Cinta Terhalang Agama

2 1 0
                                    


⋆ටᆼට⋆

Idah, 16 tahun. Dia mencintai seorang senior yang bukan seagama dengannya.

Pada akhir tahun 2022, 30 November, Guru mengumumkan tentang perkhemahan yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Aku fikir dia tidak akan mengikuti perkhemahan tersebut. Tetapi aku salah. Dia ikut!

Pada mulanya, aku dan dia hanyalah kawan biasa. Aku juga tidak terlalu mengenalinya walaupun pernah satu sekolah semasa sekolah rendah.

Setahu aku, dia bukan muslim. Seperti biasa, semasa perkhemahan, kami satu uniform. Jadi akan selalu bertembung. Mungkin aku belum terlalu menyukainya. Tapi aku merasa tenang. Kami selalu bercerita walaupun tidak akrab. Tapi perkhemahan ini memberikan aku peluang untuk bersamanya. Yah, bukan selalu tapi itu sudah cukup buatku.

Dia datang membawa minuman manis daripada dewan. Aku hanya duduk di kerusi kayu panjang berwarna coklat kuning. Tanpa melihat, dia meletakkan minuman itu diatas meja bahagian tempat dudukku.

Aku ter'eye contact' dengannya. Aku hanya diam tanpa berkata apa-apa. Namun dia memulai perbahasan antara kami berdua.

" Hei, kau nak minum? " lalu dia duduk di kerusi panjang itu. Disebelahku! " Kalau nak, ambil saja. " sambil menatap ke arahku.

" Tapi aku tak bawa gelas. Tertinggal dalam beg. " hanya itu yang dapat aku katakan. " Nah, ambil botol mineral ni. Isikan untuk kau. " sambil menghulurkan botol mineral besar. Serius? Takkan botol besar ? Aku menerimanya.

" Kalau boleh, ke tepi sikit, aku nak isi. " Dia mengeluh perlahan lalu botol itu diambil olehnya. Dia tidak ingin bangun dari tempat dia duduk. " Mari sini botol tu. " Dia mengisikan untukku.

Aku tidak curiga. Aku hanya menurut apa yang dia katakan. Lagipula dia ketua kepada ahli uniform kami. Mungkin aku sudah menyukainya sebelum itu, tetapi kali ini membuatku rasa lebih dalam rasa suka tersebut . Aku tidak memberi harapan yang tinggi, kerana takdir belum mengatakan kami akan bersama. Tapi aku benar-benar menyukainya.

" Nah, tudung merah. " dia tidak pernah mengatakan namaku padahal dia sudah pun tahu. Jika bukan 'tudung merah' pasti akan ada kata 'pendek'.

I know that I'm a girl and I know not all girl are tall. So, not wrong if he say 'pendek'.

" Thankyou. " aku hanya senyum memandangnya. Dia juga ikut tersenyum.

Aku juga tidak mengetahui kenapa dia tersenyum. Aku juga tidak tahu apakah dia mempunyai perasaan padaku.

Selepas perkhemahan...

Kami selalu bertembung, namun tiada kata akrab lagi diantara kami. Dia pernah ke kelasku untuk berjumpa dengan kawannya. Dia juga pernah melalui depan kelasku untuk kembali ke asrama.

Apa yang aku dengarkan dari kawanku hanyalah, dia memandangku semasa aku tidak melihatnya. Tapi aku pernah tidak sengaja ter'eye contact' dengannya. Tapi soal apa yang dikatakan oleh kawanku, aku tidaklah tahu apa benar atau salah kerana bukan aku yang melihatnya.

Tetap saja aku tidak akan berharap tinggi kerana salah seorang lagi kawanku mengatakan bahawa dia sudah mempunyai pasangan tapi tetap sama saja, aku tidak boleh mengatakan itu benar atau salah.

Sampailah sekarang, tahun 2024. Aku masih menyukainya walaupun belum mengetahui apakah dia menyukaiku, tapi sudah setahun aku menyimpan rasa. Mungkin ya tapi mungkin juga tidak.

Apakah akan terbalas? Aku harap tidak akan 'bertepuk sebelah tangan' seperti yang lain. Tapi kalau pun dia tiada perasaan kepadaku, aku akan biarkan dia dengan takdirnya. Jika Allah memberinya untuk bersama aku, maka aku berharap dia 'mualaf' terlebih dahulu dengan persetujuan dari orang tuanya. Aku juga mau dia berbuat demikian bukan kerana aku, tapi kerana dia yang mahu.

Notes ; kepada pembaca non-muslim, please jangan mengkritik short story ini. Kerana aku bukan mempermainkan agama atau apapun itu. Untuk segala kesalahan bahasa atau terasa hati, aku berbesar hati memohon maaf kepada kalian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

- A Story without Episode -Where stories live. Discover now