Bab 10

91 5 0
                                    

Harris menggigil kesejukan di dalam penjara tahanan. Bau yang mencucuk hidung nya hanya bau darah. Dia hanya akan dibawa keluar dari penjara itu apabila diberi makan.

Sedang Harris meratapi nasibnya, pintu penjara dibuka dari luar. Arisha muncul disebalik pintu penjaranya.

" Okay? " soal Arisha tenang.

" Kenapa kau tak bunuh je aku? " soal Harris.

" Sebab aku nak mak kau gila..gila sebab hilang anak dia yang satu satunya ni.." kata Arisha tenang.

" Aku fikir aku dah jahat, tapi kau lagi jahat mengalahkan binatang! " kata Harris kasar.

" Binatang pun binatang lah. Aku nampak kau ni dah macam hampir gila..jadi aku berbaik hati nak pindahkan kau dekat lain.." kata Arisha tenang.

Harris terdiam. Dia memikirkan apa lagi nasibnya yang harus dia hadapi. Arisha seorang yang bijak dan kejam, tidak mungkin dia akan membawa orang yang telah menculik suaminya dan membuat suaminya kehilangan darah hidup aman dan damai.

Tubuh Harris dicampak kasar ke dalam satu ruangan. Di dalam ruangan tersebut mempunyai katil, tv dan pasir kucing.

" Ni kucing kau.." kata Arisha kemudian melepaskan kucing milik Harris.

" Makanan kucing akan ada yang bagi sekejap lagi. Aku gerak dulu. " kata Arisha kemudian memusingkan badannya.

" Tunggu.." kata Harris.

Langkah kaki Arisha terhenti, dia melihat semula ke arah Harris.

" Bukan kau pun nak buat aku jadi gila? " soal Harris pelik.

" Laki aku yang minta aku buat semua ni. Dia nak bersihkan nama baik dia. Kalau kau tak beri kerjasama..kau tahu apa aku boleh buat dan dia boleh buat. " kata Arisha kemudian meninggalkan Harris.

Skip.

" Isha.." panggil Faiq.

" Yes? Kau nak apa-apa ke? " soal Arisha sambil menutup laptopnya.

" Aku dah bersihkan nama aku. Wendy dah ditangkap. Harris bagitahu semuanya. Dia buat macam tu pun sebab nak dapatkan kau and dia fikir aku betul betul mati rupanya dia pun kena tipu dengan ayah si Wendy.." jelas Faiq.

Arisha hanya mengangguk sahaja. Bagaimana dengan keadaan Wendy? Semestinya hidup sengsara apabila berjaya ditangkap oleh anak buah Mr Killer.

" Kau tak nak balas lagi ke dendam kau? " soal Faiq serius.

" Belum, aku nak tengok minah tu sengsara. Aku nak pertolongan kau. " kata Arisha serius.

" Anything for you my wife. " kata Faiq sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah Arisha.

" Aku nak kau hancurkan company ni. Kau buat lah apa pun..janji aku nak tengok company ni tutup.." kata Arisha serius.

" Riki enterprises? Aku cuba buat apa yang boleh.." kata Faiq kemudian bangun dari duduknya.

" Jumpa dekat rumah..byee.." kata Arisha sambil melambai-lambai ke arah suaminya.

" Bila nak ada baby? " soal Firayz tiba-tiba.

" Bodoh bodoh je soalan pakngah ni. " bengang Arisha.

Firayz tergelak. Dia berjalan mendekati anak sedara nya itu.

" Kamu sihat? Nampak semakin kurus.." kata Firayz yang perasan wajah Arisha sedikit cengkung dari last mereka berdua berjumpa.

" Stress sikit..but is okay.. everything going well.." kata Arisha kemudian menyandar di kerusi kerja miliknya.

Mr Killer Mrs Mafia 2Where stories live. Discover now