Bab 8

311 19 0
                                    

Aku balik esok.
Kau balik bila?

Humaira membaca pesanan dari Layla setelah dia selesai mandi.

Sama.

Setelah dia selesai membalas pesanan dari Layla dia terus menyarung tudung dan keluar dari bilik. Tempat pertama yang dia tuju adalah dapur. Nampak kelibat Makcik Julia dan Luqman yang sedang menjamu sarapan.

"Lama betul Aira mandi?" Soal Makcik Julia.

Humaira hanya memberi senyuman. Dia mengelak untuk memandang Luqman yang  sedang memerhatikan dirinya.

"Mari makan." Ajak Luqman. Humaira terdiam seketika sebelum mengambil pinggan dan melabuhkan duduknya disebelah makcik Julia. Makcik Julia meletakkan bihun goreng ke dalam pinggan Humaira dan Humaira hanya diam menyuap makanan tersebut ke dalam mulut. Bukan dia tak tahu yang Luqman memerhatikan dirinya dari tadi.

"Makcik gi depan dulu ya." Akhirnya Makcik Julia bangkit dan meninggalkan ruang dapur.

Humaira masih meneruskan makan tanpa menghiraukan lelaki didepannya itu.

"Abang nak cakap pasal semalam." Humaira berhenti mengunyah.

Dia pandang Luqman sekejap sebelum meneruskan suapan.

"Dengar tak?" Soal Luqman apabila melihat Humaira macam tidak mahu melayan dirinya.

Akhirnya Humaira berhenti mengunyah. Dia panjang Luqman seketika sebelum mengangguk.

"Kalau Aira nak balik dengan abang, Aira kena bagi abang keluar dengan Rizal."

Aira bangkit dari kerusi. Dia memegang pinggannya itu dan memandang Luqman.

"Abang buatlah apa abang nak buat. Aira tak kisah." Balas Humaira lalu menuju ke singki untuk membasuh pinggan tersebut. Setelah itu dia keluar dari ruang makan dan menuju ke ruang tamu.

"Aira, tolonglah faham!" Baru sahaja Humaira ingin duduk suara Luqman bergema.

Luqman menghalang Humaira untuk duduk di sofa. Dia berdiri di hadapan Humaira. Humaira yang rendah itu terpaksa nengangkat kepala untuk memandang wajah Luqman.

"Abang, Aira minta maaf. Abang buatlah apa abang nak buat. Aira penat." Ujar Humaira. Dia malas nak bertengkar dengan Luqman.

"Sekejap je Aira. Nanti abang belikan apa-apa untuk Aira okey." Luqman cuba memujuk. Humaira pandang Luqman sebelum tersenyum kecil.

"Yelah." Dan Humaira masih lagi mengalah.

"Abang janji tau!"

"Ya, abang janji abang pergi sekejap je." Ujar Luqman dengan senyum lebar.

Humaira terus tersengih memandang Luqman lalu dia melabuhkan duduk di sofa. Mereka berdua mula bergelak ketawa seperti tidak pernah berlaku masalah antara mereka.

🔹🔹🔹

"Layla, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?" Soal Fawwaz. Layla yang sedang meneguk air mineral itu memandang Fawwaz. Ziyad ke tandas sekejap dan tinggallah Fawwaz dan Layla di bangku.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now