𝟏𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

6.9K 265 8
                                    

TAMAT sahaja kertas terakhir, Nadra keluar daripada dewan peperiksaan dengan keluhan berat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAMAT sahaja kertas terakhir, Nadra keluar daripada dewan peperiksaan dengan keluhan berat. Bebas! Slip peperiksaan Nadra hanya lipat dan dimasukkan ke dalam totebag.

Balik ni boleh buang!

1 sem sahaja tinggal sebelum intern.

Nadra duduk ditangga luar dewan, menunggu Aisya yang masih berperang di dalam.

Alhamdulillah semua Nadra boleh jawab tadi. Tapi Aisya ni jenis tulis lambat, jadi dia kena lah tunggu sahabatnya yang seorang tu.

Lagipun harini Aisya mengajak satu kelas untuk pergi ke Toppen. Katanya nak sambut habis final! Setiap sem memang buat.

"Nad!" Sapa Aisya sambil berlari ke arah Nadra yang sedang bermain dengan iPhone miliknya.

Nadra mengangkat kening, memerhati Aisya yang sedang berlari ke arahnya.

Suka sangat lari Aisya tu. Tak puas lagi agaknya jatuh tahun lepas. Sampai berdarah mulut.

"Okay tak tadi?" Soal Nadra sebaik sahaja Aisya mengambil tempat duduk di sebelah Nadra.

"Senang weh! Punya lah menggigil aku nak buka kertas tadi, nasib baik senang! Tak sia - sia kita belajar sesama semalam!" Ceria sahaja suara Aisya.

Nadra hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil tertawa kecil.

"Alhamdulillah..." Balas Nadra.

"Nadra?" Panggilan itu membuatkan Nadra mengangkat kepala, matanya memandang ke arah Rayyan yang sedang berdiri di hadapannya.

"Sir?" Balas Nadra.

Aisya yang berada di sebelah Nadra hanya tersenyum nipis pada Rayyan.

"How's your last paper?" Soal Rayyan, mata langsung tak memandang Aisya yang disebelah tetapi sibuk memandang Nadra yang cantik itu.

"Okay je... Senang..."

Maklumlah, kertas terakhir ni adalah subjek yang Rayyan mengajar. Sebab itu lah jejaka tu bertanya.

"Aisya? Okay tak?" Rayyan soal, tak nak nampak macam dia kesah dengan Nadra seorang sahaja. Dia sebagai pensyarah ambil kesah tentang semua pelajarnya walaupun dia lebihkan Nadra.

"Senang Sir!" Suara Aisya yang ceria itu tak hilang lagi.

Nadra tertawa kecil melihat Aisya yang begitu ceria.

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Where stories live. Discover now