Bab 11

206 12 2
                                    

"Nanti lepas kitorang dua dapat kerja, kitorang datanglah melawat korang dekat sini." Ujar Humaira kepada Hanis dan Maria.

Layla mengangguk setuju. Humaira dan Layla membuat keputusan untuk bekerja dahulu sementara mengambil lesen dan manakala Maria dan Hanis membuat keputusan untuk sambung lagi ke peringkat Ijazah. Kemungkinan besar untuk sambung di universiti yang sama sangatlah tinggi dan Hanis dan Maria pon berharap begitu juga.

Luqman juga sama membuat keputusan untuk bekerja dahulu untuk membalas jasa ibu dan abahnya. Setelah itu menyediakan rumah dan kereta untuk ibu dan abahnya dan juga untuk bakal isterinya nanti. Walaupun mengambil masa yang lama tapi Humaira akan tetap sabar menunggu Luqman mendapatkan apa yang dia mahukan.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah tapi selagi niat masih betul, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan Luqman untuk menghalalkan dirinya.

"Korang jangan lupakan kitorang pulak!" Pesan Hanis.

"Takde maknanya! Takut korang yang lupakan kitorang." Balas Layla pula.

"Nanti Lay kahwin jemputlah. Aku sanggup tau drive ke Selangor." Ujar Maria.

Layla mengangguk.

Dia hanya menunggu masa untuk dipinang sahaja.

"Ya nanti aku sponsor homestay untuk korang!" Ujar Layla.

Hanis mengangkat ibu jari miliknya.

"Kau pun sama Aira! Nanti kahwin jemputlah kitorang." Ujar Hanis.

"Lambat lagi. Luqman kata dia nak kerja dulu." Balas Humaira selamba.

Dia pon tidaklah mengharapkan untuk menamatkan zaman bujangnya terlalu awal seperti Layla. Teman lelaki Layla sudah bekerjaya dan mempunyai asetnya sendiri dan Layla boleh goyang kaki apabila sudah berkahwin tapi tidak untuk dirinya dan Luqman.

Luqman memerlukan masa yang banyak untuk stabilkan kewangan sebelum menghalalkan Humaira.

"Kau tak takut jadi apa-apa ke?" Soal Hanis tiba-tiba. Dia tersenyum sinis. Maria dan Layla memandang Hanis dengan pelik sedangkan Humaira hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum nipis.

" Aku percayakan Luqman, kalau terjadi apa-apa anggap je lah tiada jodoh." Balas Humaira.

Layla dan Maria mengangguk faham.

Hanis matikan senyumannya sebelum menyedut air coklat miliknya. Cuba beriak selamba.

"Janji eh, kita kawan sampai syurga?" Ujar Maria.

Humaira dan Layla mengangguk. Hanis yang perasan Maria memandang dirinya turut mengangguk dan tersenyum lebar.

Setelah itu mereka mengambil gambar berempat bersama dan barulah mereka berpeluk antara satu sama lain.

Berakhirnya hari ini maka berakhirlah zaman universiti mereka. Layla dan Humaira akan pulang ke negeri asal untuk bekerja. Begitu juga Luqman yang akan pulang ke negeri asalnya untuk bekerja manakala Hanis dan Maria akan meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas cuti semester.

🔹🔹🔹

"Jaga diri! Nanti kita jumpa dekat Selangor!" Ucap Layla kepada Humaira yang sedang mengelap air matanya di samping Luqman. Humaira akan pulang keesokan harinya kerana Luqman mengajak dia untuk mengisi masa sebelum mereka berpisah sementara waktu.

"Ya! Kau tu jaga diri! Apa-apa bagitahu aku!" Pesan Humaira.

Layla mengangguk sebelum tersenyum lebar. Dia melambaikan tangannya kepada Humaira dan Luqman sebelum kereta yang dinaiki Layla menderu meninggalkan perkarangan parkir kereta di kolej kediaman siswi. Dah ramai pelajar yang pulang kelmarin dan hari ini hanya segelintir sahaja yang pulang dan kolej mula terasa sunyi. Walaupun begitu masih ada lagi pelajar yang masih menduduki peperiksaan akhir yang akan pulang esok dan hari-hari berikutnya.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now