AYDEN menghembus nafas lega apabila semuanya sudah selesai.
Dia duduk bersandar di sofa ruangan office nya. Manakala Elea dan pekerja yang lain sedang berborak di luar.
Ayden berlalu ke meja kerjanya, IMac miliknya di hidupkan. Lama dia menaip sesuatu hingga matanya lama kelaman makin menikam tajam.
Tuk!
Meja kaca itu diketuk kuat! Tangannya digempal penumbuk.
Rakaman cctv itu jelas di mata pandangannya. Kelihatan seorang lelaki ber hoodie hitam memasuki pantry tingkat bawah dan bermain api di situ. Bukan tidak sengaja tetapi sengaja!
"Siapa lelaki tu? " Soal Ayden dalam hati. Wajahnya tidak jelas kelihatan tetapi kalau dilihat dari tubuh badan lelaki itu, dia sama sekali tidak mengenal.
Ayden tidak dapat mengecam mana-mana pekerjanya. Dia tidak rasa bahawa lelaki itu pekerjanya. Semua pekerjanya tidak dibenarkan memakai hoodie di syarikat, mereka perlu memakai pakaian yang kelihatan formal dan kemas.
"Awak buat apa tu? " Tanya Elea yang baru masuk.
Gadis itu berjalan merapati si suaminya.
"Nothing. Kau lapar? "
"Tadi kata nak pergi makan. " Jawab Elea.
Ayden angguk kepala perlahan. Elea memandang sekilas ke skrin komputer suaminya.
"Dia ke penyebab kebakaran? " Tanya Elea apabila melihat gambar lelaki seolah-olah bermain api.
"Mungkin." Jawab Ayden ringkas.
"Jom kita pergi makan. " Tangan isterinya ditarik perlahan. Mereka saling berpegangan tangan sebelum berlalu pergi.
Suasana di tingkat bawah kini amat riuh rendah. Ramai wartawan datang menyerbu kedua syarikat yang terbakar itu.
Elea tahan senyum lucu. Dia masih ingat lagi peristiwa di mana wartawan datang serbu syarikat suaminya ketika ada pekerja yang mati dibunuh di sini.
"Tuan Ayden! Tuan Ayden! Tuan Ayden! " Suara panggilan wartawan tersebut tidak diambil endah oleh Ayden.
Jejaka itu berjalan tenang keluar dari syarikatnya. Kesemua wartawan itu tidak dapat menghampirinya kerana dihalang oleh pengawal keselamatan.
Ayden mahukan ketenangan.
Selepas lima hari...
Selepas lima hari berlalu. Kehidupan Elea dan Ayden berlalu seperti biasa. Setiap hari Ayden akan mengusik isterinya.
"Ayden! " Marah Elea apabila lelaki itu tidak habis-habis menyimbah air ke arahnya.
"Jom teman abang mandi kolam. " Pinta Ayden. Dia mendepakan tangannya.
"Tak nak! " Tolak Elea lalu berjalan pergi namun tubuhnya ditarik pantas oleh Ayden hingga terjatuh ke dalam kolam.
"Ayden Callisto Roys! " Dengus Elea.
"Iya sayang... " Leret Ayden menyahut. Tahu lah nama dia sedap.
" Ishhh... Lepaskan! " Elea berjalan menghampiri tangga kolam tersebut untuk naik ke atas.
"Ohh tak nak teman abang mandi ya? " Sinis Ayden.
"Ha ya lah ya lah. " Elea kembali berjalan di dalam air merapati tubuh suaminya.
Kalau Ayden dah berkata begitu itu tanda amaran bahaya. Nanti malam pasti dia di gigit seluruh tubuh.
"Tak pergi kerja ke? " Soa Elea apabila suaminya ini asyik main je kat rumah sejak pagi.
YOU ARE READING
Mr Pirate's | Og
Romance#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadis bernama Tengku Elea Eclessie. Dia diberi nama gelarannya sebagai 'pirate' yang bermaksud hacker di...