Bab 12

302 24 9
                                    

Humaira tersenyum lebar melihat lesen keretanya yang sudah siap. Tak sangka empat bulan dia berhempas pulas untuk mendapatkan lesen tersebut akhirnya berjaya. Satu kejayaan yang luar biasa. Sudah enam bulan dia tamat belajar jadi inilah kejayaan pertama yang dia dapat. Walaupun agak lambat sebab dia sudah berusia 21 tahun tapi sekurang-kurangnya dia bangga dengan kejayaan dia dan mama dan abahnya turut bangga. Mereka tahu bahawa anak bongsunya sudah dewasa.

Selepas sahaja dia pulang ke rumah hari itu, dia dapat tahu yang Luqman bekerja di sebuah pasaraya di Melaka. Humaira tidak kesah asalkan lelaki itu baik-baik sahaja. Tapi semakin lama, hubungan mereka kian retak. Itu yang sedikit membimbangkan Humaira. Tapi setiap malam, Luqman selalu meyakinkan dirinya yang hubungan mereka akan tetap okey jadi Humaira sedikit berasa lega.

Ikatan pertemanan mereka berempat baik-baik sahaja. Hanis dan Maria masih menceritakan cerita mereka semenjak mereka menyambung Ijazah di universiti yang sama dan mereka berdua membuat keputusan untuk menyewa di luar sahaja disebabkan mahu mengambil suasana baru. Lagipun itu dapat memudahkan mereka berdua bergerak. Kalau tidak, takkanlah tiba-tiba Hanis dan Maria boleh terpacak di rumah Layla pada pukul lima pagi untuk majlis pertunangan Layla yang dibuat tiga bulan lepas. Ketika itu Luqman tidak dapat turut serta kerana pulang ke Johor jadi Humaira berasa agak sunyi.

Semenjak Layla bergelar tunangan kepada seorang Jurutera, kehidupan Layla agak berubah. Gadis itu nampak lagi tegas dan garang. Hal ini disebabkan Layla membuat keputusan untuk bekerja sementara di sebuah syarikat pereka dalaman sebagai pembantu. Gadis itu nampak sangat tertekan apabila ada projek besar kerana dia tahu dia bukanlah lagi sebatas pembantu kerana setiap arahan dia perlu ikut jika tidak mahu dibuang. Sudah banyak kali Humaira melihat Layla menangis jika mereka berjumpa.

Layla pernah mengajak dirinya untuk bekerja bersama dengannya tapi dia menolak mentah-mentah kerana kewujudan Fawwaz Zayyan. Lelaki itu selalu muncul dan mengganggu hidupnya semenjak dia pulang ke Selangor. Sebelum ini dia tak pernah bertemu lelaki itu tapi sekarang, jika Layla membawa dia kemana-mana pasti Fawwaz tu akan ada.

Tak suka!

"Kau termenung apa!" Terjah Layla.

Humaira pandang Layla sebelum memuncungkan bibirnya. Setelah itu dia tersenyum lebar menunjukkan lesen memandunya.

"Wah! Bila lulus?" Soal Layla sambil membelek kad Humaira. Dia pon ada tapi apabila melihat Humaira juga ada tiba-tiba dia rasa seronok dan teruja.

"Tadi. Aku pergi ambil dengan kakak aku." Balas Humaira yang turut tersengih. Dia sendiri pon tidak sangka.

"Tahniah!" Terus Layla memeluk Humaira. Humaira membalas pelukan Layla. Gadis itu sedang seronok.

"Kau nak bawa kereta tak?" Soal Layla kepada Humaira. Humaira pandang Layla tidak percaya. Dia pandang pula kereta Layla.

Tak!

Kereta Ziyad.

"Tak nak aku! Nanti tunang kau marah." Balas Humaira sebelum menggeleng kepalanya. Bukan dia tidak tahu yang kereta yang Layla naik itu kereta baru yang dibeli oleh Ziyad kepada Layla untuk memudahkan Layla untuk ulang-alik pergi kerja.

"Ini kereta aku! Buat apa dia nak marah." Ujar Layla selamba sebelum menyedut air teh ais limau miliknya.

"Kau bawa tapi Ziyad yang belikan!" Balas Humaira.

Layla ketawa. Kereta tersebut hanya kereta second hand sahaja yang dibeli oleh Ziyad kepada Layla disebabkan Layla ingin membeli sendiri kereta idamannya.  Walaupun dia mampu sahaja nak bayar bulan-bulan tapi lagi bagus kalau dia bayar secara tunai! Ziyad mahu sahaja memberikan kereta miliknya tapi ditolak keras oleh Layla kerana kereta tersebut tidak ubah seperti kereta seorang yang tiada cahaya keimanan.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now