Chapter 1 ♡

11 1 0
                                    

Kalendar di atas meja Ku capai, nombor yang dibulatkan dengan pen menandakan tarikh istimewa dan hari yang mendebarkan buat Ku di renung. Perut yang membulat itu diusap sayang , selawat dan doa sentiasa meniti di bibir agar semuanya dipermudahkan.

Tendangan kecil di dalam perut menggelikan hati si bakal ibu ,

"Hehehe...baby duduk elok-elok sikit,tak sabar yee nak jumpa ibu" tempat yang di tendang tadi diusap lembut.

Kring kringggg...

Telefon pintar berdering dengan nyaring, kaki melangkah dengan perlahan kearah bunyi deringan itu. Telefon yang berada di atas katil di capai, nama yang tertera menyimpulkan senyuman diwajah ku,

' Bie ♡ '

Panggilan segera di angkat dan terdengar lah suara garau si pemanggil,

"Assalamualaikum sayang~" suara manja si suami mencetuskan tawa di bibir ku.

"Iya abang...kenapa ni ? Baru pergi kerja tadi dah rindu kita kee~" usikan di selit untuk Encik suami.

"Ehh tak de lah abang call ni sebab rindu kucing abang tu,sayang dah bagi makan ke belum? Kesian diorang mesti rindu abang kan?.." mata ku di julingkan ke atas apabila si suami pula mengusik mak Buyung sorang ni.

"Ishh abang ni ! dah lah sayang tutup kang..." Jari berura-ura untuk menekan butang merah tapi laju si suami memujuk,

"Ehhh yanggg jangan lah ... abang gurau je, mesti lah abang rindu mak buyung comel abang nii..." bunyi rengekan si suami menyimpulkan senyuman diwajah ku. Hati terus berbunga balik.

"Ermm ye lah...abang nanti nak balik tolong belikan donut dan air cendol dekat gerai makcik Imah tu ye, baby dalam perut yang nak tauu bukan sayang.." pesan ku kepada si Suami. Encik suami di talian sudah gelak sakan.

"Hahaha..ye sayang nanti abang beli kan,nak pesan apa-apa lagi ke?" Tanya si pemanggil.

Dagu di sentuh ala - ala gaya berfikir, setelah berfikir sejenak jawapan ini yang diutarakan.

"Itu je bang, nanti kalau sayang mengidam apa-apa lagi sayang call Okey!" Jawapan selamat di beri kepada encik suami. Mengidam-mengidam juga ,tapi berjimat itu perlu.

"Baik sayang ~, anak Abby duduk elok-elok dalam perut ibu tu ye jangan nakal-nakal! Kesian ibu penat... okeylah sayang abang off dulu ye Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam " butang merah ditekan bagi menamatkan panggilan telefon .Tubuh didudukkan di atas katil kerana penat berdiri ,minyak angin di atas almari kecil di capai untuk mengurut kaki yang lenguh.

Ting !

Satu pesanan whatsapp masuk menghentikan segala pergerakan ku, nama si pengirim di lihat dan terus tanganku laju mencapai telefon pintar yang dibuang tadi.

[ G. Bestie ✨ ]

- Assalamualaikum semua, jangan lupa datang majlis kawin saya esok yee -

-waalaikumussalam -

- waalaikumussalam -
-okey boss-

- waalaikumussalam -
-beres-

-ehhh esok dah ke kau nak kawin Peahh?-

-iye esok lah, kau datang tak nanti Jenab-

- mesti lah aku pii ! Lama dah aku duk tunggu nasi minyak dia ni tauuu -

-ahahahaa-

- mana mak buyung kita ni senyap jee...mak buyung sempat tak kau nak makan nasi minyak aku ni? Ke tarikh due kau esok? -

- ehh belum lagi,due baby keluar 2minggu lagi
esok insyaallah aku pergi-

-ok beress-

-uishh dia dah nak dapat baby !!-

- omo-omo nanti kita semua jadi makcik dah wehh-

:

Tawaku pecah apabila membaca pesanan daripada group Bestie, kini masing-masing sudah menjalani kehidupan dengan kerjaya masing-masing .

Kadangkala kami semua akan keluar membeli belah bersama, tapi tidak sekerap dulu kerana semua sibuk dengan kerjaya sendiri.

Perut di usap - usap apabila terasa tendangan si kecil, jam di dinding di kerling seketika ' 10.32 a.m '.

"Dah pukul 10 rupanya..ermm hari ni nak masak apa ye ? Baby nak makan apa hari ni? Ayam masak merah? Gulai kepala ikan? Meggi..." Terus si kecil menendang dari dalam apabila si ibu menyebut perkataan ' meggi '.

"Aippp tak bolehlah anak ibu...nanti abby marah kita, ermm apa kata kita masak nasi lemak kerang hari ni nak tak?"

Tangan di lekatkan ke atas perut menunggu respon si kecil,apabila si kecil menendang terus si ibu tersenyum dan melangkah ke luar daripada bilik dan menuju ke dapur.

.
.
.

Sekolah kebangsaan Taman Sri,

[Bilik guru lelaki]

Bilik yang tertutup kemas di buka dengan perlahan, seorang guru yang segak masuk bersama sebatang rotan dan beberapa buah buku di tangan.

"Assalamualaikum" suara garau itu memberi salam ,guru yang duduk berdekatan dengan pintu menjawab salam itu berserta senyuman.

"Waalaikumussalam wbt, aihh cikgu nampak penat betul hari ni kenapa?" Tanya rakan sekerjanya.

"Tak de apa.." jawapan ringkas di berikan sebelum kaki melangkah ke arah meja kerjanya. Manakala guru yang bertanya tadi hanya mengangguk faham, sama sekali tidak mengambil hati kerana sudah terbiasa dengan gelagat guru yang pendiam itu.

Setelah sampai di meja yang tertera namanya terus kerusi diduduki,tubuh direhatkan bagi menghilangkan penatnya. Bingkai gambar yang tersusun kemas di ambil dengan berhati-hati,di dalam bingkai gambar itu kelihatan seorang wanita yang tersenyum manis bersama seekor kucing ditangannya.

Terbit senyuman diwajah kacak itu tanpa tuan badannya sedar, gambar si isteri di usap lembut semakin menebal rindunya kepada wanita yang menawan hatinya ini. Jam di dinding di lihat [ 1.20 p.m.] masih ada 30 minit sebelum waktu persekolahan tamat. Guru lelaki itu menglonglaikan tangannya apabila terasa masa bergerak dengan perlahan.

Dia sudah rindu dengan belaian si isterinya di rumah, bayangan si isteri berjalan macam penguin bersama perut yang memboyot itu sentiasa bermain di fikirannya.

"My angel, i miss your love so much " bisiknya perlahan.

My Love, Cik Isteri♡Where stories live. Discover now