dari seluruh pelosok dorm memang takkan si Farah tunjukkan diri!
-----------------------------------------------------------
Farah dengan bertag nama kan 'Stella' sedang membeli air di convince store YG.
Selesai membeli, keluar, dah tersedia banyak tempat duduk situ, apa lagi? Duduk lah. Seenaknya dia meneguk air minumannya....
BZZT
Phone vibrate. Mesej dihantar oleh si mentor.
Jom! Diorang ajak makan sama kat cafeteria.
Farah hanya sekadar membaca, lalu bangkit dari duduknya.
Baru nak beranjak ke arah yang hendak ditujui....
SPLASH!
Air minumannya jatuh berlindangan, penuh deras! Tumpahnya 100% hanya pada jejaka yang dilanggarnya!
"Sorry, sorry" Farah penuh kesal. Farah cuba hendak lap baju jejaka itu dengan tangan kosong pada awalnya. Dah gelabah dah! Baru dia teringat tisu yang sentiasa ada dalam beg.
'Eh soda kot! Mesti melekit!' tangannya segera ditarik balik dari terus mengelap baju jejaka itu dengan tisu keringnya. Lalu dia segera dengan cemas seolah kemalangan besar berlaku, mencari sesuatu dalam begnya. Tisu basah. Lalu dia segera hendak bantu untuk lap baju yang terkena tumpahan soda bak lava tadi.
Si mentor dari jauh ternampak kejadian yang telah berlaku segera menapak ke arah mereka.
"What's wrong? What's going on right here?" Soal si mentor.
Farah baru hendak membuka mulut, nak explain apa yang berlaku. Lantas jejaka tadi bersuara.
"Nothing."
Simple.
"Dah jum lama diorang tunggu" terburu² si mentor membawa Farah pergi. 1 packet tisu basah masih tertinggal disitu. Tak sempat Farah ambil. Jejaka tadi cuba untuk memberinya tapi tak sempat. Laju sangat si mentor bawa pergi.
-----------------------------------------------------------
Semua member treasure berkumpul di gedung YG. Mereka sedang buat persiapan untuk activity berikutnya. Hyunsuk? Dia wakil treasure untuk mesyuarat tertentu. Ya... Sendiri.... Yang lain kena buat persiapan jadi Hyunsuk volunteer untuk join meeting sendiri.
Selebihnya, habis latihan awal, mereka masing² rehat seketika, sambung latihan kemudian. Beberapa dari mereka pergi ke convince store volunteer untuk beli minuman dan beberapa snek yang dibenarkan mengikut diet mereka.
-----------------------------------------------------------
Terjaga.... Sesekali dia merasa seseorang sedang dalam pelukannya. Dibawah selimut yang putih gebu, dalam baju putih seakan baju couple. Gadis itu mengucup bibirnya....
Morning kiss....
Tanpa ragu dia menyahut, membalas kucupan penuh lembut dan ramah.
Lama kelamaan, rasa kucupan itu semakin ganjil. Dia membuka matanya yang tertutup menghayati kucupan tadi.....
HILANG....
DIA.... HILANG....
GADIS TADI HILANG BEGITU SAJA....
-----------------------------------------------------------
"OI JIHOON!"
Jihoon segera tersedar dari lamunannya.
"Kau kenal ke pompuan tu?" Celah si Junkyu pula.
Yes! Yang volunteer beli barang tadi is 00z. Ciri² hyung mithali lah katakan....
"Dari tadi kitorang panggil kau, kau duk tenung pompuan tu asal?" Yoshi bersuara lagi.
Dua sahabatnya memandang Jihoon penuh suspicious.
"Takda apa lah." Ringkas jawapannya.
Lalu mereka berdua sambung pilih snek. Sempat Junkyu menoleh ke arah Jihoon sambil melirik dari hujung rambut ke hujung kaki, lalu berpaling dan jalan terus kedepan.
Kosong.... Belakang Junkyu kosong.... Mana Jihoon? Junkyu berhenti.
Yoshi turut merasakan kekosongan di belakangnya.... Mana Junkyu? Yoshi berundur sampai menemukan Junkyu yang berhenti sebab Jihoon yang berhenti.
Kepala Jihoon yang tertunduk 30° kembali menegak 0° tepat ke arah dua sahabat dihadapan.
"Sebenarnya ada" lalu Jihoon serta merta berpusing 90° ke arah gadis misteri di luar convince store. Dia segera menuju ke arah gadis tadi. Ya! Sudah pasti dengan plan separa gila!
"WOI JIHOON! KAU JANGAN!" Serentak keduanya memberi amaran. Cemas dua sahabatnya yang ketinggalan di belakang. Junkyu segera keluar dari convince store untuk menghentikan langkah Jihoon.
"WOI JUNKYU! KAU CAKAP KAU NAK BAYAR!"
"Alah nanti aku bayar balik. Nyawa Jihoon lagi penting."
"Wah.... Dah agak dah ada benda akan berlaku! Nasib baik aku dah ready bawa kad aku..." Bebel si Yoshi yang ditinggal sendiri, bayar semua minuman dan snek.
Kaki Jihoon tiada hentinya bersemangat mara terus menuju si gadis misteri. Rambut bob cut, hoodie hitam, seluar baggy hitam. Pendek kata, serba hitam!
'Kalau aku buat camni tak kantoi rasanya aku sengaja kan?'
'WOI! KEJAP JANGAN BLAH DULU!' jeritan batin si Jihoon. Dengan segera Jihoon sengaja melanggar gadis misteri yang memegang satu tin soda drink yang baru hendak berlalu pergi.
SPLASH!
'Mission clear'
"Terlambat" Junkyu menepuk dahinya. Protes dengan diri sendiri yang tak sempat menahan Jihoon dari buat kerja gila.
Jihoon sedikit kebingungan. Dia sama sekali tidak faham perkataan dua makhluk di hadapannya. Mereka menggunakan bahasa asing bagi Jihoon, Bahasa Malaysia. Lantas mereka pergi meninggalkan Jihoon.
1 pek tisu basah tertinggal. Jihoon cuba menghulur kembali kepada tuannya tapi tak sempat. Laju sangat si lelaki entah dari mana datang bawa gadis itu pergi.
"Oh sh*t!" Rungut si Yoshi. Ya, dia nampak dari sebelum pertumpahan volcano soda hingga ke akhir. Dia nak membantu, tapi mesin scanner scan tak scan pulak... Belum lagi nak bayarnya...
Lama Jihoon tenung tisu basah tu. Entah apa lah difikirnya. Setapak saja dua insan tadi pergi, Junkyu sudah berada disebelahnya setelah puas merungut akan kerja gila Jihoon beberapa langkah dibelakang.
Sekali diketuknya kepala Jihoon.
"KAU DAH KENAPA BONGOK?!
"EI BUDAK NI! SIBUK JE" jawab Jihoon yang terkejut tiba² ada orang ketuk kepalanya.