𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟏𝟖

134 6 0
                                    

“𝑶𝒏𝒄𝒆 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆, 𝑰 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒕 𝒊𝒕 𝑮𝒐”
-𝒀𝒂𝒂𝒔𝒊𝒏-

“𝑯𝒆 𝑰𝒔 𝒀𝒐𝒖, 𝑨𝒏𝒅 𝑰𝒕 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑮𝒐𝒏𝒏𝒂 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒈𝒆”
-𝑰𝒓𝒊𝒔-

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯


     AISKRIM berperisa choco mint dinikmati oleh Iris sambil dia duduk di tepi kolam dengan kakinya dicelup ke dalam air. Mana Yassin? Dia sedang memasak di dapur untuk lunch mereka. Dia yang menawarkan dirinya dan meminta Iris duduk berehat

Kesian pula dia melihat gadis itu agak terseksa manahan sengugutnya. Telefon yang berbunyi menandakan ada paggilan mesej yang masuk di buka oleh Iris. Mesej daripada Arjuna. Tapi belum sempat untuk dia membacanya, jejaka itu sudah terlebih dahulu membuang mesej itu. Dahi Iris berkerut seribu

"Apa kena dengan dia ni?"

Malas mahu berfikir, Iris meneruskan sesi makannya dan melihat pemadangan di situ. Tenang

     "ABANG!" sapa Iris seraya mendekati Yassin yang mencedok lauk yang baru masak untuk dihidangkan. Setelah jejaka itu selesai, dia duduk di meja makan dan memandang isterinya. Kening dijungkit sebelah menandakan 'ada apa' memanggilnya

Terus Iris menunjukkan tangannya yang digenggam dan dalamnya berisi nota yang dia tulis untuknya bagi harini

"Abang pilihlah satu" arahnya sambil menaikkan kedua tangan itu secara bergilir-gilir. Lelaki itu membuat pilhan dengan menunjukkan tangan yang disebelah kanan. Gadis itu yang tadinya tersenyum manis terus rasa sedikit menyesal apabila Yassin memilih tangan yang disebelah kanan kerana isi nota itu agak memalukan baginya

"Betul ni?" soalnya untuk memastikan jejaka itu muktamad dengan keputusannya. Yassin angguk. Iris menyerahkan sticky note itu lalu dia berlari menuju ke ruang tamu. Wajahnya dia tutup

Kunci hati dah lama dijumpa,
bila eh nak kita nak buka?
Orang di sini tak boleh tunggu lama,
takut nanti orang tu sesat dalam gua.

Isi nota itu tertulis beserta dengan lukisan arnab comel yang menunjukkan riak berfikir tentang sesuatu. Yassin menoleh ke arah Iris yang menanggung malu. Senyum tipis terukir di bibir

"Kalau kunci sudah dijumpa, cik adik sendiri yang kena datang buka" katanya membalas isi nota itu. Iris memandang ke arah Yassin. Mata bertentangan dengan mata. Tapi hanya berlangsung sekejap apabila Iris terus mengalihkan pandangannya. Jantung berdetak laju

╭──────☽•✰❣✰•☾──────╮
- 𝐶𝑖𝑘𝑔𝑢 𝑌𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛 -
╰──────☽•✰❣✰•☾──────╯

6:00 petang

     HONDA HRV milik Yassin terparkir di perkarangan rumah ibu bapanya. Datin Fairah dan juga Dato Malique baru sahaja tiba di Kuala Lumpur untuk datang menjengguk kedua anak lelaki mereka dan sesekali berehat daripada hal perniagaan kerana sudah dua bulan mereka bekerja tanpa henti. Boleh dikatakan hanya berhenti apabila sudah lewat malam saja

Jika diikutkan kata hati, tidak mahu Iris ke sini kerana ada orang yang tidak diingini dia untuk bersua muka. Namun memandangkan ada mertuanya, hatinya terbuka juga untuk pergi. Masuk aje ke dalam rumah, sengaja Iris memegang hujung baju Yassin dan berjalan merapati dirinya pada lelaki itu.

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now