Bab 14

336 23 4
                                    

Setelah berlaku pertengkaran hebat antara Humaira dan Luqman pada tengah malam, Fawwaz membawa keputusan untuk menukar pemandu dengan Layla. Dia juga tahu yang Layla turut beremosi jadi menukar pemandu adalah salah satu cara untuk elakkan Layla memandu dalam bahaya. Setelah Ziyad dan Fawwaz berbincang, mereka akhirnya membuat keputusan untuk menginap sebentar di homestay di Pengkalan Balak. Walaupun agak jauh dari lokasi pergaduhan tapi disitu ada pantai yang cantik untuk satu malam.

Dia memerhati Humaira yang masih tidur tapi masih ada air mata yang basah menuruni pipi gebu Humaira. Dia menghela nafas sambil menggenggam stereng kereta milik Layla dengan erat. Menahan diri daripada menghamburkan amarah tanpa sebab.

Cukup baik, dia layangkan sebiji penumbuk pada lelaki tidak guna seperti Luqman. Kalau amarah dia sudah di takat maksimum, pasti dah lunyai si Luqman dia kerjakan!

"Abang... Jangan tinggalkan Aira!" Rintih Humaira sambil tangannya cuba menggapai sesuatu. Fawwaz yang masih memandu memalingkan wajahnya dan memandang Humaira yang merintih lalu menangis.

Entah kenapa Fawwaz cemburu apabila mendengar rintihan Humaira tentang lelaki sial tu. Fawwaz kembali fokus memandang jalan raya. Dia biarkan Humaira merintih. Dia tidak mahu mengikut hati dan perasaannya sekarang. Mungkin gadis itu masih trauma.

Setelah satu jam lebih memandu, Fawwaz memarkirkan kereta di depan homestay. Dalam masa yang sama kereta Ziyad juga mengambil tempat untuk meletakkan keretanya. Ziyad keluar dari tempat pemandu, begitu juga Layla. Walaupun gadis itu agak mengantuk tapi dia masih keluar dari kereta untuk menyapa empunya homestay.

Seorang wanita lingkungan 50 an sedang berborak dengan Ziyad dan Fawwaz. Mungkin mahu menguruskan homestay.

"Ini bini ke?" Soal Makcik Kalsom sambil tersenyum ke arah Layla.

"Bini yang mana satu ni?" Soal Makcik Kalsom lagi.

"Bakal bini." Balas Ziyad lalu tersengih nakal kepada Layla. Layla terus tersenyum kekok. Rasa nak bagi je sedas dua pada Ziyad!

"Kamu?" Soal Makcik Kalsom kepada Fawwaz.

"Saya? Bakal bini tengah tidur."

Uhuk!

Layla dan Ziyad terbatuk kecil.
Fawwaz menggaru belakang kepalanya lalu tersengih kekok. Makcik kalsom ketawa kecil sebelum menyerah dua bentuk kunci. Satu dihulurkan kepada Layla dan satu lagi dihulurkan kepada Fawwaz.

"Setiap rumah ada tiga bilik tidur. Nak tidur mana-mana, ikut suka hati kamu." Ujar Makcik Kalsom.

Layla mengangguk faham. Ziyad dan Fawwaz sudah berlalu ke homestay mereka manakala Layla mendekati Makcik Kalsom.

"Makcik ada baju tak untuk kami tukar?" Soal Layla lalu tersengih malu.

"Pergi masuk rumah dulu nanti makcik akan pass kan dekat anak makcik untuk hantarkan." Ujar Makcik Kalsom.

Layla terus mengangguk lalu tersenyum manis. Dia menghantar langkah wanita seusia bapanya itu dengan mata. Setelah itu, dia menuju ke arah keretanya untuk membangunkan Humaira. Dalam sepuluh minit, barulah gadis itu sedar dan mengikut langkah Layla masuk ke dalam homestay dengan longlainya.

🔹🔹🔹

Tepat pukul tujuh pagi, Humaira menyarung alas kaki yang dibeli oleh Fawwaz dan Ziyad semalam dan berjalan menuju ke arah persisiran pantai. Angin pagi bertiup lembut menampar pipinya. Dia menghela nafas.

Dia cuba menghapuskan segala rasa sakit yang diterimanya semalam. Walaupun semalam semuanya berlaku secara tiba-tiba tapi sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi menahan rasa sakit sepanjang dia menjalinkan hubungan dengan Luqman. Entah, di sudut lain hatinya, dia rasa lega dan bebas. Dia tersenyum nipis. Mungkin dia masih cuba untuk positif.

𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 | HIATUSWhere stories live. Discover now