Bab 5

291 16 2
                                    

"Abang nak balik Johor!" Ujar Luqman. Humaira memandang Luqman dengan riak wajah yang tidak percaya. Kata lelaki itu seminggu yang lepas yang dia mahu menemani Humaira di kolej ketika Layla tiada tapi tiba-tiba dia buat keputusan nak balik pula.

"Bila?" Celah Layla. Layla masih belum pulang kerana Ziyad janji mahu menjemputnya selepas zohor. Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Mereka bertiga baru tamat kelas terakhir untuk sem terakhir pada hari yang mulia iaitu hari jumaat dan mereka terserempak ketika mahu turun menggunakan lift.

"Esok!" Balas Luqman tegas.

Layla mengerutkan kening.

"Bukan kau kata nak teman Aira ke?" Soal Layla yang sudah ingin naik angin.

"Takpelah. Abang baliklah. Aira dah biasa duduk sorang-sorang." Balas Humaira lalu tersenyum kelat. Nampak sangat Humaira cuba menghalang Layla daripada bertanya banyak soalan.

Layla menjeling Luqman. Dia memandang telefonnya apabila bunyi notifikasi. Dia pula menghela nafas. Layla menghabiskan nasi goreng miliknya sebelum menyedut air teh ais.

"Ziyad dah on the way. Aku naik ambil bagasi tau." Ujar Layla.

"Dah nak balik ke?" Soal Humaira yang sudah beriak sedih.

Layla angguk. Dia bangun untuk membuang bekas makanan miliknya dan membasuh tangan. Setelah itu dia mencapai tote bag dan telefon pintar miliknya dan bergegas meninggalkan dua manusia disitu.

Luqman pandang Humaira yang berdiam diri. Nampak gadis itu hampir menitiskan air mata. Tiba-tiba hatinya terdetik rasa kasihan pada kekasihnya itu.

"Abang balik sekejap je. Abang balik nak repair phone je." Pujuk Luqman.

Humaira angguk perlahan. Dia tahu telefon lelaki itu rosak semalam. Tapi dekat Melaka ni banyak je tempat nak baiki telefon kenapa perlu nak balik Johor?

"Berapa hari?" Soal Humaira perlahan.

Luqman berfikir.

"Mungkin tiga hingga empat hari." Balas Luqman.

"Ala lamanya." Rungut Humaira.

"Sekejap je. Abang balik lepas tu repair phone lepas tu balik sini balik." Ujar Luqman lalu tersengih. Humaira memuncungkan bibirnya.

Hampir terpujuk.

"Nanti macam mana kita nak chat?" Soal Humaira.

"Pakai telefon ibu lah." Balas Luqman.

Humaira mengerutkan keningnya sebelum mengeluarkan tablet yang digunakan sebagai alat untuk belajar dan diberikan kepada Luqman.

"Abang gunalah tab Aira." Luqman pandang wajah Humaira dan terus pandang tab milik Humaira.

"Ambillah. Tak payahlah guna telefon ibu." Ujar Humaira. Luqman akhirnya mengambil tab tersebut.

"Terima kasih manja abang." Ujar Luqman.

Humaira tersenyum manis. Di saat itu kereta yang sama yang dinaiki oleh kekasih Layla memarkir di hadapan medan selera. Humaira mencapai telefonnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Layla.

"Laki Lay dah sampai." Ujar Humaira lalu bibirnya tersebik lagi sekali. Dan saat itu Luqman terus memusingkan tubuhnya memandang tempat yang sama. Ada dua lelaki yang sedang bersandar pada kereta tersebut. Ada seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya.

Tak!

Luqman pusing pandang Humaira yang menunduk kepalanya.

Lelaki itu melambai ke arah Humaira!

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now