Amber POV
Damai sungguh suasana di kaki pergunungan ini.Aku keluar awal pagi ini untuk meronda kawasan kampung.Kamera di tangan aku periksa terlebih dahulu sebelum menuruni tangga balkoni.Bateri dalam keadaan penuh.Lensa pun kelihatan bersih.
Sunyi sepi jalan di kampung memandangkan hari ini merupakan hari minggu.Aku menyusuri jalan berturap.Kampung ini tidak terlalu besar.Hanya satu lorong dan mempunyai rumah di kanan da kiri jalan.Rumah rumah sedehana besar dan dibina dari kayu pine berkualiti tinggi sesuai untuk cuaca lembab di kaki pergunungan.
Aku mengetik kamera beberapa kali.Bunga bunga yang tersusun di tepi jalan menawan hati.Ringan tangan ingin memetik bunga kegemaran.Dafodil berwarna kuning dan peach kelihatan mekar pada waktu pagi.Ada kawanan lebah menghampiri dafodil.
'Ketikkk!'
Aku melihat skrin kamera.Cantik sungguh ciptaan Tuhan.Langkah kembali menyusur jalan berturap.Ada jambatan dan sungai kecil.Air sungai yang mengalir menuruni bukit membentuk jeram kecil.Kiri kanan tebing sungai ditumbuhi pokok pine yang tinggi.Andainya aku berbakat untuk melukis,mungkin disini tempat yang sesuai untuk menterjemah idea di atas kanvas.
Beberapa keping gambar lagi aku ambil.Setelah berpuas hati aku berjalan kembali.Aku mula melangkah ke denai hutan.Hutan kelihatan berkabus.Bunyi burung turut riuh bersahutan.Seakan akan menyambut kedatangan aku ke hutan cantik ini.
Mengikut carian aku di google,hutan utara Transylvania menyimpan pelbagai kisah misteri.Ada beberapa kejadian yang tidak boleh dirungkai dengan logik sains.Sedang aku leka mengetik gambar, terasa ada angin menyapa dan aku melihat ada kelibat yang melintas di belakang aku dengan laju.
Aku menegakkan badan.Takkan hantu??Hantu mana ada wujud?D...d..drakula?Romania is a homeland for dracula's!
"How's the weather Amber?"
Aku menghela nafas lega.Perlahan aku memusingkan badan segera.
"Mr Emmett?"
Tegur aku perlahan.Aku masih dalam keadaan bingung.Lelaki dihadapan aku ini jauh lebih tinggi dari aku.
"Yes, the one and only Emmett.How's the weather?"
Pertanyaan ulangan dari Emmett.
"Are you serious?You're asking about the weather?"
Emmett mengurut tengkuknya. Keyakinan dalam diri terus goyah.
"Errrr yess.."
"You're oldschool.The weather is good.Welcoming.I wish I could stay here longer."
Aku melemparkan senyum kepada jejaka tampan yang berada di hadapan aku.Aku melihat penampilannya.Hanya memakai singlet nipis.Terserlah otot di lengannya.Tidak sejuk kah dia?
"Boleh kamu ambilkan gambar aku?"
Pinta aku sambil menghulurkan kamera.Emmett hanya memandang kosong kamera.
"Hhhow?"
Aku ketawa melihat Emmett mula menggarukan kepalanya.Dia memandang kehairanan kamera ditangan aku.
"Press the button silly"
Aku melangkah ke arah dua batang pokok pine yang tinggi.
"Banyak sangat butangnya.Yang mana satu.?"
Tanya Emmett lagi.Dia masih membelek belek badan kamera.
"Butang paling besar sebelah kanan."
"Owhh..ok ready? Wait! Macam mana kau boleh masuk dalam kamera ni?Wait you look small in here!"
YOU ARE READING
THE VAMPIRE OATH
VampireEmmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll. Emmett...