Bab 10

332 18 0
                                    

Sekarang ini mereka sudah berada di dalam kereta yang dipandu oleh Luqman. Disebelah Luqman pastilah si Humaira manakala di tempat duduk belakang ada Maria yang duduk di tepi tingkap di sebelah kiri manakala Hanis di tepi tingkap sebelah kanan dan tubuh Layla diapit oleh Maria dan Hanis. Selama dalam perjalanan yang mengambil masa tiga jam 44 minit dari universiti ke Lata Kinjang, semua masih bersemangat mendengar lagu dan berbual. Jika Humaira dan Luqman mula bertengkar pasti ada salah seorang yang duduk di belakang menghalang untuk terus bergaduh.

Selepas seminggu berbincang untuk ke lokasi mana akhirnya Lata Kinjang yang menjadi pilihan. Itupun setelah beberapa kali menukar lokasi dan beberapa kali Luqman dan Humaira bertikam lidah. Akhirnya apabila semua sudah sebulat suara, selepas sahaja habis peperiksaan kertas kedua, terus mereka packing baju dan beberapa barang penting manakala Luqman mengambil kereta yang disewa dengan salah seorang senior yang melakukan sewaan kereta untuk pelajar dan ditanggung penuh oleh Luqman atas dasar minta maaf di atas peristiwa Genting Highland tempoh hari.

Tepat pukul 11 pagi, mereka tiba di Lata Kinjang. Pengunjung makin ramai kerana cuaca hari itu agak panas. Luqman dan Humaira mengisi masa bersama manakala Layla, Hanis dan Maria mengisi masa mereka bersama.

"Jom pergi dekat sana?" Ajak Maria. Mereka bersetuju dan mula berjalan menuju ke tempat yang cetek dan banyak batu besar. Dan ketika itu tubuh Hanis bagaikan tidak stabil sebelum disambut oleh Luqman. Maria dan Layla tidak sedar apa yang sudah berlaku.

Humaira memandang Luqman sebelum memandang Hanis. Dia menolong Hanis agar berdiri dengan stabil sebelum memegang Hanis dan berjalan bersama berdua mengikuti Maria dan Layla yang sudah menjauh ke depan.

Setelah itu Hanis melepaskan pegangan Luqman dan berjalan sedikit cepat mengikuti Layla dan Maria.

"Hanis nak terjatuh kan." Bisik Luqman kepada Humaira. Humaira hanya mengangguk. Dia tak cakap apa-apa pun mengenai Luqman menolong Humaira. Jika Layla mahupun Maria yang berada di tempat Hanis tadi mungkin Luqman juga akan buat benda sama.

Tapi malangnya tidak. Ketika beg Maria jatuh dari bonet kereta ketika Luqman mahu mengambil barang, sedikit pon Luqman tidak mengangkat. Layla yang baru tiba di kereta yang mengangkat sambil membebel kepada Luqman.

"Dah lah jatuhkan pastu tak nak angkat!" Bebel Layla lalu membawa beg Maria dan diberikan kepada Maria.

"Luq jatuhkan beg kau!" Ujar Layla kuat kepada Maria.

"Banganglah si Luq tu!" Ujar Maria. Hanis yang mendengar hanya buat biasa.

Mereka mula beransur ke tempat untuk menukar pakaian apabila hujan menuruni dengan lebat sehinggakan air menjadi semakin deras dan dua orang lelaki yang merupakan penjaga tempat tersebut menghalang sesiapa untuk mandi.

Humaira dan Layla siap lebih cepat berbanding Maria dan Hanis. Tidak pelik jika Hanis yang lambat tapi agak pelik jika Layla yang cepat. Setelah mengeringkan rambut dan memakai tudung, Humaira dan Layla mendahului langkah menuju ke kereta. Kereta diparkir agak jauh dan hujan semakin lebat. Humaira nampak Luqman sudah berada di dalam kereta.

"Aku nak chat Luq suruh ambil kita dekat sini." Ujar Humaira.

Layla hanya mengangguk.

Humaira menghela nafas sebelum berlari menuju ke tempat kereta. Tak kisahlah basah ke tak asalkan dia dapat masuk kereta sekarang.

"Abang tak balas pon chat Aira!" Terus sahaja Humaira menghamburkan amarah kepada Luqman.

Layla yang berada di belakang hanya buat pekak sahaja. Dah biasa mendengar Luqman dan Humaira bertikam lidah. Setiap kali mereka bertikam lidah, setiap kali itu jugalah Layla menjadi seketul batu.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now