Danish membatalkan majlis pertabalannya kerana keadaan Xiong agak teruk. Pipi lelaki itu bengkak, tangan dan kaki tidak boleh bergerak. Agak teruk dia kena berlasah semalam.
"Jangan tinggalkan aku bang!! Kau satu-satunya ahli keluarga yang aku ada!" Xian menangis seperti budak kecil. Tubuh Xiong yang duduk di atas kerusi roda itu di peluk erat.
"Eii sanalah! Rimas tau tak?!" Marah Xiong. Dia kena pukul aje pun! Bukannya kena tikam!
Xian mencebikkan bibirnya, pelukan di lepaskan lalu dia duduk bersila di atas sofa. Hauraina ketawa melihat muka Xian yang seperti merajuk itu.
"Kenapa kau batalkan majlis tu bro? Teruskan aje lah" geram Xiong.
"You're more important, shit" Danish bangun daripada duduknya lalu mendekati Xiong, belakang kepala lelaki itu di ketuk dengan selamba.
Xiong meringis kesakitan, tadi cakap dia lebih penting. Ini tiba-tiba sahaja mahu pukul !
"Aku balik dulu bro, cepat sikit sihat tu" Ujar Danish dengan sinis.
Danish menarik Hauraina ke pintu keluar, pinggang isterinya di peluk erat.
Sampai sahaja di rumahnya, Danish melihat jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam bilik tidurnya, Danish melihat Hauraina sedang merenung sekeping gambar. Berkerut dahi wanita itu apabila gambar di tangannya di dekatkan sedikit ke muka. Dia jalan mendekati isterinya lalu pinggang si isteri di cuit.
"Buat apa?" Soal Danish kepada isterinya yang leka merenung gambar-gambar di atas katil.
Hauraina tersentak, dia terus menoleh memandang muka si suami lalu tersengih kambing.
"Saya tengok gambar ni, siapa ni Abang?" Soal Hauraina gambar di tangannya di berikan kepada suaminya.
Danish melihat sekeping gambar yang di hulurkan oleh isterinya. Gambar dua orang lelaki tersenyum sambil duduk di atas sebuah bangku. Permandangan belakangnya ialah pantai berlaut hijau. Sungguh cantik. Satu garis senyuman muncul di bibir Danish apabila dia melihat gambar itu. Air mata yang mengada-ngada ingin bertakung, di tahan.
"Ini Abang aku, nama dia Darwin" Terang Danish, gambar itu di ambil oleh Hauraina semula.
"Oh ! Mana dia sekarang?" Soal Hauraina ingin tahu.
Melihat Danish hanya diam, membuatkan Hauraina semakin tertanya-tanya. Tangannya menyentuh kekura tangan si suami.
"Abang.." seru Hauraina, wajah suaminya yang mendung di pandang.
Danish mengeluh perlahan, dia patut cerita tentang dirinya kepada isterinya itu. Matanya dan mata Hauraina bertemu.
"Come here" Danish membaringkan isterinya di atas ribanya. Rambut si isteri di belai sayang.
"Dia ada.. Tapi di alam lain" Danish tersenyum kecil apabila melihat mulut Hauraina terbuka sedikit.
"Darwin seorang Abang yang baik. Selepas kematian mak dan ayah aku, We only have each other" Dia Mula bercerita, tangan Hauraina di genggam erat.
"Jarak umur kami hanya dua tahun. Dia latih aku jadi seorang yang kuat, dia latih aku jadi seorang yang berani dan jangan takut menghadap apa sahaja cabaran yang datang. Tanpa dia, aku bukanlah Danish yang kau tengok sekarang" sambungnya.
Hauraina menganggukkan kepalanya. Wajahnya suaminya di pandang, Mata Danish seperti ada sesuatu yang di sembunyikan. Adakah ia dendam? Ataupun rindu?
Danish menutup matanya seketika, terasa tangan Hauraina membalas genggamannya dengan lebih erat apabila dia mula menggigil menahan sakit dan marah.
YOU ARE READING
DANISH HAIZIQ |✓
RomanceDanish Haiziq- Seorang lelaki yang ada auranya sendiri. Kacak,segak dan bergaya. Ah! Dia memang cukup sempurna. harta? uh dia memang seorang yang jutawan! Wajahnya sentiasa dingin. Senyuman? Tiada! Hidupnya hanya ada kerja kerja dan kerja. Disebalik...