Tergesa-gesa Naila berlari sebaik sahaja dia keluar dari bilik cikgu disiplin. Kotak-kotak dipeluk hangat. Ada barang penting dalam kotak ini. Namun masalah utamanya, kotak-kotak ini menghalang penglihatan Naila. Agak sukar untuk Naila melihat ke hadapan, tidak mengapa. Dia masih boleh mengintai kiri dan kanan.
Kasut hitam nya mahu masuk laluan kanan. Tak semena-mena sebelah lagi terpijak tali kasut sendiri. Aduh, masa-masa ini lah tali nak terjuntai. Gunting kang baru tahu! Kotak-kotak besar yang diletak atas lantai. Tanpa sengaja Naila terdengar perbincangan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan. Bunyi suara teruja semacam sahaja. Nak join boleh?
"Kita main satu permainan." Terjungkit sebelah kening Naila, permainan?
"Kita kena teka hari ini Naila atau pun orang lain." Mengeras tubuh Naila tatkala ingin bangkit dari selesai mengikat tali kasut.
Dah kenapa dia orang sebut nama aku?"Siapa yang teka... Naila angkat tangan." Dalam 5 ketul manusia mengangkat sebelah tangan. Sungguh yakin.
"Okay, siapa yang teka... orang lain." Ramai pula angkat tangan. Jelas salah satu mereka menunjukkan riak muka tak puas hati. Kenapa tak sama?
"Kalau betul Naila, team orang lain kena dapat hukuman macam biasa dan sebaliknya." Semua memandang sesama sendiri. Baru Naila hendak berpusing, dia tersepak kotak dibawa. Alamak. Terkeluar semua fail
"Ha tu dia!" Jerit ketua kumpulan tidak dirasmikan tersebut. Cepat betul dia dapat mengesan kehadiran Naila.
"Aku akan buktikan kepada kau orang semua kalau di depan aku ini ialah orang lain!" Dengan itu, pelajar itu menayangkan penumbuk ke arah Naila. Gadis itu terjerit kecil. Terduduk Naila dibuatnya.
Kedengaran suara mendecit. "Alaa ni bukan orang lain. Ini Naila!"
Pelajar yang menayangkan penumbuk tadi lantas memandang Naila atas bawah.
"Sorry."Naila berdiri dengan menggunakan dua belah kakinya. "Apa...awak semua buat?" Dah lah tak ada siapa nak sudi hulurkan tangan. Mereka tenung sahaja Naila.
"Saja nak test ni Naila atau orang lain. Semalam best tahu tak kau berlawan, sekarang nampak lembik pula." Sindir satu suara.
Viera mengherot bibir dia. Lembik?
"Weh, kau ada penyakit did ke?" Soal satu suara ketiga, duduk bersila di sebelah Naila.
Tersenyum makna. Naila mengundur."Tak ada." Laju Naila mencantas. Aku menepis tangan yang cuba menyentuh dua belah bahu aku.
"Tak. Tak kita orang pelik sungguh dengan kau, Naila." Mereka mempamerkan wajah kebingungan dan saat mengatakan itu mereka mula perlahan-lahan menghampiri Naila yang sudah tidak sedap badan. Minda Naila menjadi kusut tatkala ada suara lain ikut mengganggu fikiran Naila.
"Aku tak ada anak gila macam kau!" Sejurus itu Naila menolak tubuh mereka yang semakin dekat. Kini, giliran mereka pula jatuh terduduk, lemah. Terkesima semua.
"Jangan...ganggu...aku." Ujar Naila, dingin tanpa dia sedar. Masing-masing dah telan air liur sendiri. Kecut perut memandang mata tajamnya. Ibarat mata seekor harimau. Bukan, lebih kepada mata singa kerana rambut Naila tiba-tiba mengembang. Riak muka Naila berubah dan ketika mahu meninggalkan mereka yang sudah berkaca-kaca. Tangan dia mengambil kotak tersebut lalu diserahkan kepada pelajar salah satu di situ.
Eh asal semua takut semacam je eh?
"Hai awak. Cikgu suruh bagi kotak ni dekat awak. Jaga baik-baik ya?" Naila tersenyum lebar. Rambut dia sudah kembali seperti asal. Pantas orang itu menjatuhkan kepala berkali-kali. Ini kalau Naila cakap sepatah lagi, tak ke terkencing dia ni. Baru Naila nak tanya, semua berterabur larikan diri.
"Aik, dia orang dah kenapa?" Bahu dijungkit. Viera ketawa lepas.
Selepas itu, Naila menuju ke bilik guru. Nak berjumpa dengan guru kelas. Meja diketuk. Mahu menarik perhatian cikgu yang sibuk menaip sesuatu di komputer.
"Maaf menganggu cikgu, boleh tak hari ni saya nak balik rumah? Saya rasa seperti mahu demam pula." Naila memberi alasan. Semoga cikgu percaya kata-katanya.
"Alololo kesian kamu banyak belajar. Saya izinkan kamu balik." Naila menunduk, hormat
"Terima kasih, cikgu. Nanti saya akan dapat A plus punya dalam mata pelajaran cikgu ajar!"
"Senang mendengarnya. Kamu nak cikgu tolong telefon ayah kamu?" Pelawa cikgu. Naila menggeleng. Terbit senyuman ramah. Bahaya lah balik sendiri ketika demam. Kalau pengsan tepi jalan macam mana?
"Tak apa lah cikgu, saya tak nak ganggu dia buat kerja. Saya boleh balik bawa basikal je." Terang Naila. Mahu kena bebel dengan ayah tatkala mendapat tahu bahawa anak dia nak ponteng kelas. Alaa...ni pun dikira kecemasan juga. Ada juga rahsia aku terbongkar habis. Hampir-hampir!
"Baiklah kalau kamu dah cakap macm tu, Hati-hati bawa basikal. Jangan bawa laju-laju."
"Kita tak janji." Nakal Naila bersuara. Cepat-cepat Naila menolak pintu keluar tatkala melihat cikgu dia acah-acah ingin mengejar dirinya. Beliau kembali menyandar pada kerusi kerja. Tergeleng-geleng kepala cikgu. Ada-ada sahaja lah si Naila ni. Moga-moga Naila bertembung dengan putera kayangan!
-TBC-
YOU ARE READING
I'm Not Naila [OG]
Teen Fiction➴➵➶➴➵➶➴➵➶・゜゜・. ❝Awak masih berfikir saya ialah seorang pembunuh?❞ Sudah tentu. Memang itulah jawapan pertama yang terlintas di kotak fikiran jejaka bernama Noah Zareef. Susah nak percayakan kata-kata dia selepas kejadian trauma tersebut. Tanpa berfi...