Penghargaan

1.1K 34 1
                                    

Assalamualaikum WBT...

Cerita ini adalah cerita pengenalan kami dari HERAEVARA. Untuk pengetahuan umum, pemilik dari HERAEVARA adalah dua orang sahabat baik yang mempunyai minat yang sama tapi malu untuk dikembang ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi disinilah tempat yang sesuai untuk kami menyebarkan apa yang kami minat menerusi cerita pertama kami.

Seperti yang korang sedia maklum, HERAEVARA ada dua wanita jadi saya kenalkan diri saya sebagai May. Saya disini berfungsi sebagai penulis utama dimana seluruh cerita akan ditulis penuh oleh saya dan dibantu oleh sahabat saya. Saya harap, korang semua dapat menikmati hasil air tangan kami berdua dan jangan malu untuk mengkritik jika kami melakukan kesilapan.

Seterusnya, saya akan kenalkan sahabat saya iaitu Zya. Dia akan menjadi penulis kedua dimana dia akan menapis segala tatabahasa dan penggunaan kata di setiap bab yang bakal saya kemaskini. Selain itu, dia akan banyak menyumbang dari segi media di TikTok dan Instagram serta kemungkinan gambaran watak-watak yang akan datang. Harapan Zya untuk cerita ini adalah "this story ni based on true story..so I hope readers dpt bnyk pengajaran..enjoy the story..n jadikan watak humaira sebagai motivate u guys utk jdi lebih baik"

Sekian, terima kasih.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now