Bab. 6

363 15 2
                                    


'Awak tak kisah ke kalau saya percepatkan tarikh nikah kita?' Helmy bersuara setelah 5 minit mereka bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Eliza balik bersama Helmy, katanya senang nak bincang pasal perkahwinan. Aida dan Zuyyin pun mengiyakan sahaja bakal pengantin ni.

'Saya tak kisah pun. Saya boleh minta cuti nanti. Awak tu je saya risau. Kalau pihak atasan tak benarkan macam mana.'

Kata Eliza tanpa melihat Helmy. Matanya hanya mengilau ke luar tingkap.

'Pihak atasan saya tak ada masalah. Selalunya diorang yang heboh tanya saya bila nak kahwin. Sebab semua yang sebaya saya anak dah masuk dua dah. Saya je yang tak jumpa calon lagi.' Kata Helmy. Dia mencuri pandang kearah Eliza.

Cantiknya bakal isteri aku ni

'Tapi kan, saya sebenarnya takut. Lepas nikah nanti awak masuk keje, saya pun masuk keje. Macam mana kalau kita tak berjumpa selalu?'

Reaksi muka Eliza berubah. Helmy yang perasan reaksi Eliza berubah terus dia menjawab persoalan itu. Dia tahu sekarang ni Eliza berada dalam dilemma.

'Awak takut saya abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang suami ke?' Helmy bertanya supaya dia boleh explainkan dengan lebih jelas kepada Eliza.

'Bukan macam tu. Okay saya ini independent woman. Saya dah ada rumah saya dan kereta yang saya beli guna duit saya sendiri. Saya takut nanti awak terasa je.'

'Terasa yang awak ada seorang suami tapi just atas kertas sahaja. Bukan tempat awak bermanja ataupun tempat awak luahkan. And awak tak gunakan duit saya. Instead of use my money you use your own money for your things. Macam tu ke?'

Helmy memandang kearah Eliza sebelum kembali memandang jalan raya.

'Hurmmm betul la tu.' Kata Eliza perlahan.

Takut la kalau Helmy mahukan isteri yang sentiasa menyambut dia pulang selepas penat bekerja. Sedangkan Eliza waktu baliknya pun tidak tetap.

'Sayang. Ingat ini sampai bila-bila tau. Duit saya, duit awak. Duit awak, duit awak. It's okay kalau awak tak nak guna duit saya untuk beli barang because I know you tak nak bergantung pada orang lain. Awak dah biasa usahakan sendiri apa awak nak. Tapi izinkan saya jalankan tanggungjawab saya as your husband. Itu adalah tanggungjawab saya untuk berikan awak nafkah.'

'Sayang? Sabar Eliza belum halal lagi ni. Poker face Eliza.' Bisik Eliza dalam hatinya.

'Tapi macam mana kalau kita tak ada persefahaman? Awak busy dengan kerje awak dan saya busy dengan kerja saya. Lepas nikah nanti kita tak bincang lagi nak duduk mana.'

'Awak sekarang zaman teknologi. Kalau kita tak boleh jumpa kita boleh video call. Persefahaman? Itu saya tak boleh jamin la tak akan berlaku tapi saya boleh janji ia jarang berlaku.'

Helmy sedaya upaya untuk menyakinkan Eliza. Takut nak kahwin. Siapa sahaja yang tidak takut? Perkahwinan itu memang indah tapi itu juga adalah saat dimana tanggungjawab besar bakal digalas sehingga ke hujung nyawa.

'Awak saya nak minta maaf tau kalau saya tak mampu jadi isteri yg terbaik untuk awak.'

Eliza memuncungkan bibirnya dan memandang kearah Helmy. Eliza takut jika dia tak dapat berikan apa yang Helmy harapkan.

'Yang saya perlukan adalah awak menjadi isteri saya. Yang lain saya tak kisah.'

Helmy senyum kearah Eliza.

You'll also like

          

'Assalammualaikum.' Jerit Helmy sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bersama Eliza dibelakangnya.

Helmy mengajak Eliza untuk berjumpa dengan mamanya. Katanya mahu perkenalkan kepada keluarganya pula.

Tiba sahaja dihadapan rumah keluarga Helmy, Eliza terkejut dengan rumah besar didepan matanya. Sangat besar jika dibandingkan dengan rumahnya.

'Waalaikumsalam. Lah dah sampai dah Helmy.' Jawab seorang wanita yang agak berumur sedikit.

'Ehhh Mak Lang. Bila sampai?' kata Helmy.

Eliza ingat itu mama Helmy. Tetapi bukan.

'Baru juga sampai. Eh siapa dia ini Helmy?' tanya Mak Lang kepada Helmy apabila dia baru perasan ada wanita dibelakang. Helmy yang tinggi dan bahunya yang agak lebar itu membuat Eliza terlindung dari pandangan Mak Langnya.

'Mak Lang perkenalkan. Ini Eliza. Bakal isteri Helmy.' Kata Helmy dengan penuh bangga.

Eliza senyum kearah Mak Lang sebelum begerak dan berdiri di hadapan Helmy untuk bersalam tangan dengan Mak Lang.

'Ya Allah. Lawanya dia. Pandai anak buah Mak Lang pilih.' Puji Mak Lang.

'Terima kasih puji Mak Lang. Ni mana yang lain?' tanya Helmy apabila rumah itu senyap sahaja. Selalunya kalau keluarga Mak Lang ada meriah rumah ni.

'Papa ngan Pak Lang kamu ka tatas tengah berborak. Mama dengan yang lain ada dekat dapur. Mereka tengah masak. Jom lah kita ke dapur.' Ajak Mak Lang.

Helmy dan Eliza pun bergerak mengikuti belakang Mak Lang.

'Ada orang dah sampai.' Jerit Mak Lang sebaik sahaja tiba dekat dapur.

'Lah dah sampai dah dia.' Kata Suraya sebelum dia mengelap tangannya pada apron dan bergerak kearah Eliza.

'Cantiknya menantu mama.' Kata Suraya ketika menghulur tangan untuk bersalam dengan Eliza.

PRAKKKK

Bunyi kaca pecah. Mereka semua pandang kearah itu. Seorang perempuan yang lebih muda daripada Eliza kaku ditempatnya. Cawan yang dibawa berisi air terjatuh ke lantai. Matanya hanya pandang kearah Helmy.

'Kenapa ni Icha?' tanya Mak Lang kepada anak perempuannya.

Alicia yang seperti sedar terus mengalih pandangannya kepada ibunya.

'Tak ada apa-apa ibu. Tak pegang kuat.' Katanya

Sempat dia memandang kearah Helmy sebelum dia bergerak ke belakang dapur untuk ambil penyapu.

Eliza yang perasan pandangan dari Alicia itu terus memandang kearah Helmy. Helmy hanya diam.

'Ni nama apa ni?' tanya Suraya kepada Eliza sebaik sahaja mereka bersalam.

'Eliza aunty.' Jawab Eliza dengan senyum.

'Hurm tak payah panggil Aunty. Panggil mama je.'

'Urmm baik ma.' Jawab Eliza.

Alicia yang masuk semula bersama penyapu itu menjeling kearah Eliza. Namun cepat-cepat dia alihkan pandangannya ke tempat lain apabila dia sedar anak mata Helmy sedang memandangnya.

'Assalammualaikum. Irsyad is back.' Jerit Irsyad sebaik sahaja dia masuk ke dapur.

Semua mata memandang kearahnya. Sebaik Eliza pusing untuk menghadapnya, bulat mata Irsyad.

PERFECT MARRIAGEWhere stories live. Discover now