Bab 9

293 22 2
                                    

Seminggu Kemudian...

"Cepatlah Layla Arisha!" Humaira sudah mula membebel. Mereka mahu dinner selepas selesai paper pertama hari ni. Walaupun begitu Layla masih ada paper untuk subjek ulangan esok. Itulah yang menyebabkan Layla lambat.

Alasan!

Padahal gadis itu sibuk menelefon kekasihnya. Nak pergi makan pasti Ziyad selalu menelefon Layla. Sakit pula hati kita.

"Kejaplah! Aku rasa aku tertinggal purse dekat dalam!" Layla yang sudah menyarung selipar terus melepaskan kembali dan masuk ke dalam bilik.

Humaira sudah hilang sabar. Dalam masa yang sama, Hanis yang menghuni di bilik tingkat atas mendekati mereka.

"Mana Lay?" Soal Hanis.

"Ambil purse. Maria dah turun ke?" Soal Humaira kepada Hanis. Hanis mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka bukanlah satu rumah mahupun satu bilik. Maria tinggal di blok yang berbeza jadi hanya di medan selera sahaja mereka boleh melepak bersama.

"Layla cepatlah!" Humaira panggil lagi. Terus sahaja Layla keluar dari rumah tersebut. Dia tersenyum lebar memandang Hanis yang juga berada di situ.

"Awal."

"Kau yang lambat!" Balas Humaira.

"Aku lambat sebab tutup tingkap. Nanti air hujan masuk kena laptop aku." Bebel Layla pula. Sewaktu dia mahu mengambil dompetnya, dia melihat awan sudah mula kelabu jadi dia buat keputusan untuk menutup tingkap agar tidak terkena tempias air hujan.

Sebelum ini sudah terjadi kerana terlalu asyik lepak di medan selera sehinggakan masuk waktu maghrib baru reti untuk pulang ke bilik. Dan benda pertama yang dia nampak adalah laptopnya terkena tempias air hujan. Nasib tak rosak!

"Cepatlah! Luqman dah bebel tu." Ujar Humaira.

"Yelah!" Humaira memulakan langkah dengan laju. Dia tak boleh biarkan Layla dan Hanis mendahului sebab mereka berdua sangat lembab berjalan. Bukan setakat berjalan, semua kerjalah lambat!

"Kau dah study Bab tujuh?" Soal Hanis kepada Layla.

"Time Series kan?"

Hanis angguk.

"Dah tapi aku tak pasti lah apa yang aku boleh jawab ke tak esok." Balas Layla.

"Boleh. Madam Hana cakap kau perlu lagi 10 markah je untuk lulus." Ujar Hanis.

Layla mengangguk faham. Entahlah dia sendiri tak ambil kisah sangat. Asalkan dia tak extend sem untuk satu subjek pon dia dah bersyukur banyak dah.

"Nak dekat setengah jam aku tunggu dekat sini!" Suara Maria terdengar di telinga.

"Tunggu si Layla lah yang lambat." Balas Humaira. Maria mula berjalan di sebelah Humaira dan diikuti Layla dan Hanis.

Tidak sampai lima minit, mereka sudah tiba di medan selera. Benda pertama yang mereka lakukan adalah mencari kelibat Luqman. Apabila nampak, terus sahaja mereka menuju ke arah lelaki tersebut.

"Abang!" Tegur Humaira.

"Lambat!"

"Layla lah yang lambat." Balas Hanis dan Humaira serentak. Setelah itu mereka ketawa. Humaira mengambil tempat di sebelah Luqman manakala Hanis mengambil tempat dihadapan Luqman dan disebelah Hanis adalah Layla dan juga Maria.

"Kedai apa yang buka?" Soal Humaira.

"Kedai mak cik Kiah dengan mak cik Siti." Jawab Luqman. Walaupun sebenarnya mereka sudah tahu tapi sengaja nak berbual.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now