Bab 6

295 14 0
                                    

Ziyad yang sedang memandu kereta sesekali menjeling Fawwaz yang hanya diam dan hanya bercakap apabila ditanya soalan sahaja itupun sepatah sahaja dia menjawabnya.

"Woi! Waz kau okay tak?" Soal Ziyad sesekali mengerling ke arah Fawwaz di sebelah. Mereka sudah menukar pemandu setelah Fawwaz memandu melebihi had laju.

"Daripada tadi aku tengok kau banyak termenung je dari awal kita gerak lagi, aku dengan Layla je banyak borak, kau fikir apa? kalau ada masalah bagitau jangan pendam." Sambung Ziyad lagi.

Terhinjut bahu Fawwaz apabila disergah begitu oleh sepupunya. Dia menjeling sepupunya dengan kening yang berkerut.

"Kau ni, memang tak boleh cakap elok-elok ke? Aku kat sebelah kau je pun bukan duduk jauh sebatu yang kau nak jerit bagai! Dah puas hidup gamaknya buah hati kau ni Cik pari-pari?!" Fawwaz menjeling Layla melalui cermin pandang belakang kereta tersebut.

Layla yang daripada tadi hanya memerhati mereka berdua di kerusi penumpang belakang memandang sekilas Fawwaz apabila namanya di seru dan hanya menggelengkan kepalanya. Haih, asyik bergaduh jelah dua ekor beruk ni. Layla memandang Fawwaz dengan pelik, dia pun turut perasan yang Fawwaz banyak termenung selepas bertemu dengan Humaira dan Luqman tengah hari tadi.

Apalah yang ada dalam fikiran lelaki tersebut.

Ziyad hanya ketawa kecil apabila dimarahi Fawwaz. Dia sengaja buat macam tu nak bagi Si Mawas ni buka mulut, kalau tak sampai kesudah diam je mamat tu. Entah apa yang difikirkannya.

"Ada mulut rupanya ingatkan tak ada, daripada tadi aku tanya kau jawab sepatah-sepatah je" Fawwaz menjeling Ziyad yang hanya tersengih tanpa rasa bersalah.

"Kau kenapa?" Tanya Ziyad. Fawwaz memandang luar tingkap

"Tak adalah aku rasa macam ada yang tak kena je dengan boyfriend cik kepunyaan orang tu. Apa nama dia tadi, Luqman eh? Dia macam tak puas hati je bila nampak kita tadi. Kau tak perasan ke cara pandangan dia macam mana?". Macam ada yang tak kena dengan mamat tu. Ada sesuatu jadi ke? Teka Fawwaz dalam hati.

Fawwaz seorang yang mahir membaca air muka seseorang atau fikiran seseorang. Dia seorang yang teliti dalam setiap perkara. Ziyad memandang Fawwaz seketika dan kembali fokus kepada pemanduannya.

"Aku pun perasan, tapi lantak dialah! Yang kau nak risaukan sangat ni kenapa? Dia itu boyfriend Humaira bukannya kau!". Balas Ziyad dengan selamba.

Layla dibelakang mengangguk tanda setuju apa yang diberitahu Ziyad itu.

"Aku bukan apa, aku risaukan cik kepunyaan orang tu je. Kutlah Luqman tu lepas amarah pada dia ke? lelaki tu pun, aku tengok macam baran semacam je." Ujar Fawwaz.

"Pulak? Dah lain kau ni!"

"Cik pari-pari, kawan awak tu okay je kan dengan buah hati dia? Ada apa-apa jadi ke?". Layla memandang Fawwaz dengan riak terkejut. Setiap yang berlaku dalam hubungan Humaira dan Luqman, dia tidak ambil kisah sangat. Bukan apa, dia tak naklah menampakkan yang dirinya terlampau beria mengambil endah walaupun kadangkala dia kasihan tengok Humaira.

"Hah? Emm..oo..okay je kot. Saya tak tahu sangat sebab Aira tak ada cerita apa-apa pun". Layla tersenyum kelat. Dia pun risaukan Humaira tapi selagi Humaira masih dalam kawalan dia tidak akan melakukan apa-apa.

Fawwaz memandang Layla pelik. Dia tahu ada yang tak kena tapi dia mendiamkan diri sahaja dan hanya mengangguk kepada Layla.

Ziyad berkerut kening.

"Sejak bila kau ambil berat pasal perempuan ni Fawwaz?". Fawwaz yang mendengar soalan sepupunya hanya berlagak biasa walaupun sekarang ini suasana hatinya sangat tidak tenang.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now