"Aku nak masuk dalam kejap." Ujar Humaira kepada Layla. Layla yang sedang fokus dengan telefonnya hanya mengangguk. Dia bersandar pada dinding sambil matanya kusyuk memandang telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia merasakan ada satu susuk mendekati dirinya. Layla angkat kepala. Dia terkedu seketika.
Maria!
Layla pandang sekeliling. Matanya meliar mencari sosok Hanis dan jumpa! Sempat dia melihat Humaira di dalam yang masih ralit membeli belah.
"Lay, kau buat apa dekat sini?" Soal Maria. Gadis itu tersenyum.
Layla menggaru kepalanya sebelum tersenyum kekok.
"Cari baju konvo. Kau buat apa pula dekat sini?" Soal Layla. Matanya masih liar. Risau tiba-tiba ada Hanis.
"Aku teman Hanis cari hadiah untuk Luqman." Jawab Maria kekok.
Layla tersenyum sinis dan hanya mengangguk.
"Aira mana?" Soal Maria yang cuba hilangkan rasa canggung sekarang. Disebabkan Hanis, pertemanan mereka hampir musnah. Dia sendiri juga baru tahu yang Hanis dah rampas Luqman daripada Humaira. Dia sendiri tidak tahu mahu membela siapa kerana dua-dua adalah kawannya.
Memandangkan dia lebih lama kenal dengan Hanis berbanding Humaira dan mereka pun masih belajar di tempat yang sama, jadi Maria tiada pilihan selain berada di pihak Hanis walaupun dia sedar dia di pihak yang salah tapi dia hanya membutakan matanya.
Layla menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum tersenyum paksa.
"Aira dekat dalam tapi aku tak benarkan korang jumpa dia. I'm sorry, Mar but she's not in good condition. Cukuplah luka yang korang dah buat dekat dia, tolong jangan tambah lagi derita dia." Ujar Layla sedikit dingin.
Maria mengangguk perlahan sebelum tersenyum kelat. Dia faham apa maksud Layla.
"Tak apalah. Kalau boleh jaga lah Humaira elok-elok. She deserves to be happy with someone else." Ujar Maria.
Layla mengangguk sahaja. Setelah itu Maria pon beransur meninggalkan Layla. Layla memandang kosong langkah Maria dan dia memandang Humaira yang berada di dalam kedai sebelum menghela nafas.
'Kenapalah sebab lelaki bebal macamtu persahabatan kita yang musnah! Apa benda yang korang nampak dekat mamat tu! Muka hauk! Perangai lagilah hauk! Harta? Takyah citerlah sadis!' Sempat Layla mengutuk Luqman dalam hati."Mesti kau menyesalkan kenalkan Luqman dekat kitorang?" bisik Layla sendiri. Dia menggeleng kepalanya apabila dia sendiri sedar inilah realiti dunia yang sebenar, kejam dan menakutkan! Manusia lagi jahat dari setan!
Dia tak alami sendiri semua ini tapi orang-orang terdekatnya yang merasakan benda yang sama. Ziyad mahupun Humaira, diorang berhak bahagia selepas banyak pengkhianatan yang mereka terima. Ziyad dah jumpa pengganti tapi Humaira? Mampu ke dia buka hati lagi?
🎀🎀🎀
Humaira tersenyum puas apabila dia sudah berjaya selesaikan Istiadat Konvokesyen di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dengan bertemankan kedua ibu bapanya tadi. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan hanya dia sahaja yang berjaya ke menara gading sedangkan abang dan kakaknya lebih memilih untuk bekerja dan menyara keluarga.
"Tahniah anak ayah!" Encik Hamdan memeluk anak bongsunya itu. Humaira juga membalas pelukan ayahnya itu sebelum beralih kepada Puan Aisyah yang sedang memegang sejambak bunga.
"Ini untuk anak mama." Puan Aisyah menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepada anak bongsunya itu. Humaira menyambut dengan senyuman lebar sebelum memeluk Puan Aisyah dengan erat.
YOU ARE READING
𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUS
RomanceStart: 15 Jan 2024 End: Humaira Zulaikha, si gadis periang dan bersifat manja. Separuh hidupnya diisi dengan kehadiran seorang lelaki berkulit tan yang menemani hidup Humaira siang dan malam sepanjang gadis itu belajar di sebuah universiti. Untungn...